Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Al-Kisah Karburetor Motosikal [Siri 1]: Kenapa Enjin Jadi Hambar?
Autotainment

Al-Kisah Karburetor Motosikal [Siri 1]: Kenapa Enjin Jadi Hambar?

Suffian XBy Suffian X25/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

  • APAKAH terotel perlu dipulas sepanjang masa supaya enjin motor brader dapat dihidupkan?
  • Apakah enjin motor brader selalu panas melampau walaupun tidak dilenjan?
  • Apakah enjin motor brader sudah hilang daya pecutan ummphh dan tidak lagi seperti zaman kegemilangan dulu?

Enjin hambar adalah situasi yang sering berlaku dan amat tidak disenangi ramai penunggang, khususnya pemilik kapcai. Tiada siapa pun mahu prestasi motosikal kesayangan mereka jadi semakin down. Jadi, apakah yang dapat kita lakukan kalau berdepan situasi macam itu? Apatah lagi berlaku pada hari Ahad yang kedai Ah Seng, Sarjit dan Abu bersepakat tutup secara berjemaah. Kebetulan pula brader dah set nak pergi merempit lepas Zohor nanti. Aduhhhh…

BACA >>> #TahukahAnda: Mari Bermanja Bersama Karburetor dan Ketahui Fungsinya

Ramai memilih untuk hantar motor ke kedai saja. Terpulanglah, tetapi kami suka mencadangkan kepada pembaca yang dihormati sekalian alam supaya terlebih dulu mendalami konsep talaan karburetor sebagai salah satu metod penyelesaian terbaik dalam menjawab permasalahan di atas. Setidak-tidaknya, di saat Ah Seng memulas skru minyak dan angin nanti, tidaklah brader melopong seperti melihat sarkis adanya.

KOMPONEN ASAS KARBURETOR

Sebelum kita melompat ke bab bagaimana menala karburetor motosikal secara optimum, perkara pertama perlu diketahui adalah bagaimana karburetor berfungsi dan sebab kenapa karburetor boleh jadi hambar. Relaks brader, setiap perkara perlu bermula daripada asas, tidak boleh terus main redah saja.

Secara umum dan ringkas, karburetor membekalkan campuran udara+bahan api (petrol) dengan bantuan fenomena vakum atau istilah fiziknya, Efek Vakum Venturi. Udara yang melalui tiub karburetor akan mengalami kecepatan halaju ketara kerana dipaksa melepasi ruang sempit dalam tiub/silinder karburetor.

Udara itu kemudian dimampatkan bersama petrol dari kebuk apung (float chamber) sebelum campuran udara+petrol itu disalurkan pula ke kebuk pembakaran.

Semakin berumur usia motosikal, kondisi enjin yang haus dan lusuh (wear and tear) akan jadi semakin ketara, dan kebocoran sistem vakum mungkin berlaku hingga menjejaskan sistem karburetor.

Secara teknikal, kebocoran vakum udara akan menyebabkan campuran udara+petrol jadi lebih lean (udara terlebih akibat vakum bocor). Namun, usahlah khuatir kerana masalah seperti itu memang sudah biasa berlaku dan dapat diselesaikan dengan mudah, iaitu menala semula karburetor.BACA >>> #TahukahAnda: Mari Bermanja Bersama Karburetor dan Ketahui Fungsinya

ANATOMI KEBUK APUNG (FLOAT CHAMBER )

Sekarang kita sudah pun tahu pasal konsep asas fungsi karburetor. Mari kita beralih pula kepada kebuk apung (float chamber) dan komponen-komponen di dalamnya.

Kebuk apung ialah takungan petrol dengan segala komponen yang melengkapkan sistem apung (float). Kebanyakan kebuk apung yang ada pada motosikal masa kini diletakkan di bawah karburetor.

Jika diteliti, kita akan dapat mengesan komponen apung tersebut. Fungsinya, mengawal jumlah petrol yang akan disalurkan ke kebuk apung.

Komponen Kebuk Apung

      • Pelampung (Float)
      • Jarum Injap (Needle Valve)
      • Rod Pivot (Float Pivot Rod)
      • Palam Buangan (Drain Plug)
      • Tangki Takungan dan Gasket (Chamber and Gasket)

PELAMPUNG DAN JARUM INJAP

Seperti dibincangkan, karburetor motosikal direka dengan pelampung/float daripada plastik atau tembaga, dan berfungsi seperti tangki tandas rumah kita. Bezanya, karburetor guna petrol, manakala tangki tandas pula guna air.

Apabila petrol disalurkan ke jet utama (main jet), takungan petrol dalam kebuk apung akan berkurangan dan pelampung mula turun ke bawah. Apabila ini berlaku, komponen jarum injap (needle valve) akan terbuka dan memberikan ruang kepada petrol dari tangki utama untuk masuk memenuhkan semula kebuk apung.

Sebaliknya, ketika kebuk apung penuh, jarum injap akan ditutup pula untuk menghalang bekalan petrol melimpah. Brader bayangkan saja pam jamban di rumah. Tarik, air turun ikut paip dan proses simbahan berlaku dalam mangkuk tandas sebelum air diisi semula dalam tangki. Kacang je kan? Dan proses ini berulang-ulang sampailah abang Jamil mam*usss…

SIMPTOM KARBURETOR BERMASALAH

Ada kes tertentu, pelampung/float dilaraskan terlalu tinggi hingga menyebabkan petrol melimpah atau overflow. Padahnya, petrol akan masuk ke dalam enjin tanpa proses mampatan. Proses asal mampatan (campuran udara+petrol)  adalah menukarkan saiz molekul campuran itu jadi seakan wap ringan. Tetapi jika overflow berlaku tanpa mampatan, enjin berisiko mengalami simptom kuncian hidraulik (hidraulic lock) atau istilah terkenal rempit, ‘piston jem’. Kalau ini berlaku, siap sedialah bercucuran air mata.

Kebocoran petrol bukanlah petanda baik kerana enjin berisiko lagi lebih buruk jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Kalau enjin motor masih bergerak dalam kondisi talaan kebuk apung terlalu tinggi, enjin akan menunjukkan simptom pergerakan yang semput atau rich running.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Perkara Tentang ‘ECU Tuning’ yang Perlu Anda Tahu

Rich di sini bermaksud petrol terlebih yang bercampur dengan udara. Bolehlah diibaratkan seperti kopi yang terlebih serbuk kopi. Boleh berdengung kepala otak ini dibuatnya. Simptom petrol terlebih+udara akan menyebabkan pencemaran asap berlebihan dan kuat berbau petrol. Enjin pula jadi semput dan tiada kuasa optimum serta berlaku pembaziran bahan api.

Sebaliknya, jika karburetor ditala dengan suntikan petrol kurang (dipanggil lean running) + udara, enjin akan jadi sukar dihidupkan, macam ‘tak nak pergi’. Orang Utara panggil serupa ‘cekelat angin’ perginya. Kceh kcehhh kcehhhh… Suhu enjin pula jadi panas terlebih daripada biasa.

Tetapi bukan ke kalau bahan api kurang, dapatlah kita jimat minyak. Ye dok? Tak berapa betul tu brader. Faktanya, enjin yang lean lebih mudah meningkatkan risiko kerosakan ke atas komponen dalaman. Senang cerita, proses wear and tear akan jadi lebih cepat berbanding biasa.

Nanti sambung lagi. Nak demam pula abang tulis artikel ni. Steady jugak minah bawah ni angkat motor.

angin carb carburetor DIY karburetor lean mixture pembakaran petrol rich talaan teknik tips tuning
Suffian X

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    07/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026

    1 Comment

    1. Shah on 14/12/2021 12:37

      28/feb/2018. Hmm, skrg 14 Dec. Sebab pkp la rxz yg dah lama simpan nak restore smpai jumpa artikel ni . Tq bang . Klau boleh, nak tnya lebih lanjut ni . Bnyk yg sy tak tahu . Motor ni abah punya. Dia dah tak pandang dah pun. So jiwa muda sy ni nak jugak belajar setting motor 😅🤣. Klau dpt, chat sy kat no 01131607195 ye. Shah Sabah . Tqqqq semoga aBg sihat walafiat murah rezki dan umur yg bermanfaat.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.