Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»4 Fakta Pantas Tentang Nissan Serena S-Hybrid (2018) Serba Baharu
Auto Terkini

4 Fakta Pantas Tentang Nissan Serena S-Hybrid (2018) Serba Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) kini membuka tempahan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Serena S-Hybrid (2018) serba baharu untuk pasaran tempatan. MPV generasi kelima itu dijadualkan dilancarkan Mei depan dengan menampilkan beberapa pembaharuan.

BACA >>> Nissan Serena Nismo Mula Dijual di Jepun, Harga RM126k

Antaranya ialah pengenalan teknologi Nissan Intelligent Mobility. Menurut Nissan, Serena S-Hybrid (2018) ialah model MPV kompak pertama yang dilengkapi ciri moden seperti itu. Berikut 4 fakta pantas mengenai model MPV nombor satu Jepun itu yang kini sudah tiba di pasaran Malaysia.

1. ENJIN 2.0L TWIN CVTC

Serena S-Hybrid (2018) menampilkan enjin 2.0L (MR20DD) dengan Twin CVTC berkuasa 147hp (6,000rpm) dan tork 200Nm (4,400rpm). Transmisi pula mengunakan kotak gear XTRONIC CVT dengan Kawalan Anjakan Adaptif (ASC), manakala penjimatan bahan api mencatatkan penggunaan 14.2km per liter.

2. CIRI KESELAMATAN TERKINI

Selain 6 beg udara SRS sebagai ciri keselamatan standard, Serena S-Hybrid turut dilengkapi:

  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • ISOFIX dengan pautan atas (top tether) x2

3. NISSAN INTELLIGENT MOBILITY (NIM)

Serena S-Hybrid (2018) menampilkan teknologi pintar Nissan Intelligent Mobility yang terdiri daripada:

  • 7 kerusi dengan 7 port USB
  • Dual pintu gelungsur kuasa bebas tangan – cuma lintaskan kaki di bawah pintu untuk buka dan tutup pintu.
  • Monitor Pandangan Keliling Pintar (i-AVM) – menggunakan 4 kamera untuk berikan padangan burung (bird view) 360°.
  • Pengesan Objek Bergerak Pintar (i-MOD) – sistem mengesan dan memberikan amaran kepada pemandu tentang kehadiran objek bergerak sekeliling kenderaan.

Menurut Nissan, semua ciri teknologi di atas ialah kali pertama diperkenalkan dalam kelas MPV kompak.

4. ADA 4 PILIHAN WARNA

Pembeli boleh memilih 4 pilihan warna mengikut cita rasa sendiri, iaitu

  • Brilliant White (putih)
  • Tungsten Silver (perak)
  • Diamond Black (hitam)
  • Cashmere Gold (emas)

TEMPAH SEKARANG!

Jika mahu menyaksikan kelibat Serena S-Hybrid lebih dekat, bolehlah turutn menyaksikan secara langsung acara pameran dan siri jelajah MPV itu seluruh Malaysia. Maklumat lanjut tentang tempat dan tarikh pameran serta siri jelajah boleh layari laman web Nissan.com.my atau hubungi panggilan hotline Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

SUMBER: NissanMalaysia

Auto Terkini Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) Mobiliti Pintar Nissan (NIM) MPV MPV Kompak Nissan Nissan Intelligent Mobility (NIM) Nissan Serena S-Hybrid Roda4 Tempahan dibuka
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.