• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 4 Fakta Pantas Tentang Nissan Serena S-Hybrid (2018) Serba Baharu

4 Fakta Pantas Tentang Nissan Serena S-Hybrid (2018) Serba Baharu

April 4, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) kini membuka tempahan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Serena S-Hybrid (2018) serba baharu untuk pasaran tempatan. MPV generasi kelima itu dijadualkan dilancarkan Mei depan dengan menampilkan beberapa pembaharuan.

BACA >>> Nissan Serena Nismo Mula Dijual di Jepun, Harga RM126k

Antaranya ialah pengenalan teknologi Nissan Intelligent Mobility. Menurut Nissan, Serena S-Hybrid (2018) ialah model MPV kompak pertama yang dilengkapi ciri moden seperti itu. Berikut 4 fakta pantas mengenai model MPV nombor satu Jepun itu yang kini sudah tiba di pasaran Malaysia.

1. ENJIN 2.0L TWIN CVTC

Serena S-Hybrid (2018) menampilkan enjin 2.0L (MR20DD) dengan Twin CVTC berkuasa 147hp (6,000rpm) dan tork 200Nm (4,400rpm). Transmisi pula mengunakan kotak gear XTRONIC CVT dengan Kawalan Anjakan Adaptif (ASC), manakala penjimatan bahan api mencatatkan penggunaan 14.2km per liter.

2. CIRI KESELAMATAN TERKINI

Selain 6 beg udara SRS sebagai ciri keselamatan standard, Serena S-Hybrid turut dilengkapi:

  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • ISOFIX dengan pautan atas (top tether) x2

3. NISSAN INTELLIGENT MOBILITY (NIM)

nissan-intelligent-mobility
05 7 Seater Captain Seats with 7 USB Port
04 Hands Free Dual Power Sliding Doors
03 Intelligent Around View Monitor

Serena S-Hybrid (2018) menampilkan teknologi pintar Nissan Intelligent Mobility yang terdiri daripada:

  • 7 kerusi dengan 7 port USB
  • Dual pintu gelungsur kuasa bebas tangan - cuma lintaskan kaki di bawah pintu untuk buka dan tutup pintu.
  • Monitor Pandangan Keliling Pintar (i-AVM) - menggunakan 4 kamera untuk berikan padangan burung (bird view) 360°.
  • Pengesan Objek Bergerak Pintar (i-MOD) - sistem mengesan dan memberikan amaran kepada pemandu tentang kehadiran objek bergerak sekeliling kenderaan.

Menurut Nissan, semua ciri teknologi di atas ialah kali pertama diperkenalkan dalam kelas MPV kompak.

4. ADA 4 PILIHAN WARNA

Pembeli boleh memilih 4 pilihan warna mengikut cita rasa sendiri, iaitu

  • Brilliant White (putih)
  • Tungsten Silver (perak)
  • Diamond Black (hitam)
  • Cashmere Gold (emas)

TEMPAH SEKARANG!

Jika mahu menyaksikan kelibat Serena S-Hybrid lebih dekat, bolehlah turutn menyaksikan secara langsung acara pameran dan siri jelajah MPV itu seluruh Malaysia. Maklumat lanjut tentang tempat dan tarikh pameran serta siri jelajah boleh layari laman web Nissan.com.my atau hubungi panggilan hotline Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

SUMBER: NissanMalaysia

Related

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Mobiliti Pintar Nissan (NIM), MPV, MPV Kompak, Nissan, Nissan Intelligent Mobility (NIM), Nissan Serena S-Hybrid, Roda4, Tempahan dibuka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev