Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»3 Masalah Penyaman Udara (A/C) Ini Dapat Dielak Jika Patuh Jadual Servis
Autotainment

3 Masalah Penyaman Udara (A/C) Ini Dapat Dielak Jika Patuh Jadual Servis

Han OthmanBy Han Othman29/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI NEGARA tropika seperti Malaysia, penyaman udara kereta (A/C) yang berfungsi baik sangat penting. Jadi penyenggaraan berkala sangat penting dan sebarang isu mengenai sistem penyejukan itu mesti diperiksa secepat mungkin sebelum keadaan jadi bertambah buruk.

Jadi, anda perlu memberikan perhatian dan penjagaan penuh sekiranya mahu sistem A/C kekal beroperasi pada tahap terbaik. Masalah di bawah ini ialah isu biasa A/C yang kerap dialami pemandu dan ia lebih mudah ditangani sekiranya kita cepat mengesan lebih awal.

1. KEBOCORAN

Ini antara masalah biasa sistem A/C – bocor. Ia disebabkan pelbagai faktor seperti kegagalan manifold pada kompresor, dan haus dan lusuh pada kedap getah A/C. Penyenggaraan berkala di pusat servis bertauliah mampu mengesan dapat mengesan punca permasalahan itu, sekali gus menyelesaikannya.

Namun, servis penyaman udara masih opsyen dan pengguna bebas untuk mengabaikannya. Nasihat kami, jangan abaikan!

BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Tip DIY Mudah Cuci Penapis Penyaman Udara Proton Saga BLM

Namun ingat, apabila sistem A/C bocor, penyelesaian terbaik ialah menggantikan bahagian bocor itu dan bukan sekadar dibaik pulih. Ini kerana tempat asal kerosakan boleh mengalami kebocoran semula dan menyebabkan masalah sama berulang.

2. TERSUMBAT

Kondenser ialah komponen dalam sistem A/C yang bertanggungjawab menyuapkan udara sejuk ke dalam kabin. Jika tersumbat, ini bermakna kondenser tidak dapat mengitar udara sejuk dengan baik. Ini menyebabkan kotoran berkumpul dalam komponen itu dan semua masalah ini dapat diatasi jika kita mematuhi jadual servis A/C seperti direkomenkan bengkel atau Pusat Servis.

BACA >>> 5 Punca Penyaman Udara Kereta Bising Setiap Kali Dipasang

Mekanik terlatih akan tahu bagaimana mahu membersihkan kondenser tanpa merosakkan sirip (fin). Penyenggaraan kondenser mampu meningkatkan keupayaan mengekalkan kesejukan kabin dan memanjangkan jangka hayat komponen tersebut.

3. PARAS BAHAN PENYEJUK RENDAH

Kandungan bahan penyejuk (dipanggil ‘gas’) dalam sistem A/C ialah kunci penting kepada fungsi penyaman udara yang optimum. Sesetengah mendakwa gas tidak tidak perlu ditambah kerana dimuatkan dalam vakum kedap, tetapi sebenarnya ia boleh tersejat mengikut masa. Kebocoran juga boleh menjadi antara punca yang menyebabkan gas terurai lebih cepat berbanding biasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penyaman Udara dengan Kawalan Suhu (Climate Control)?

Penyelesaiannya, isi semula gas mengikut paras disarankan. Di bengkel bertauliah atau Pusat Servis, anda akan dimaklumkan mekanik sekiranya paras gas A/C terlalu rendah. Dalam kes ini, menambah gas A/C ialah langkah terbaik sebelum kerosakan jadi lebih parah selain mampu mengurangkan kos baik pulih dan memastikan kita kekal selesa memandu.

SUMBER: CarMudi

A/C Aircon autotainment Kondenser pendingin hawa penyaman udara Roda4 servis tip
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Urban Automotive perkenal dua projek besar Land Rover Defender
Bikin Auto

#BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.