• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 3 Masalah Penyaman Udara (A/C) Ini Dapat Dielak Jika Patuh Jadual Servis

3 Masalah Penyaman Udara (A/C) Ini Dapat Dielak Jika Patuh Jadual Servis

August 29, 2018 By Azhan O Leave a Comment

743
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI NEGARA tropika seperti Malaysia, penyaman udara kereta (A/C) yang berfungsi baik sangat penting. Jadi penyenggaraan berkala sangat penting dan sebarang isu mengenai sistem penyejukan itu mesti diperiksa secepat mungkin sebelum keadaan jadi bertambah buruk.

Jadi, anda perlu memberikan perhatian dan penjagaan penuh sekiranya mahu sistem A/C kekal beroperasi pada tahap terbaik. Masalah di bawah ini ialah isu biasa A/C yang kerap dialami pemandu dan ia lebih mudah ditangani sekiranya kita cepat mengesan lebih awal.

1. KEBOCORAN

kesan-aircon-bocor
kesan-aircon-bocor-2

Ini antara masalah biasa sistem A/C - bocor. Ia disebabkan pelbagai faktor seperti kegagalan manifold pada kompresor, dan haus dan lusuh pada kedap getah A/C. Penyenggaraan berkala di pusat servis bertauliah mampu mengesan dapat mengesan punca permasalahan itu, sekali gus menyelesaikannya.

Namun, servis penyaman udara masih opsyen dan pengguna bebas untuk mengabaikannya. Nasihat kami, jangan abaikan!

BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Tip DIY Mudah Cuci Penapis Penyaman Udara Proton Saga BLM

Namun ingat, apabila sistem A/C bocor, penyelesaian terbaik ialah menggantikan bahagian bocor itu dan bukan sekadar dibaik pulih. Ini kerana tempat asal kerosakan boleh mengalami kebocoran semula dan menyebabkan masalah sama berulang.

2. TERSUMBAT

cuci-aircon-kondenser
kondenser-aircon-kereta

Kondenser ialah komponen dalam sistem A/C yang bertanggungjawab menyuapkan udara sejuk ke dalam kabin. Jika tersumbat, ini bermakna kondenser tidak dapat mengitar udara sejuk dengan baik. Ini menyebabkan kotoran berkumpul dalam komponen itu dan semua masalah ini dapat diatasi jika kita mematuhi jadual servis A/C seperti direkomenkan bengkel atau Pusat Servis.

BACA >>> 5 Punca Penyaman Udara Kereta Bising Setiap Kali Dipasang

Mekanik terlatih akan tahu bagaimana mahu membersihkan kondenser tanpa merosakkan sirip (fin). Penyenggaraan kondenser mampu meningkatkan keupayaan mengekalkan kesejukan kabin dan memanjangkan jangka hayat komponen tersebut.

3. PARAS BAHAN PENYEJUK RENDAH

isi-aircon
penyejuk-ac-aircon

Kandungan bahan penyejuk (dipanggil 'gas') dalam sistem A/C ialah kunci penting kepada fungsi penyaman udara yang optimum. Sesetengah mendakwa gas tidak tidak perlu ditambah kerana dimuatkan dalam vakum kedap, tetapi sebenarnya ia boleh tersejat mengikut masa. Kebocoran juga boleh menjadi antara punca yang menyebabkan gas terurai lebih cepat berbanding biasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penyaman Udara dengan Kawalan Suhu (Climate Control)?

Penyelesaiannya, isi semula gas mengikut paras disarankan. Di bengkel bertauliah atau Pusat Servis, anda akan dimaklumkan mekanik sekiranya paras gas A/C terlalu rendah. Dalam kes ini, menambah gas A/C ialah langkah terbaik sebelum kerosakan jadi lebih parah selain mampu mengurangkan kos baik pulih dan memastikan kita kekal selesa memandu.

SUMBER: CarMudi

Artikel Berkaitan

743
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: A/C, Aircon, autotainment, Kondenser, pendingin hawa, penyaman udara, Roda4, servis, tip

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my