Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 10 Tip DIY Mudah Cuci Penapis Penyaman Udara Proton Saga BLM
Autotainment

#ApaNakBuat: 10 Tip DIY Mudah Cuci Penapis Penyaman Udara Proton Saga BLM

Abang HirataBy Abang Hirata16/02/20175 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM keadaan ekonomi sekarang, memang elok jika kita semak semula perbelanjaan harian. Yang mana lebih kepada kehendak, kita cuba kurangkan. Tetapi kalau mampu berbelanja lebih, apa salahnya kerana kunci kepada ekonomi bebas ialah perbelanjaan.

Kali ini kami kongsikan tip buat sendiri (DIY) ringkas daripada Mohd Farhan Alias mengenai cara mencuci penapis penyaman udara (aircon filter) Proton Saga BLM. Tidak susah pun dan boleh dilakukan semasa hari cuti atau selepas balik kerja. Mohd Farhan sebelum ini pernah berkongsi tip DIY mencuci penapis penyaman udara Perodua Myvi yang tular di media sosial. Kepada pemilik Saga BLM, anda mesti baca!

10 TIP DIY CUCI PENAPIS PENYAMAN UDARA SAGA BLM

Assalamualaikum. Sebelum ini saya ada tunjukkan cara mencuci penapis udara Myvi. Kali ini, saya kongsikan pula 10 tip cuci penapis penyaman udara Saga BLM. Berbanding Myvi, penapis Saga BLM lebih mudah dicuci.”

– Mohd Farhan Alias 

Penapis penyaman udara terletak di sebalik laci simpanan papan pemuka (glove box).
* Klik gambar untuk zum paparan dan skrol ke tepi. Penerangan dalam gambar sudah disunting dan diolah tanpa mengubah maksud asal penulis. Harap maklum.

10 tips DIY mencuci penapis penyaman udara Proton Saga BLM
1. Pertama sekali, kita buka laci.
2. Buka dan tanggalkan laci. Letakkan laci atas kerusi pemandu. Jika barang dalam laci berselerak, ambil peluang untuk kemaskan. (Saya sendiri pernah terjumpa pelekat R3 rare dalam laci – AH)
3. Dari sini kita boleh nampak dua komponen, iaitu blower dan penapis udara. Blower berbentuk bulat, dan penapis berada di atas.
10 tips DIY mencuci penapis penyaman udara Proton Saga BLM
4. Cabut penutup penapis dan tarik keluar daripada konsol.
10 tips DIY mencuci penapis penyaman udara Proton Saga BLM
5. Anda boleh lihat kotoran yang melekat. Kotoran ini antara punca penyaman udara tidak cekap, termasuk faktor lain yang menyebabkan kos baik pulih jadi mahal. Jika perasan, penapis Saga BLM sama seperti penapis penyaman udara rumah. Mereka yang biasa servis penyaman udara rumah pasti dapat cam. Terima kasih jurutera Proton! – AH.
10 tips DIY mencuci penapis penyaman udara Proton Saga BLM
6. Selepas cabut, bawa penapis untuk dicuci. Di mana-mana pun boleh, sama ada sinki atau longkang. Gunakan air paip dan siram dari arah belakang penapis.
10 tips DIY mencuci penapis penyaman udara Proton Saga BLM
7. Sental secara lembut menggunakan span dan cecair pencuci pinggan mangkuk. Cuci hingga tiada lagi kotoran melekat.
10 tips DIY mencuci penapis penyaman udara Proton Saga BLM
8. Nah, kini penapis penyaman udara anda sudah bersih!
10 tips DIY mencuci penapis penyaman udara Proton Saga BLM
9. Jemur bawah cahaya matahari hingga kering. Jika mendung, gantung saja di tempat laluan udara atau jika ada pengering pakaian, letakkan di dalamnya. (Okay yang ini tipu – AH).
10. Langkah terakhir

Pasang balik penapis udara dan tahniah, anda berjaya! Memang jimat duit kalau kita pandai buat sendiri. Bila sudah mahir, bolehlah cuba-cuba cuci penapis penyaman udara kereta jiran pula. Untung-untung dapat duit poket. Bukan susah sangat pun.

KREDIT: Mohd Farhan Alias

AIrcond autotainment cara cuci aircon filter Saga cara cuci penapis penyaman udara Saga BLM Proton Proton Saga BLM Roda4 servis aircon servis penyaman udara tip automobil Tips DIY
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.