Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#2018MotoGP: GP Argentina 2018 yang Penuh Drama | 12 Fakta Pantas
Roda2

#2018MotoGP: GP Argentina 2018 yang Penuh Drama | 12 Fakta Pantas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKIRANYA mahu dirumuskan siri perlumbaan pusingan kedua MotoGP 2018 di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina dalam dua patah perkataan, jawapannya: keliru dan huru-hara.

Dek penangguhan perlumbaan akibat hujan, rata-rata pasukan lumba turut keliru dengan situasi yang berlaku. Terdapat kekecohan ketika perlumbaan yang mana juara bertahan MotoGP, Marc Marquez muncul sebagai watak utama dalam drama tersebut. Dia dikenakan dua penalti individu dan turut mencetuskan kekecohan dengan si veteran, Valentino Rossi.

Situasi keliru dan huru-hara itu bagaimanapun menguntungkan pelumba LCR Honda, Cal Crutchlow. Pelumba Britain itu berjaya memenangi perlumbaan tersebut dengan mengatasi Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dan Alex Rins (Suzuki Ecstar). Namun, tetap bukan kemenangan mudah.

1. Perlumbaan awalnya ditangguhkan kerana hujan. Rata-rata pasukan mula memenuhi pit dan mula memikirkan untuk menukar tayar – slik (kering) atau hujan (basah)? Pada masa sama, trek mula kering dan pelumba petak pertama Jack Miller (Alma Pramac Ducati) ialah satu-satunya pelumba kekal dalam grid, selepas mengambil risiko kekal berlumba dengan tayar slik.


Pelumba lain (semua, kecuali Miller) masuk ke dalam pit. Ini bermakna mereka perlu bermula di belakang grid dalam pelbagai posisi kerana delay.

BACA >>> #2018ArgentinaGP: Kenapa Miller Bermula Seorang Diri di Grid Depan?

Bagaimanapun, penganjur mengatur 23 pelumba itu mengikut kedudukan pusingan kelayakan, iaitu tiga baris di belakang Miller. Kedudukan itu jelas memberikan Miller kelebihan.

2. Kekeliruan kedua pula muncul apabila Marquez terkandas di grid dan cuba menghidupkan jenteranya secara bump-start dan berjaya. Dia memulakan perlumbaan di tempat ke-6 mengikut kedudukan pusingan kelayakan (tetapi masih tiga baris di belakang Miller bersama pelumba lain).

Perlumbaan bermula dengan pusingan trek dikurangkan daripada 25 kepada 24 lap. Namun, itu langsung tidak menghalang Marquez memintas Miller dan berada di depan seawal lap kedua. Bagaimanapun, memasuki lap ke-6, dia dihukum Ride Through Penalty berikutan aksi bump-start pada awal perlumbaan. Selepas dihukum memasuki lorong pit, Marquez memasuki semula trek di kedudukan ke-19.

BACA >>> #2018ArgentinaGP: “Marquez Tak Ada Telur” – Rossi Geram Tidak Terkata

3. Penalti diterima Marquez menyaksikan Miller kembali di depan sambil disaingi Rins di belakang. Rins kemudian memintas Miller pada lap ke-16, tetapi kesilapan dilakukan pelumba Suzuki itu membuat dia tergelincir ke kedudukan ke-4. Miller juga tersilap hingga menyebabkan dia disaingi Zarco dan Crutchlow yang kemudian saling berentap hingga ke garisan penamat.

4. Crutchlow bermula di petak ke-5 , menunggang dengan sabar dan lancar untuk kekal dalam kelompok pelumba pertama. Ketika lap ke-7, dia berada di kedudukan ke-4. Persaingannya dengan Zarco cuma bermula pada lap ke-17 (7 lap akhir sebelum tamat) yang berhasil memberikan kemenangan kepadanya. Catatan masa Crutchlow mengatasi Zarco ialah 0.251s, manakala Rins melengkapkan perlumbaan di tempat ke-3 dengan catatan masa 2.501s di belakang Crutchlow dan Zarco.

5. Kemenangan Crutchlow, juga kali ke-3 sepanjang kariernya dalam perlumbaan kelas premier, turut meletakkan namanya dalam sejarah MotoGP. Dia menjadi pemenang Kejuaraan Dunia ke-750 yang menunggang jentera Honda.

6. Miller pula berharap melakarkan kemenangan kedua selepas kejayaan pertama di litar Assen, Belanda pada 2016. Tetapi dia cuma mampu melengkapkan perlumbaan di kedudukan ke-4. Perlumbaan GP Argentina ini juga ialah kejyaan kedua terbaik Miller sepanjang dia menyertai MotoGP sejak 2015, selain kemenangan di Assen (2016).

7. Marquez memecut dari kedudukan ke-19 dan hampir menduduki posisi ke-5. Namun, dia sekali lagi dikenakan penalti dan kali ini disebabkan tindakan agresifnya mengasak Rossi hingga terkeluar dan rebah dalam trek pada lap ke-19. Marquez dikenakan penalti 30 saat, lantas mencampakkan dia ke kedudukan ke-18. Maknanya, tiada mata dikutip Marquez di GP Argentina. 


8. Rossi yang tergolek diasak Marquez terus saja bangkit melakukan bump-start untuk menghidupkan Yamaha YZR-M1, dan masuk semula ke dalam trek. Pemenang ketiga GP Qatar itu akhirnya terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-19, di belakang Marquez.

9. Kedudukan tempat ke-5 Marquez yang ditarik balik membuka laluan kepada pelumba Maverick Vinales (rakan sepasukan Rossi) yang juga pemenang GP Argentina musim lalu, untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-5. Vinales mengatasi pemenang GP Qatar, Andrea Dovizioso (Ducati Team GP17). Rakan pasukan Dovizioso, Jorge Lorenzo masih bergelut dengan prestasi dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15.

10. Kedudukan 10 teratas dalam GP Argentina 2018 dimiliki Tito Rabat (Reale Avintia Racing Ducati) – 7, Andrea Iannone (Suzuki Ecstar) – 8, Hafizh Syahrin (Monster Yamaha Tech 3) – 9, dan Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing Ducati) – 10.

11. Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa pula terbabas seawal lap pertama ketika berentap dengan Zarco untuk merebut tempat ke-3. Pedrosa dilanggar Zarco pada selekoh ke-13, mula melungsur dan melambung. Dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

12. Buat pertama kali dalam karier MotoGP, Crutchlow menduduki carta teratas dengan mengumpul 38 mata, tiga mata di atas Dovizioso dan 10 mata mengatasi Zarco. Pusingan seterusnya ialah GP Amerika Syarikat yang akan berlangsung di Circuit of the America di Texas, juga pusingan ketiga daripada 19 pusingan keseluruhan.

SUMBER: UltimateMotorcycling

Argentina GP Auto Terkini GP Argentina GP Argentina 2018 MotoGP MotoGP 2018 roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.