Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»14 Fakta Pantas: Volkswagen Arteon R-Line Kini di Malaysia, Harga RM220k!
Roda4

14 Fakta Pantas: Volkswagen Arteon R-Line Kini di Malaysia, Harga RM220k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GENAP setahun Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) membuka tempahan Arteon, dan kini sedan itu  rasmi berlabuh ke pasaran tempatan.

Dianggap sebagai karya terbaik Volkswagen, Arteon melakukan debut global pada 2017.  Bagi pasaran Malaysia, Arteon ialah model pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan dari kemudahan Volkswagen di Pekan, Pahang.

Arteon R-Line hadir dengan kombinasi rekabentuk avant-garde dan pengendalian dinamik. Perkataan ‘Arteon’ yang dipecahkan kepada dua suku kata, iaitu ‘Art’ membawa maksud garis fastback yang harmoni dan emosional, manakala ‘eon’ menyerlahkan ia sebagai model premium Volkswagen.

Berikut 14 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang fastback Arteon R-Line (2020): 

1. Dijana enjin Turbo 2.0L TSI berkuasa 188hp dan tork 320Nm dengan transmisi klac basah direct shift 7-kelajuan (DSG) yang dinaik taraf.

2. Memiliki ciri Kawalan Casis Dinamik (DCC) dengan 15 ubah suai dan lima mod pemanduan iaitu Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

3. Rekabentuk diserlahkan menerusi garis bumbung lebih rendah, tingkap tanpa bingkai, bahagian belakang landai yang bersambung hingga lampu belakang untuk efek aerodinamik dan gaya selain memberikan penampilan mewah dan tersendiri.

4. Lampu utama jenis sistem LED penuh, dan dilengkapkan ciri lampu belok dinamik Dynamic Cornering Lights. Lampu belakang pula didatangkan dengan signal belok berturutan. Buat kali pertama, Arteon dilengkapi ciri lampu pelbagai cuaca All Weather Light yang menawarkan pencahayaan lebih luas untuk meningkatkan kejelasan pandangan pemandu mengikut kondidi cuaca.

5. Sebagai model R-Line, luaran Arteon diserlahkan menerusi kemasan krom depan agresif, lencana R-Line, spoiler belakang hitam, rim aloi Montevideo 19 inci dan kemasan krom pada bawah bampar.

6. Ruang but memiliki kapasiti muatan 563 liter, yang juga terbaik dalam kelas dan boleh diakses melalui fungsi but mudah buka Easy Open.

7. Ruang kabin tampil sporty dan selesa menerusi kerusi ErgoComfort kulit Nappa gaya karbon dengan 14 tetapan dan lencana R-Line. Kerusi pemandu disedikaakan fungsi urutan.

8. Menggunakan sistem bunyi Dynaudio untuk pengalaman audio premium dengan 11 pembesar suara, amplifier digital 16 saluran, satu unit subwufer dan bunyi 700W. Ambien mewah diserlahkan menerusi kemasan aluminium Silver Rise, pelapik bumbung hitam Titanium, jam analog dan lampu ambien tiga warna.

BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah Proton Putra WRC yang Tersimpan Rapi di Divisyen R3

9. Dengan resolusi dan tahap kejelasan yang tinggi, Digital Cockpit 11.7 inci membolehkan pemandu mengakses data pemanduan menerusi enam pandangan skrin boleh ubah dan lebih 30 pilihan kombinasi. Ini termasuklah navigasi 2D dan 3D, serta 100 peratus paparan peta.

10. Sistem infotainment skrin sentuh Discover Pro 9.2 inci membolehkan pemandu menyambungkan telefon pintar dengan Apple CarPlay tanpa wayar. Ciri Android Auto dan Mirrorlink pula boleh disambungkan menggunakan port USB Type C. Pemandu boleh membuat kawalan suara, gestur dan pandangan skrin boleh ubah.

11. Berikut ciri keselamatan premium dimiliki Arteon R-Line:

  • Sistem Brek Pasca Perlanggaran (Post Collision Braking System, PCBS): Mencegah perlanggaran kali kedua.
  • Sistem Respons Rempuh Pintar (Intelligent Crash Response System, ICRS): Langkah pencegahan diaktifkan apabila berlaku kemalangan dengan menyekat bekalan bahan api, membuka pintu dan menyalakan lampu kecemasan
  • Kunci Diferensial Elektronik (Electronic Differentian Lock, XDS): Menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan masalah belokan kurang (understeer).

12. Ciri keselamatan standard lain dibekalkan ialah: Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Bantuan Brek (BA), Kawalan Pegun Bukit (HHC), Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif (Proactive Passenger Protection System, PPPS) dan Bonet Aktif untuk perlindungan pejalan kaki.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

13. Ditawarkan dalam lima warna pilihan:

  • Manganese Grey Metallic (kelabu)
  • Turmeric Yellow Metallic (kuning)
  • Pyrite Silver Metallic (perak)
  • Deep Black Pearl (hitam)
  • Oryx White Pearl (putih)

14. Arteon R-Line serba baharu ditawarkan pada harga RM220,043 yang dipakejkan bersama servis percuma 3 tahun, berserta waranti tanpa had perbatuan dan bantuan jalannan selama 5 tahun. Harga ini sah hingga 31 Disember 2020.

BACA >>> Volkswagen Arteon Baharu Akan Ada Model Shooting Brake!

GALERI

 

 

autoterkini fastback 5-pintu Roda4 Volkswagen Volkswagen Arteon Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.