Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»12 Fakta Pantas: Tentang BMW X5 xDrive45e M Sport yang Perlu Anda Tahu
Roda4

12 Fakta Pantas: Tentang BMW X5 xDrive45e M Sport yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW X5 ialah peneraju SUV mewah saiz pertengahan, yang digelarkan pengeluar Jerman itu sebagai kenderaan aktiviti sukan (SAV), dan kali pertama diperkenalkan pada 1999.

SUV pertama BMW ini ditawarkan dalam konfigurasi pacuan semua roda (AWD) dengan opsyen transmisi manual dan automatik. X5 generasi kedua menyusul pada 2006 dengan kod nama E70, sebelum menampilkan model baharu dengan sistem AWD, xDrive.

Debut X5 generasi ketiga berlangsung pada 2013 dengan mengekalkan casis dan jarak roda sama seperti model terdahulu. Generasi ini jugalah BMW mula memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV), xDrive40e.

Generasi X5 paling terbaharu muncul pada 2019 dan semua model xDrive didatangkan dalam sistem AWD berasaskan platform Arkitektur Kluster (CLAR) yang turut dikongsi model BMW lain. Model X5 paling terbaharu adalah versi PHEV, xDrive45e yang diperkenalkan tahun ini.

Model PHEV inilah yang diperkenalkan BMW Malaysia untuk pasaran tempatan yang membawa masuk versi M Sport dengan nama xDrive45e M Sport yang dipacukan enjin hibrid plug-in (PHEV). Kehadiran  xDrive45e akan menggantikan X5 generasi terdahulu.

Ini bukan kali pertama BMW X5 tampil sebagai model PHEV. Beberapa tahun lalu BMW ada menawarkan xDrive40e tetapi dengan jarak perbatuan elektrik lebih pendek. Kini SAV itu menawarkan julat elektrik lebih jauh dan lebih bertenaga berbanding model terdahulu.

Prestasi terbaharu itu dijangka memberikan saingan sengit kepada model pesaing seperti Audi Q7, Porsche Cayenne dan Volvo XC90. Menariknya, BMW Malaysia menawarkan pengalaman realiti terimbuh (AR) kepada pengguna untuk menikmati kehebatan rekabentuk xDrive45e M Sport secara digital.

Apa lagi yang menarik tentang xDrive45e M Sport?

1. Kemas kini SAV baharu boleh dilihat menerusi penampilan ikonik sporty termasuklah penggunaan lampu utama LED Adaptif yang tirus dengan gabungan pilihan lampu tinggi BMW dan lampu kabus LED. Menerusi pakej M Sport, BMW X5 xDrive45e ditawarkan dengan rim aloi 20-inci M rekaan Star Spoke 740 M dwiwarna dengan brek M Sport.

2. Menggerakkan X5 ialah enjin bersesaran lebih besar 3.0L 6-silinder teknologi eDrive yang menghasilkan kuasa 394hp dan tork 600Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 5.6 saat dengan kelajuan maksimum 235kmj. Menggunakan mod elektrik penuh, BMW X5 xDrive45e M Sport mampu bergerak sejauh 77km tanpa menghidupkan enjin petrol dengan kelajuan maksimum 135kmj.

3. Kuasa disalurkan menerusi transmisi lapan kelajuan Steptronic bersama sistem pacuan semua roda xDrive. BMW X5 xDrive45e M Sport baharu juga dilengkapi dengan suspensi udara 2-gandar di depan dan belakang bagi memaksimumkan keupayaan dan keselesaan dinamik.

4. Masuk ke kabin aura SAV mewah disantuni dengan kemasan kulit upholsteri Vernasca bersama stereng kulit M, stereng pelarasan elektrik, kerusi depan Sport dengan fungsi memori untuk pemandu, penyaman udara empat zon dan panel instrumen Sensatec.

5. Alunan muzik dialunkan menerusi pembesar suara sistem bunyi keliling Harman Kardon 464W 16 yang menjadikan pemanduan jauh lebih menyeronokkan.

6. SAV baharu itu didatangkan dengan kapasiti but bersaiz 500 liter dan mampu mencapai 1,720 liter. Tidak ketinggalan, pintu but dilengkapi pengawal automatik dengan fungsi buka/tutup tanpa sentuhan bahkan pintu but yang terbahagi kepada dua bahagian memudahkan untuk memasukkan barang. Bahagian atas boleh dibuka secara elektrik, sementara bahagian bawah dilepaskan secara manual.

7. BMW X5 xDrive45e M Sport dilengkapi BMW Live Cockpit Professional bersama Kawalan Gerakan Tangan dan Bantuan Personal Pintar. BMW Live Cockpit Professional menggabungkan paparan instrumen digital penuh 12.3-inci dengan Paparan Kawalan skrin sentuh besar.

8. Penumpang belakang boleh menikmati hiburan profesional menerusi monitor skrin sentuh 10.2-inci dan ciri pengecas telefon tanpa wayar memudahkan pemandu.

9. BMW X5 xDrive45e M Sport menampilkan ciri bantuan pemanduan paling moden menerusi BMW Personal CoPilot, yang terdiri daripada:

  • Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Amaran Ubah Lorong (LCW)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dengan Intervensi Brek
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Cegah Perlanggara Belakang (RCP)
  • Maklumat Had Laju (SLI)
  • Bantuan parkir pintar Parking Assistant Plus dengan Kamera Pandang Keliling (SVC) dan bantuan undur Reversing Assists – ciri ini mampu merakamkan imej sejauh 50 meter dalam halaju 35kmj, termasuk membantu pemandu memandu keluar dari kawalan parkir, atau ruang sempit dengan mengambil alih kawalan stereng.

10. Pemilik BMW X5 xDrive45e M Sport akan menikmati pengalaman lengkap Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang terdiri daripada:

  • Waranti 5 tahun tanpa had Perbatuan BMW dengan program servis berjadual percuma
  • Bantuan Jalanan BMW dan Hotline Kemalangan BMW
  • Aplikasi mobil + BMW Group Loyalty – BMW White Card untuk akses kepada BMW Moments bagi sokongan penjagaan dan privilej
  • Servis Atas Talian BMW

11. Menariknya, sehingga 31 Disember tahun ini, pembeli BMW X5 xDrive45e M Sport layak mendapat jaminan lanjutan bateri hingga 8 tahun atau 160,000km (mana satu tiba dahulu) berbanding 6 tahun atau 100,000km sebelum ini.

12. Harga runcit atas jalan BMW X5 xDrive45e M Sport (tanpa insurans), termasuk tambahan semua waranti, servis dan program yang dinyatakan di atas ialah RM440,745.00 dan sudah berada di semua pusat jualan BMW seluruh negara.

13. Buat janji temu pandu uji BMW X5 xDrive45e M Sport sekarang di bilik pameran BMW yang terpilih, atau melalui aplikasi AR BMW GX5.

GALERI
autoterkini BMW BMW Group Malaysia BMW Group Malaysia (BGM) BMW X5 M BMW X5 xDrive40e BMW X5 xDrive45e M Sport Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SAV SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.