Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»12 Fakta Pantas | BMW M5 Serba Baharu Kini di Malaysia, RM942,759!
Roda4

12 Fakta Pantas | BMW M5 Serba Baharu Kini di Malaysia, RM942,759!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/05/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW M5 sudah sekian lama melakar sejarah sebagai sedan premium berkuasa tinggi dan sekian lama menguasai segmen kenderaan seumpamanya. Ini menunjukkan tahap kemahiran tinggi kejuruteraan dan inovasi pemanduan pintar yang dimiliki model dari Jerman itu.

BMW M5 serba baharu kini tiba ke pasaran tempatan sempena acara BMW M Track Experience 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Berikut 12 fakta pantas perlu anda tahu tentang BMW M5:

1. BMW M5 merangkul dua Rekod Dunia Guinness untuk jarak drift paling jauh dan aksi jarak drift paling jauh melibatkan dua kereta.

2. Aksi drift itu dilakukan sendiri pelumba profesional BMW, Johan Schwartz membabitkan jarak sepanjang 374.2km di atas litar skid pad dalam masa 8 jam. Schwartz kemudian berkolaborasi pula dengan Ketua Pelatih Pemanduan BMW Performance Centre, Matt Mullins untuk melakukan aksi drift kenderaan secara berkembar untuk jarak sepanjang 79.3km dalam masa sejam.

3. Buat kali pertama, BMW M5 menampilkan kuasa melalui sistem pacuan semua roda (AWD), M xDrive yang dilengkapi mod 4WD, 4WD Sport dan 2WD.

4. Dilengkapi enjin V8 4.4L yang dipadankan M TwinPower Turbo berkuasa 600hp (5,600-6,700rpm) dan tork 750 Nm (1,800rpm) – tork meningkat 70Nm.

5. Pengalaman pemanduan jadi lebih mengujakan dengan opsyen mod pemanduan:  Efficient, Sport atau Sport Plus.

6. Padanan transmisi 8-kelajuan M Steptronic memberikan respon lebih berkesan ketika memecut dengan pecutan 0-100kmj sepanjas 3.4 saat.

7. Dilengkapi trim bampar depan terkini dengan keupayaan penyerapan udara lebih tinggi untuk memastikan sistem penyejukan dan brek M5 dibekalkan dengan udara penyejukan secukupnya.

8. Bonet menggunakan material aluminium, manakala bumbung dirumus daripada plastik gentian karbon diperkuat (CFRP).

9. Difuser belakang diubah suai dengan skirt sisi, apron dan spoiler M. Cermin kereta menampilkan rekabentuk M yang dinamik dan tersendiri.

10. BMW M5 didatangkan standard dengan rim M Double-Spoke style 706M bersaiz 20 inci.

11. Aksesori tambahan naik taraf turut ditawarkan seperti Brek Seramik Karbon M yang didatangkan dengan kaliper emas. Brek tersebut menyumbang kepada pengurangan berat 23kg.

12. Ciri kabin menampilkan set infotainment skrin sentuh BMW Navigation Professional 10.25 inci, paparan dongak (HUD) berserta M-Specific Content, dan sistem Bantuan Pemandu BMW menyeluruh yang menjadi antara ciri utama BMW ConnectedDrive.

13. Didatangkan dengan kerusi standard multifungsi M  dengan sulaman kulit Merino. Tidak ketinggalan integrasi visual dan ukiran logo M pada penyandar kepala.

14. Pilihan kerusi dan upholsteri termasuk kombinasi tona dua warna: Aragon/Black dan Complete Black yang dipadankan trim dalaman berstruktur Karbon Aluminium dengan gilapan Krom Gelap.

15. Dijual pengedar sah BMW seluruh negara bermula 1 Jun 2018 pada harga RM942,759.86. 

16. BMW turut menawarkan pakej tambahan seperti:

  • Pek Prestasi – RM30,000
  • Pek Keselamatan Lanjutan – RM15,000
  • Pek Hiburan – RM55,000
  • Brek Seramik Karbon ‘M’ – RM95,000

17. Pembeli BMW M5 ditawarkan:

  • Waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun
  • Program servis berjadual percuma
  • Program waranti tayar selama 2 Tahun/24 Bulan untuk penawaran servis Run Flat Tyre
  • Bantuan jalanan dan hotline kemalangan
  • Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card Elite
  • Servis online
GALERI
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
Harga BMW M5 Malaysia
Harga BMW M5 Malaysia
Harga BMW M5 Malaysia
Harga BMW M5 Malaysia
Harga BMW M5 Malaysia
Harga BMW M5 Malaysia
Harga BMW M5 Malaysia
Harga BMW M5 Malaysia
Harga BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia
2018 BMW M5 Malaysia BMW BMW Group Malaysia BMW M Track Experience 2018 BMW M5 BMW M5 Serba Baharu Harga BMW M5 Malaysia Johan Schwartz Matt Mullins Sedan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    BMW Motorrad Vision K18 2026
    Roda2

    BMW Motorrad Vision K18 2026 – Projek One-Off Ilham Dunia Penerbangan

    20/05/2026
    Roda4

    BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

    18/05/2026
    Mercedes Autohaus Kuantan
    Auto Terkini

    Pusat 4S Mercedes-Benz Terbesar di Pantai Timur, Asbenz Stern Autohaus Lancar di Kuantan

    18/05/2026
    Vision BMW ALPINA
    Roda4

    Vision BMW Alpina 2026 Gabung Elemen Garang, Elegan Sebagai Era Baharu Bawah BMW Group

    19/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    MV Agusta Brutale 1000 ABT
    Roda2

    MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    By Abang Hirata18/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.