Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Silap Besar Penunggang Motosikal yang Kerap Dilakukan
Autotainment

10 Silap Besar Penunggang Motosikal yang Kerap Dilakukan

Han OthmanBy Han Othman26/10/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA sedia maklum bahawa penunggang motosikal mencatatkan jumlah kematian maut tertinggi akibat kemalangan di Malaysia. Tanpa menafikan punca kemalangan juga berpunca disebabkan kecuaian pengguna jalan raya lain, sebagai penunggang motosikal, apakah anda pernah atau masih melakukan salah satu daripada semua kesalahan di bawah ini? Berapa banyak kesalahan di bawah ini yang dilakukan anda?

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip ‘Layan Korner’ Buat Kaki Leper

Berhenti salahkan orang lain. Langkah pertama yang perlu anda lakukan sekarang ialah jaga diri sendiri dahulu! Bagaimana mahu menjaga diri anda itu adalah dengan mengelak 10 silap besar penunggang motosikal yang kerap dilakukan:

1. TAK PAKAI HELMET

tak-pakai-helmet
Kesalahan ini bolehlah dianggap sebagai dosa besar bagi seseorang penunggang motosikal. Masih ramai memandang remeh perkara ini dan mengabaikan pemakaian helmet, terutama apabila menunggang sekitar kawasan rumah sendiri. Tahukah anda, kemalangan di kawasan rumah sendiri juga termasuk dalam senarai lokasi bahaya yang kerap berlaku perlanggaran.

2. PAKAI HELMET, TAPI TAK IKAT BETUL

ikat-helmet
Sekali pandang, nampak seperti berhati-hati, tetapi anda sebenarnya langsung tidak pedulikan hal keselamatan diri. Helmet yang tidak diikat dengan betul langsung tidak memberikan perlindungan apa-apa. Situasinya sama saja seperti anda terjatuh sungai dengan memakai jaket keselamatan yang tidak diikat.

3. LANGGAR LAMPU ISYARAT

Berapa lama sangatkah lampu merah menyala? 5 minit? 10 minit? Atau setengah jam? Ya, tidak sampai pun empat minit! Apakah kerana perlu menunggu selama empat minit, maka anda akan terlambat sejam? Sudah tentu tidak. Anda lambat kerana memang anda sudah terlambat. Menyalahkan lampu isyarat cuma alasan!

4. LAMPU ROSAK TAK DIGANTI

penunggang-malam

Kerosakan ini bukan saja membabitkan lampu depan, tetapi juga lampu belakang, lampu brek dan lampu signal (depan dan belakang). Hairan, kenapa masih ramai orang yang berani menunggang motosikal tanpa lampu yang berfungsi baik?

Wahai penunggang motosikal, lampu ialah nyawa anda ketika menunggang, terutama malam. Anda mungkin ada penglihatan setajam helang yang tidak memerlukan bantuan lampu motosikal, tetapi pengguna jalan raya lain tidak mempunyai kuasa seperti anda. Mereka belum tentu perasan kelibat anda. Mereka tidak tahu anda di hadapan, atau sedang membrek, atau mahu membelok. Kenapa bahayakan diri?

5. TAK BERI SIGNAL BELOK

motosikal-signal
Mungkin kerana kecil, anda rasa tidak perlu memberikan apa-apa isyarat untuk membelok. Anda anggap motosikal anda cukup pantas menyelit dan membelok. Tetapi orang di belakang atau hadapan tidak dapat meneka gerak hati anda yang mahu membelok simpang. Kecuaian anda hanya meletakkan diri di ambang maut.

BACA >>> Teringin Tunggang Motor Besar? Fikir Dahulu Tentang 5 Kesilapan Tipikal Ini

6. MEMOTONG KIRI

motosikal-potong-kenderaan
Setiap kali memotong kiri, peluang anda hidup ialah 50:50 walaupun anda merasakan situasi ketika itu sangat selamat untuk memotong. Kenapa? Secara normal, pemandu kenderaan besar seperti kereta atau lori akan cenderung membelok ke kiri jalan apabila berlaku situasi mencemaskan seperti kemalangan atau kerosakan.

7. MEMOTONG DI SIMPANG JALAN

memotong-simpang

Tidak perlu dijelaskan lagi. Simpang jalan bukanlah lokasi terbaik untuk memotong dan sila perlahankan motosikal anda mengikut had laju ditetapkan. Menunggang atas jalan raya utama bukanlah alasan untuk anda memotong di simpang jalan (lihat gambar rajah di atas). Buktinya, ada banyak kes penunggang motosikal dirempuh kenderaan lain yang mahu keluar atau masuk simpan. Sabarlah sebentar, anda bukannya sedang berlumba MotoGP.

8. MEMAKAI BAJU GELAP KETIKA MALAM

penunggang-baju-hitam
Anda mungkin seorang rock star dan sukakan kegelapan. Tetapi menunggang motosikal dengan pakaian gelap atau hitam bukanlah idea yang baik. Tambahan lagi ketika malam. Tukarkan kepada warna selain gelap dan hitam seperti putih, kuning, merah dan lain-lain. Kalau tetap berdegil mahu memakai baju hitam, sila pastikan jaket atau baju hujan anda berwarna kontra atau cerah.

Bagaimana pula kalau masih mahukan jaket dan baju hujan hitam? Boleh, tetapi belilah jaket yang ada strip pemantul cahaja atau reflektor. Jangan sekadar berjaket kosong saja. Ingat keselamatan diri!

9. ABAI KESELAMATAN PEMBONCENG

bonceng-selamat
Anda mungkin biasa melihat situasi penunggang motosikal memakai pakaian keselamatan lengkap, tetapi pembonceng pula memilih beraksi koboi tanpa cuba melindungi diri. Lebih menyedihkan, sesetengah pembonceng ialah kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa mengenai keselamatan jalan raya. Si bapa bertopi keledar mahal, kepala si anak pula dibiarkan bogel begitu saja.

10. TANGGUH TUKAR TAYAR

tukar-tayar
Selain lampu, menukar tayar adalah termasuk hal penyenggaraan paling penting yang perlu dititik beratkan. Motosikal anda bergerak kerana tayar, dan kerana tayar jugalah motosikal anda berhenti apabila kecemasan. Tolong tukar segera tayar apabila bunga sudah haus, atau setiap tiga tahun sekali.

BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!

Supaya tidak rasa terbeban apabila perlu menukar tayar, apa kata anda buat satu tabung khas untuk melakukan penukaran tersebut. Pilih tayar yang baik dan sesuai untuk kegunaan anda. Anda bukan pergi berlumba atas trek, tetapi berulang-alik ke pejabat setiap hari. Anda juga bukan selalu perlu mengasah lutut setiap kali masuk atau keluar simpang. Tolong rasional!

10 Silap Besar Penunggang Motosikal autotainment dosa penunggang motosikal kesilapan penunggang motosikal roda2 tip automobil tip menunggang selamat
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
Sukan Permotoran

Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

26/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

25/05/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026

3 Comments

  1. khairul on 15/11/2016 15:44

    akan dtg buat ujian menunggang motosikal dijalanraya juga bg mereka yg ingin memiliki lesen motosikal.

    Reply
  2. Mohd Zubir bin Sarbini on 26/10/2019 16:44

    kemalangan jalan raya 90% adalah kerana kelajuan

    Reply
  3. Mickey on 07/07/2021 21:54

    Nak tanya.. masa hujan takde baju hujan.. terpaksa letak pakaian dalam plastik.. boleh kah riding separuh bogel?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

By Syafie22/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

By Shazwan Hisam21/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.