Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Peratus Pemandu Bas Pekerja Ambil Dadah?
Auto Terkini

10 Peratus Pemandu Bas Pekerja Ambil Dadah?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHAYAL dadah, mabuk dan tiada lesen memandu adalah antara kesalahan yang sering direkodkan pemandu bas pekerja di Johor.

Selain pemandu, polis juga mengesan pengusaha bas pekerja sanggup menggajikan pemandu warga asing, dan membawa penumpang melebihi kapasiti had dibenarkan bagi mengurangkan kos dan mementingkan keuntungan.

BACA >>> Pengangkutan Awam, Basikal dan Jalan Kaki Cara Elak 50 Juta Kematian Jalan Raya Setahun

Isu itu dikongsikan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam Operasi Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Johor, semalam.

Terdapat satu kejadian 21 Oktober lalu melibatkan sebuah bas pekerja dipandu melulu dan berbahaya di kawasan perindustrian Tebrau. Apabila kita dapat kesan pemandu itu, ujian urin dilakukan dan didapati dia positif dadah jenis metamfetamin.

“Susulan itu, dalam operasi kali ini, kita menjalankan ujian urin terhadap 20 pemandu bas pekerja dan dua daripadanya, iaitu lelaki tempatan berusia 54 dan 34 tahun didapati positif dadah jenis metamfetamin dan ganja.”

Berdasarkan ujian urin tersebut, ini bermakna 10 peratus pemandu bas pekerja di Johor dikesan mengambil bahan terlarang.

Sepanjang operasi, 42 saman dikeluarkan, termasuk kepada dua individu tiada lesen memandu, manakala 25 lagi tiada lesen Kenderaan Perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV).

Jabatan Alam Sekitar, yang turut serta dalam operasi itu, juga mengeluarkan 26 saman, enam notis dan empat kompaun atas kesalahan berkaitan asap dan bunyi kenderaan.

Ayob Khan berkata lagi, 89 kes kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja direkodkan di Johor sejak Januari hingga bulan lalu (Oktober), manakala 144 kes kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja sepanjang tahun lalu.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
BACA >>> Lalok, Bergaduh, Polis Cekup Polis Palsu
BACA >>> Kajian: Halalkan Ganja Punca Peningkatan Kes Kemalangan di Amerika – IIHS
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu

SUMBER: Bernama | APAD

Bas Pekerja Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay Ganja Isu Semasa lesen Kenderaan Perdagangan Lesen Vokasional Metamfetamin Pemandu Bas Pekerja
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.