Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA pernah dikejutkan dengan kemalangan tragis melibatkan pemandu treler terlanggar perancah besi struktur pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) hingga menghempap sebuah van kilang dinaiki lima penumpang. Pemandu treler tersebut dilaporkan positif dadah jenis metamfetamin (metamphetamine). 

Apakah metamfetamin? Kita kerap membaca dan mendengar berita dadah jenis ini selalu digunakan kalangan pemandu kenderaan berat? Kenapa ia diambil dan apakah kesan buruk dadah tersebut? Artikel ini akan mengulas persoalan anda. 

BACA >>> Pemandu Treler Langgar Perancah Besi Positif Dadah

DEFINISI DAN PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN

Nama lain metamfetamin ialah syabu, iaitu sejenis dadah perangsang (stimulan) yang boleh didapati dalam bentuk serbuk dan pil. Dadah amfetamin (amphetamine) jenis serbuk juga dipanggil ice, ice baby, dadah syaitan (the devil’s drug), kokain si miskin (poor man’s coccaine), chalk, crank, fire, glass, speed dan crystal (crystal meth). Syabu berbentuk pil pula dikenali sebagai WY, pil kuda, pil yaba dan pil go.  

Dalam konteks perubatan, dadah ini digunakan untuk merawat hidung tersumbat dan Malaysia hanya meluluskan metamfetamin untuk merawat penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Secara keseluruhan, pengunaan syabu dalam perubatan adalah terhad dan tidak digunakan secara meluas. 

 

BACA >>> #Tular: Lelaki Tumbuk Bomba Rupa-Rupanya Positif Dadah
BACA >>> Pemandu Volvo Lawan Arus Tak Mabuk, Tapi Ambil Dadah

KESAN JANGKA PENDEK SYABU

Pengambilan metamfetamin menambahkan jumlah dopamin semula jadi dalam otak yang mengakibatkan pengguna jadi lebih bertenaga, banyak bercakap, kurang selera makan dan berada dalam keadaan seronok (euforia). Efek dadah ini kebiasaannya bertahan selama 24 jam.

Kesan ‘segera’ dan jangka pendek inilah yang membuatkan dadah ini diambil sesetengah pemandu, terutama pemandu lori atau kenderaan berat yang perlu berjaga malam dan bekerja lebih masa. Tujuannya, mereka mahu mendapatkan ‘ekstra’ tenaga untuk melakukan ekstra kerja. Lebih trip dapat dibuat, maka lebih wang dapat diperoleh. Malah dadah jenis ini turut disalah gunakan golongan seperti pelajar untuk belajar minit akhir, dan anak muda untuk berseronok.

Namun ingat, kesan jangka panjang akibat pengambilan dadah ini adalah lebih buruk. 

KESAN JANGKA PANJANG SYABU

Metamfetamin yang dihasilkan pengilang haram mengandungi bahan berbahaya seperti ubat selesema (efedrin), ubat batuk (dekstrometofan) dan bahan kimia seperti bateri litium, peluntur cat, iodin dan radiator udara. Seperti dadah lain, syabu boleh menyebabkan ketagihan dan mampu merosakkan sistem saraf pusat pengguna.

Penagih metamfetamin akan mengalami gangguan tingkah laku, kemurungan dan otak menjadi lembab. Jika berlebihan, kesannya boleh mendatangkan kematian. Metamfetamin juga diklasifikasikan sebagai dadah terlarang dan boleh didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan hukuman maksimum gantung sampai mati.

Kesimpulannya, penggunaan metamfetamin sangat berbahaya. Insiden berlaku semalam adalah contoh terbaik yang menunjukkan kesan dadah ini bukan saja memudaratkan pengguna, tetapi juga orang lain. 

SUMBER: MyJurnal.my | National Institute on Drug Abuse

crystal meth Dadah insiden Metamfetamin Metamphetamine pemandu treler positif dadah suke Syabu
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.