Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tinjauan: Inilah 10 Jenama Kenderaan Paling Reliabel di Amerika Sepanjang 2017
Auto Terkini

Tinjauan: Inilah 10 Jenama Kenderaan Paling Reliabel di Amerika Sepanjang 2017

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA semalam kami mendedahkan senarai model kenderaan paling tidak reliabel di Amerika Syarikat (AS), kali ini kami paparkan pula kenderaan paling reliabel di negara Uncle Sam itu. Keputusan diperoleh adalah berdasarkan data Tinjauan Reliabiliti Tahunan Consumer Reports (CR) 2017 yang dikeluarkan baru-baru ini membabitkan model-model baharu dijual sepanjang 2017.

Jika kenderaan kurang reliabel disenaraikan mengikut jenis model secara spesifik, sebaliknya kenderaan reliabel pula kami senaraikan mengikut nama pengeluar, termasuk model paling reliabel dikeluarkan.

BACA >>> Tinjauan: Inilah 10 Kereta Paling Tidak Reliabel di Amerika Sepanjang 2017

Jika melihat senarai diberikan, ada model tanpa disangka turut memasuki senarai, misalnya minivan Chrysler Pacifica yang dinilai pengguna sebagai kenderaan reliabel walaupun baru tahun pertama di pasaran. Model crossover hibrid, Kia Niro pula menjadi model paling reliabel antara barisan model buatan pengeluar dari Korea Selatan itu.

Tinjauan CR itu dibuat berasaskan maklum balas pengguna yang mendaftar dengan badan pemerhati bebas itu, membabitkan lebih 640,000 kenderaan baharu sejak 2000.

PELBAGAI KRITERIA TINJAUAN

Tinjauan pendapat adalah berdasarkan 17 permasalahan daripada gangguan seperti bunyi brek, dan trim dalaman pecah, hingga isu major seperti baik pulih transmisi yang sudah tamat waranti  atau masalah pada sistem pacuan empat-roda (4WD).

Setiap masalah turut diperincikan tahap keterukan untuk menghasilkan Skor Reliabiliti Jangkaan bagi setiap kenderaan. Setiap skor kemudian digabungkan dengan data terkumpul daripada ujian trek CR, dan keputusan tinjauan kepuasan pemilik dan data keselamatan, untuk mendapatkan Skor Keseluruhan kenderaan.

Pengeluar manakah menghasilkan kenderaan paling reliabel di AS?

10. HYUNDAI


Hyundai mungkin jatuh tiga anak tangga berbanding tahun lalu, tetapi masih cukup untuk meraih kedudukan ke-10 dalam senarai. Data CR memberikan purata skor realibiliti 59. Elantra menjadi model paling reliabel, manakala Tucson mendapat skor paling rendah.

9. HONDA


Sebenarnya, Honda mendapat purata skor sama seperti Hyundai dengan membaiki posisi berbanding 2016. Crossover popular, CR-V ialah model paling reliabel.

8. BUICK


Jenama tiga perisai ini turun lima anak tangga tahun ini, tetapi masih mampu menduduki kedudukan ke-8 dan menjadi wakil pengeluar AS paling reliabel. Sedan LaCrosse dilaporkan menjadi punca Buick tergelincir banyak anak tangga.

7. INFINITI


Divisi mewah Nissan ini menduduki posisi ke-7, lebih baik berbanding 2016. Sedan Q70  ialah model paling reliabel, cuma model Q50 banyak mendapat aduan masalah.

6. SUBARU


Subaru mendapat purata skor 60 dengan kereta sport BRZ menjadi produk paling reliabel walaupun model tersebut bukanlah produk pengeluar dari Jepun itu yang paling laris. Jauh sekali menandingi jualan Impreza, yang kebetulan menjadi model Subaru paling kurang reliabel. Ingat, paling laris bukan bermaksud paling reliabel.

5. BMW


Sebagai pengeluar yang banyak merintis teknologi baharu automotif, amat jarang sekali kita dapat menyaksikan jenama Jerman dalam senarai kenderaan reliabel. Tetapi kajian kali ini sedikit sebanyak memulihkan reputasi BMW dengan menduduki tempat ke-5. Terima kasih kepada model 2 Series yang banyak membantu. Model paling bermasalah, i3 yang serba futuristik.

4. AUDI


Duduk di atas BMW ialah seteru utamanya, Audi di tempat ke-4, sekali gus mengekalkan kedudukan sama pada 2016 dengan purata skor 68. Crossover kecil Q3 ialah model Audi paling boleh diharap.

3. KIA


Pemenang pingat gangsa dalam buruan kenderaan paling reliabel di AS ialah Kia apabila berjaya meraih purata skor reliabiliti, 71. Siapa sangka, crossover hibrid, Niro menjadi model terbaik dan paling reliabel dihasilkan Kia.

2. LEXUS


Bagi pengguna AS, apa diperoleh Lexus bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Berbanding seteru lain sebagai pengeluar kenderaan mewah, Lexus nyata sukar dikalahkan dengan mencatatkan skor 77, manakala model yang memberikan markah tertinggi ialah sedan ES.

1. TOYOTA


Kalau sudah tiada nama dalam senarai 6-10 terbaik, rasanya tidak perlulah diteka lagi kerana Toyota biasanya pasti meraih tiga tempat terbaik. Lihatlah keputusannya. Walaupun cuma mendahului tiga mata (skor 80) lebih baik berbanding Lexus, Toyota tetap layak meletakkan diri sebagai jenama paling reliabel di AS. Model terbaik ialah 86, manakala model paling bermasalah jatuh kepada trak pikap Tacoma.

SUMBER: Auto Guide

10 kereta reliabel AS Amerika Syarikat AS Consumer Reports Roda4 survey
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.