Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Game Perlumbaan Terbaik 2016/2017
Autotainment

10 Game Perlumbaan Terbaik 2016/2017

Han OthmanBy Han Othman11/06/20163 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DARIPADA suasana arked klasik 1980-an hingga pengalaman realisitik yang ditawarkan konsol permainan berteknologi tinggi hari ini, game perlumbaan sentiasa meraih populariti hebat di kalangan peminat permainan video saban tahun. Jika anda mencari game perlumbaan terbaik bagi memuaskan keseronokan berlumba anda sepanjang tahun ini, anda mungkin boleh mempertimbangkan game-game di bawah:

1. FORZA MOTORSPORT 6: APEX

forza-motorsport-6-apex
Diedarkan oleh Microsoft Studios, game ini ialah versi percuma daripada enam game dalam siri Forza Motorsport yang menggegarkan Windows 10 pada 6 Mei lalu. Memuatkan 60 kereta dan 20 trak, rilisan Apex ialah lebih kecil berbanding Xbox One, tetapi masih berbaloi dimainkan oleh peminat perlumbaan. Nikmatilah grafik hebat yang memaparkan suasana cuaca realistik, kepelbagaian mod perlumbaan dan peluang meningkatkan skil apabila berlumba dengan aneka kenderaan hebat dan terkini.

2. NEXT CAR GAME: WRECKFEST

next-car-game-wreckfest
Kali terakhir Bugbear Entertainment menguar-uarkan kepada peminat perlumbaan mengenai pembangunan Next Car Game: Wreckfest ialah Jun 2015, dan 2017 disebut sebagai tarikh rilis. Game ini bakal muncul dalam platform Windows dengan ciri ‘pemodelan kerosakan badan-lembut’, iaitu sejenis karakteristik unik gaya permainan, di mana sebarang kerosakan yang berlaku akan menjejaskan cara anda mengendalikan kenderaan. Wreckfest memberi peluang kepada pemain untuk menyertai perlumbaan trek secara merosakkan kenderaan lawan menggunakan teknik pemanduan agresif dan bukan kepakaran berlumba.

3. GRAN TURISMO SPORT

gran-turismo-sport
Game ke-13 dalam siri Gran Turismo akan diriliskan khas untuk Playstation 4 sepanjang 2016. Game kendiri ini dibangunkan dan dirilis oleh Polyphony Digital dan Sony Interactive Entertainment dengan edisi Sport termasuk mod Campaign, Sport dan Arcade secara opsyen gaya permainan dalam atau luar talian. Tingkatkan karier perlumbaan anda sepanjang masa sambil menikmati grafik dipertingkatkan dan pengalaman perlumbaan lebih realistik yang membuatkan game ini menarik, seronok dan imersif.

4. DRIFT STAGE

drift-stage
Gaya permainan Drift Stage mengangkat suasana game arked old-school seperti Outrun dan Daytona USA. Drift Stage diriliskan oleh Super Systems Softworks pada 24 Mei lalu. Game ini memuatkan kombinasi seni piksel dan pemodelan 3D untuk sentuhan moden dalam stail perlumbaan klasik. Pemain boleh mengakses game pada Steam atau menikmati mod multiperlumbaan dalam sebarang sistem operasi PC. Anda boleh menyertai perlumbaan biasa, percubaan mengejar masa, kejuaraan mod Career atau berlumba sejauh boleh dalam perlumbaan titik semak (checkpoint). Keupayaan mengubah kereta dan trek secara kustom, termasuk menyertai perlumbaan multipemain meningkatkan pengalaman permainan yang mengujakan.

5. PROJECT CARS 2

project-cars-2
Sekuel kepada Projects Cars oleh Slightly Mad Studios masih dalam peringkat pembiayaan. Daripada bunyi yang dimuatkan, game ini berbaloi ditunggu untuk tarikh rilis pada 2017. Dibangunkan untuk platform PC, Playstation 4 dan Xbox One, Projects Cars 2 memuatkan 200 trek dengan pelbagai bentuk muka bumi dan kondisi cuaca serta sejumlah kereta sama untuk dipilih. Pilih trek karier dan ambil perlumbaan kegemaran untuk bermula. Sertailah mod multipemain Online Track Days dengan pemain-pemain lain dalam talian untuk lebih keseronokan berlumba.

6. VALENTINO ROSSI: THE GAME

valentino-rossi-the-game
Pada 17 Jun ini, anda boleh menikmati karier perlumbaan sama seperti pelumba legenda, Valentino Rossi. Dengan tunggangan realisitik dan kondisi pemanduan menerusi perlumbaan dan rali, Valentino Rossi: The Game memaparkan segala terbaik yang sepatutnya sesebuah perlumbaan GrandPrix tawarkan. Syarikat Itali, Milestone ialah nadi utama yang bertanggungjawab membangunkan game hebat ini seperti siri MotoGP sebenar. Sebagai tambahan kepada tumpuan karier Rossi, pemain PC, Playstation 4 dan Xbox One juga dilayan menerusi pilihan motosikal mereka, pelumba, pasukan dan trek daripada musim 2016.

7. SPEED ELIXIR

speed-elixir
Electro Phantom Games bersedia memberikan pengalaman unik perlumbaan dunia terbuka bermula Disember 2016. Direka untuk mereka yang sukakan pemanduan pantas, Speed Elixir memuatkan lebih 15 mod permainan berbeza dan situasi perlumbaan terbuka sepenuhnya dengan pelbagai jenis dan tekstur muka bumi. Gaya permainan berasaskan siri Need for Speed dan mirip suasana perlumbaan arked. Anda boleh cuba percubaan masa, hot pursuits dan banyak lagi dengan opsyen permainan antara mod multi dan seorang pemain untuk pengalaman bermain lancar tanpa terganggu.

8. POWER DRIVE 2000

power-drive-2000
Jika anda peminat dunia futuristik seperti digambarkan dalam epik Sai-Fi 1980-an, Power Drive 2000 ialah game khas buat anda. Diriliskan untuk platform PC dan Playstation 4 pada 31 Mei lalu, pengalaman ‘pergi jauh’ daripada Megacom Games ini memuatkan enam mod berbeza untuk anda nikmati. Cubalah Race, Race, Outrun, Gauntlet dan banyak lagi sambil mendengar runut bunyi Syntwave. Kongsi pengalaman dengan pemain lain menerusi mod multi pemain dan kekalkan pendengaran pada bunyi kereta anda. Ini kerana anda tidak dapat mengagak apa yang bakal dikatakan.

9. ASSETTO CORSA

assetto-corsa
Bersama kolaborasi dengan Kunos Simulazioni, 505 Games meriliskan game pertama Assetto Corsa untuk Playstation 4 dan Xbox One di Eropah pada April lalu. Sebagai pemain, anda boleh memiliki lebih 100 kereta lumba terbaik di seluruh dunia untuk berlumba dalam 20 konfigurasi trek berbeza. Ubah kereta anda secara kustom dengan talaan sendiri bagi mendapatkan fiil perlumbaan seperti yang anda inginkan. Pilihlah ciri personal tersendiri untuk pengalaman permainan sempurna.

10. FORMULA FUSION

formula-fusion
Disebut sebagai game perlumbaan anti graviti. Rilis 2016 meletakkan anda di belakang roda dalam kenderaan terbang futuristik yang boleh dinaik taraf dan dikustomkan untuk meningkatkan prestasi. Berlumbalah menentang komputer, Playstation 4, Xbox One atau berentap dengan pelumba lain dalam mod multipemain untuk merasai pengalaman berlumba dalam suasana angkasa lepas pada kelajuan tertinggi.


10 game di atas hanyalah sedikit daripada banyak game yang menjadi tumpuan ramai membabitkan pelbagai pengalaman perlumbaan sepanjang 2016. Anda boleh memilihkan game di atas berdasarkan cita rasa sendiri sama ada simulasi pemanduan dalam trek sebenar atau perlumbaan masa depan dengan sentuhan sai-fi.

BACA >>>10 Game Racing Terbaik Android, Sudah Tentu Percuma

SUMBER: Proctocars.com

10 game perlumbaan terbaik 2016/2017
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.