Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Fakta Pantas: BMW Z4 sDrive30i M Sport Kini di Malaysia, Harga RM480k
Auto Terkini

10 Fakta Pantas: BMW Z4 sDrive30i M Sport Kini di Malaysia, Harga RM480k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia pada April lalu mempamerkan Z4 ketika majlis pelancaran BMW 3 Series serba baharu. Kini model roadster serba baharu itu secara rasmi berada di pusat jualan BMW Malaysia.

Berikut 10 faktas pantas yang perlu anda tahu tentang BMW Z4, yang juga pesaing kepada Toyota Supra:

BACA >>> Pesaing Toyota Supra, BMW Z4 Ditayangkan di Malaysia – Harga RM460k

1. BMW Z4 dijana enjin 4-silinder 2.0L berkuasa 258hp dan tork maksimum 400Nm @ 1,500-4,400rpm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 5.4 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj.

2. Hantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan ZF.

3. Dimensi roadster ini berubah dengan panjang meningkat 85mm (4,324mm), lebar +74mm (1,304mm) dan tinggi +13mm (1,304 mm) berbanding model terdahulu. Pusat graviti (CoG) lebih rendah menawarkan agihan berat depan-ke-belakang yang seimbang.

4. Elemen klasik Z4 pada rupa depan diserlahkan menerusi rekabentuk gril ginjal @ kidney sofistikated, manakala lampu depan LED tampil seakan mata jerung dengan strip lampu siang (DRL) LED bahagian dalam.

5. Unit lampu belakang 3D yang langsing serta rekabentuk spoiler bersepadu memberikan profil rendah. Ruang but dan pintu lebih besar, manakala ruang simpanan tambahan belakang kerusi sangat praktikal buat penumpang.

BACA>>>Toyota GR Supra Lancar di Jepun, Harga Bermula RM186k untuk Varian 2.0L Turbo!

 

6. Ruang kabin memuatkan dua kerusi sport dengan bumbung kanvas boleh lipat. Seperti model BMW lain, Z4 turut mengetengahkan elemen kabin ‘BMW Live Cockpit Professional’ menerusi reka letak papan pemuka strategik mengikut ergonomik pemandu. Paparan infotainment skrin sentuh memberikan maklumat terus dan jelas kepada pemandu.

7. Menampilkan kunci digital BMW Digital Key, membolehkan pemandu mengakses kereta menggunakan telefon pintar Android, manakala teknologi protokol hantaran data jarak dekat, NFC (Near Field Communication) membolehkan kereta dikunci dan dibuka menggunakan akses telefon pintar.

8. Ada Bantuan Parkir Pintar (IPA) dengan Bantuan Undur yang membantu pemandu memarkir kenderaan mereka.

9. BMW Z4 spesifikasi Malaysia didatangkan dalam varian Z4 sDrive30i M Sport, berharga RM479,800 (tidak termasuk insurans) dalam pilihan warna merah, biru, hitam dan putih.

10. Jika mengambil pelan kewangan ‘Balloon Financing Plan’, yang ditawarkan Perkhidmatan Servis Kewangan BGM, roadster ini boleh dimiliki dengan ansuran bulanan bermula RM5,248 (mengikut anggaran pinjaman 80 peratus dalam tempoh 5 tahun).

BACA >>> Toyota Supra (2020) Akhirnya Debut di Detroit, Lihat 71 Foto Menarik

GALERI
BMW BMW Group Malaysia (BGM) BMW Malaysia BMW Roadster BMW Z4 (2019) BMW Z4 roadster BMW Z4 sDrive30i M Sport Toyota Toyota Supra 2020
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.