• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Supra (2020) Akhirnya Debut di Detroit, Lihat 71 Foto Menarik

Toyota Supra (2020) Akhirnya Debut di Detroit, Lihat 71 Foto Menarik

January 15, 2019 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS berdekad menunggu dengan pelbagai foto dan video acah didedahkan, akhirnya Toyota Supra serba baharu didedahkan di Pameran Motor Detroit 2019 dengan penuh gilang-gemilang.

Gaya ditunjukkan pastinya tidak janggal dilihat. Suku bahagian belakang dan sisi boleh dianggap sebagai sudut paling cantik yang jelas menyerlahkan profil agresif model sport ini . Rupa depan sedikit kontroversi, sesetengah peminat kurang gemar dengan bentuk bonet cembung seakan Porsche yang dikatakan kurang sepadan dengan rupa belakang.

BACA >>> Video Promo Toyota Supra (A90) Baharu Bocor Sebelum Debut

Namun secara keseluruhan, Supra sudah cukup unik untuk menonjolkan diri sebagai jentera sport berprestij. Tidak dilupakan beberapa ciri ikonik yang dikekalkan Toyota untuk model serba baharu ini, seperti bumbung berombak.

KONGSI ENJIN BMW X4

Supra serba baharu dijana enjin 6 sebaris 3.0L pengecasturbo jenis twin-scroll berkuasa 335hp dan tork 495Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang dihantar ke sistem pacuan roda belakang (RWD). Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 4.1 saat dengan bantuan kawalan luncur.

Walaupun berkongsi enjin sama dengan BMW Z4, prestasi dihasilkan Supra kurang berkuasa berbanding model lawan itu dengan angka kuasa 382hp dan tork 500Nm. Mungkin lebihan prestasi itu sengaja Toyota simpa untuk Supra versi TRD atau GR.

Apapun, pecutan 0-100kmj dihasilkan Supra ialah lebih pantas berbanding Z4, dan itu tidaklah menghairankan kerana model sport Jepun ini lebih ringan, cuma 1,540kg.

toyota-supra-2020-detroit-34
toyota-supra-2020-detroit-27
toyota-supra-2020-detroit-21

Terdapat dua opsyen mod pemanduan ditawarkan: Normal dan Sport.  Ada juga suspensi variabel adaptif dan diferensial aktif untuk mengawal tork antara roda belakang. Roda belakang lebih lebar berbanding depan yang dibalut tayar Michelin Pilot Super Sport dengan brek Brembo di depan.

BACA >>> Foto BMW Z4 (2019) Bocor dari China, Rupa Mirip Seakan Model Fiat

Supra serba baharu ini turut mewarisi karakter BMW menerusi agihan berat sempurna 50:50 yang pasti membuatkan jentera dua pintu ini seronok dipandu. Menurut wartawan permotoran Barat yang sempat memandu uji Supra versi prototaip mengatakan ia sebuah jentera yang laju, fokus dan seronok dengan pengalaman memandu seperti Porsche 718 Cayman yang berenjin depan.

Ruang kabin juga nampak 'sangat BMW' dengan susun atur horizontal, skrin infotainment menegak di tengah papan pemuka, dan meter bulat. Nampak sudah cukup elok walaupun Toyota sepatutnya memberikan lebih sentuhan sempurna. Ini kerana BMW tidak berapa terkenal dengan rekabentuk dalaman yang memukau.

Model ini turut dilengkapkan teknologi keselematan lengkap, bantuan pemandu, paparan dongak dan ciri konektiviti Apple CarPlay.

BACA >>> #GMS2018: 5 Fakta Pantas Tentang Toyota GR Supra Concept

Menariknya, harga atas jalan turut diumumkan, iaitu bermula AS$49,990 (RM204,809), dan 1,500 unit pertama ialah versi edisi terhad, Limited Launch Edition, berharga AS$55,250 (RM226,360) yang dijual untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) sahaja.

DUA VARIAN 3.0L

Ada dua varian ditawarkan: 3.0L dan 3.0L Premium, dengan harga Premium ialah AS$53,990 (RM221,197). Model Limited Launch Edition ialah berasaskan varian Premium. Opsyen pakej terdiri daripada navigasi dengan sistem audio JBL dinaik taraf dan pakej bantuan pemandu.

Pilihan warna pula terdiri daripada Renaissance Red 2.0, Nitro Yellow, Downshift Blue, Phantom Matte Gray, Absolute Zero White, Tungsten Silver, Turbulence Gray, dan Nocturnal Black, manakala saiz rim ialah 19 inci, standard untuk semua varian.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Supra 2JZ yang Masih Bergetah Seperti Mak Dara

Selepas 21 tahun berlalu sejak Toyota memperkenalkan Supra, dan empat tahun selepas menyaksikan model konsep FT-1, baru inilah kali pertama Supra muncul secara nyata. Adakah berbaloi penantian tersebut, terutama buat peminat kereta sport, atau ia terlalu digembar-gemburkan?

Apapun, kita layan gambar dulu!

GALERI

SUMBER: AutoGuide

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat (AS), BMW Z4, Detroit, Kereta Sport, Roda4, Toyota, Toyota Supra 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
    Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
  • Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
    Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
  • Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
    Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
  • Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja
    Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my