Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»10 Fakta Pantas: BMW S1000RR (2020) Kini di Malaysia, Ansuran RM1,420 Sebulan Sahaja
Roda2

10 Fakta Pantas: BMW S1000RR (2020) Kini di Malaysia, Ansuran RM1,420 Sebulan Sahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan superbike BMW S1000RR (2020) ke pasaran tempatan yang menetapkan penanda aras baharu bagi enjin prestasi tinggi dengan rekabentuk aerodinamik.

Dilabel sebagai Raja Isle of Man TT, karakter S1000RR baharu ini diperhalusi lebih baik dengan menaik taraf kuasa, ketangkasan dan gaya. Berikut 10 fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang S1000RR (2020):

BACA >>> Akrapovic Bangunkan Ekzos Khas untuk CBR1000RR-R Fireblade Baharu

1. Didatangkan dengan rekabentuk Frem Flex untuk bentuk tangki minyak lebih ramping dan beberapa kemasan pada bahagian pelana yang menawarkan keselesaan dan sokongan terbaik, termasuk grip lutut.

2. Pelindung pelana belakang ditawarkan standard bersama pelana penunggang, manakala bahagian depan menyerlahkan siluet langsing. Kombinasi fasia depan rendah memberikan imej atletik yang dipadankan dengan unit fork terbalik (USD) untuk pengendalian lebih tajam dan mantap.

3. Siluet sporty diserlahkan menerusi anjur depan (overhang) pendek. Tangki minyak dan rim tuang aluminium ditawarkan sebagai standard. Lampu utama daripada jenis LED dengan elemen iluminasi sebagai standard yang digabungkan ciri lampu tinggi/rendah. Lampu belakang LED pula  digabungkan bersama lampu brek dinamik dan indikator selekoh dalam satu unit.

4. Ditawarkan dalam dua pilihan warna: Racing Red (merah) dan Hockenheim Silver Metallic (perak) ada harga RM116,500.

5. Dijana enjin 4-silinder sebaris baharu 999cc berkuasa 207hp @ 13,500rpm dan tork 114Nm @ 11,000rpm dengan pecutan maksimum 200kmj. Padanan pacuan rantai baharu digabungkan dengan Teknologi BMW ShiftCam bersama lejang dan pemasaan injap ambilan variabel.

6. Dilengkapi empat mod tunggangan: Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro. Semua mod tunggangan itu mengawal fungsi seperti Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dan ABS Pro. Sistem BMW Motorrad Integral ABS membekalkan tahap prestasi lebih tinggi, manakala ciri Kawalan Daki Bukit (HSC) memudahkan tunggangan di laluan cerun atau berbukit.

7. Penukaran gear tinggi dan rendah boleh dibuat pantas tanpa klac menerusi ciri HP Shift Assistant Pro. Superbike ini turut dipasangkan stabilizer hendal boleh laras dengan imobilizer.

8. Panel instrumen menampilkan skrin TFT 6.5 inci dengan fungsi Multi Controller pada bar hendal sebelah kiri yang boleh dioperasikan dengan segera, selamat dan mudah. Ciri Connectivity membolehkan superbike ini dihubungkan dengan telefon pintar untuk memainkan lagu atau membuat panggilan telefon.

9. S1000RR (2020) kini boleh dilihat di semua wakil jualan BMW Motorrad Malaysia yang sah seluruh negara sejak 22 Mei lalu. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti tiga tahun dan Program Bantuan Jalanan Bertempoh tiga tahun.

10. BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan Pelan Pembiayaan dengan ansuran serendah RM1,420 sebulan berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh empat tahun.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR

GALERI
BMW BMW Group Financial Services Malaysia BMW Motorrad BMW Motorrad Malaysia BMW S1000 RR BMW S1000RR roda2 sportbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.