Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Auto Show Paling Prestij, Jadi Tumpuan Nama Besar Pengeluar Automotif Dunia
Autotainment

10 Auto Show Paling Prestij, Jadi Tumpuan Nama Besar Pengeluar Automotif Dunia

Han OthmanBy Han Othman18/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PAMERAN kereta atau auto show memang menjadi acara wajib bagi sesiapa saja yang mengaku pencinta automotif kerana di situlah semua pengeluar automobil dunia turun padang mempamerkan jentera masing-masing sama ada dalam bentuk kereta konsep atau pengeluaran.

Tetapi, bukan semua acara perhimpunan kereta akan disertai setiap pengeluar dunia melainkan pameran kereta di bawah. Kenapa? Sudah tentu kerana prestij yang dibawa pameran kereta tersebut. Jom ketahui 10 auto show terbaik yang menjadi pentas utama buruan pengeluar automotif antarabangsa!

1. INTERNATIONALE AUTOMOBIL-AUSSTELLUNG (IAA)

frankfurt-motor-show
Sebelum ini dikenali sebagai Pameran Motor Antarabangsa Jerman (International Motor Show Germany) atau ringkasannya, International Motor Show atau juga IAA. IAA ialah pesta perdagangan kenderaan terbesar di dunia berdasarkan jumlah kenderaan penumpang dan komersil yang dipamerkan.

IAA dianjurkan setiap tahun ganjil dan bertempat di Frankfurt am Main bagi pameran kenderaan penumpang manakala pameran kenderaan komersil berlangsung pada tahun genap di Hanover. Kedua-dua pameran auto tersebut biasanya diadakan pada penghujung September, tetapi jenis kenderaan (penumpang dan komersil) diasingkan sejak 1990-an berikutan pertambahan jumlah pengeluar dan pengunjung.

2. PAMERAN MOTOR TOKYO


Beberapa pengeluar automobil terbesar dunia terletak di Jepun, seperti Honda, Mazda, Nissan dan Toyota. Jadi, memang wajar Tokyo menjadi antara hos utama pameran kereta terbesar dunia.

Pameran Motor Tokyo dianjurkan di Tokyo Big Sight pada penghujung Oktober hingga awal November setiap tahun. Terkenal sebagai pameran yang menghimpunkan banyak kenderaan konsep, termasuk kereta pengeluaran.

Dianggarkan terdapat 20,000 hingga 40,000 kereta, kenderaan komersil dan motosikal dipamerkan di Pameran Kereta Tokyo. Pengunjung juga boleh menjadi orang pertama melihat model debut dengan membeli tiket Hari Previu.

3. PARIS MONDIAL DE L’AUTOMOBILE


Biasanya diringkaskan kepada Pameran Auto Paris dan diadakan di Paris expo Porte de Versailles yang juga dipanggil dewan Paris Expo.

Mulanya, pameran kereta ini dipanggil Salon International de l’Automobile and Cycle dan dianjurkan secara dwitahunan sepanjang Oktober tahun genap. Pameran Auto Paris menjadi antara acara automobil terbesar buat pencinta automotif yang meminati kereta konsep atau pengeluaran.

Lebih istimewa, Pameran Auto Paris ialah acara  kereta pertama dunia yang dilancarkan oleh perintis industri automobil Perancis, Albert de Dionini pada 1898. Malah, aura pameran kereta itu tidak pernah merosot sejak berdekad lama dengan mengumpul jutaan hadirin yang sanggup meluangkan masa berjam-jam lama melihat setiap kenderaan dipamerkan.

4. PAMERAN MOTOR GENEVA ANTARABANGSA

geneva-motor-show
Acara ini kadangkala disebut sahaja sebagai Pameran Motor Geneva. Sama seperti namanya, pameran ini diadakan di Geneva, Switzerland dalam Pusat Konvensyen Palexpo Geneva berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Geneva Cointrin yang sememangnya mudah diakses dan dilawati pengunjung asing seluruh dunia.

Acara tahunan ini berlangsung setiap Mac dan pertama kali diadakan pada 1905 yang mengumpul hampir semua nama besar automobil dunia yang menghasilkan jentera berenjin pembakaran dalaman.

Kenderaan enjin stim dan benzena (gas) juga dipamerkan bersama jentera supercar eksotik. Pameran Motor Geneva Antarabangsa juga terkenal sebagai tuan rumah kepada debat sosial dan politik.

5. PAMERAN AUTO ANTARABANGSA AMERIKA UTARA (NAIAS)

naias
Juga dikenali sebagai Pameran Auto Detroit dan inilah pameran kenderaan perdana di Amerika Utara. Diadakan di Pusat Cobo dekat Detroit, Michigan, NAIAS biasanya berlangsung pada pertengahan Januari setiap tahun dan berakhir kira-kira seminggu kenudian. Tiga hari daripada seminggu dikhaskan kepada pihak media, industri dan kebajikan, manakala selebihnya dibuka kepada umum.

Menawarkan ruang pameran berkeluasan satu juta kaki persegi, pameran berusia lebih 100 tahun ini menghimpunkan ratusan pengeluar seluruh dunia yang menampilkan model konsep dan pengeluaran. Malah, ia menjadi nadi penting Metro Detroit kerana kawasan itu sendiri ialah ibu pejabat bagi tiga pengeluar utama Amerika, Chrysler, Ford dan Generals Motors. Sesi anugerah khas juga diberikan seperti Kereta dan Trak Terbaik Tahunan dan Rekabentuk EyesOn.

6. PAMERAN AUTO CHICAGO

chicago-motor-show
Diadakan di Windy City dalam kompleks McCormick Place dan biasanya dijadualkan pada Februari setiap tahun. Walaupun dibayangi NAIAS, Pameran Auto Chicago menghimpunkan lebih banyak pameran berbanding mana-mana pameran motor di Amerika Utara.

Dengan keluasan lebih satu juta kaki persegi, acara gergasi ini mampu mengumpul sejuta pengunjung dan 1,000 kenderaan setiap tahun serta menjadi acara auto terbaik dunia dari segi jumlah kehadiran hadirin.

Ruang pameran luas juga membolehkan sesetengah pengeluar menganjurkan konsert percuma dan trek pandu uji.

7. PAMERAN AUTOMOTIF ANTARABANGSA BEIJING

beijing-autoshow
Sejak 1990, pameran motor yang juga dikenali sebagai Auto China ini diadakan di ibu kota Beijing setiap tahun genap dan mula menjadi semakin penting seiring perkembangan pasaran kenderaan domestik republik itu.

Faktanya, China ketika ini ialah pasaran automotif dunia terbesar dari segi pertumbuhan industri paling pantas. Jadi, tidak hairan Auto China menjadi acara utama bagi jenama automobil dunia seperti Audi, Bentley, BMW , Jaguar dan Mercedes-Benz yang tampil mempersembahkan pelbagai kereta konsep dan pengeluaran.

8. PAMERAN INDUSTRI AUTOMOBIL ANTARABANGSA SHANGHAI

shanghai-auto-show
Diringkaskan sebagai Auto Shanghai, pameran kereta bertempat di Shanghai ini berlangsung setiap tahun ganjil, iaitu berselang-seli dengan Auto China. Sebagai pengetahuan, Shanghai ialah bandar raya paling ramai penduduk di China.

Auto Shanghai dilancarkan pertama kali pada 1985, sekali gus menjadi pameran motor tertua di China. Seperti Auto China, Auto Shanghai dianggap sebagai acara penting dalam industri automotif automotif disertai banyak nama besar  dunia automotif seperti Audi, BMW, Buick, Chevrolet dan Volvo.

9. PEBBLE BEACH CONCOURS D’ELEGANCE

pebble-beach-concours-delegence
Pameran kereta ini diadakan di Pebble Beach, California bertempat di Padang Golf Pebble Beach pada Ogos setiap tahun dan merupakan acara penutup bagi Monterey Car Week.

‘Concours d’Elegance’ secara literal bermaksud ‘Pertandingan Elegan’ dalam bahasa Perancis. Jadi ada banyak pertandingan antara kereta pra dan pasca perang yang akan diadili berdasarkan ketulenan, fungsi, sejarah dan gaya.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan penampilan elegan kira-kira 200 kereta paling mahal di dunia yang dihimpun sekitar kawasan padang golf 18 lubang itu. Malah, pengunjung boleh membeli tiket untuk sesi jelajah berpandu.

Tambahan kepada acara pertandingan ialah penyertaan kenderaan konsep dan pengeluaran. Concours d’Elegance juga kerap menjadi acara pilihan bagi ramai golongan selebriti dan bilionair dunia yang mencari kereta idaman mereka.

10. WOODWARD DREAM CRUISE (WDC)

woodward-dream-cruise
Diadakan sepanjang jalan Woodward Avenue di Metropolitan Detroit, pameran Woodward Dream Cruise (WDC) bermula dari Pontiac, Michigan hingga State Fairgrounds di Detroit.

Ia biasanya dijadualkan pada Sabtu minggu ketiga setiap Ogos dengan mengumpul kira-kira 40,000 kereta daripada model konvertibel, hardtop, hot rod, hingga muscle dari Australia, Jepun, New Zealand dan setiap penjuru dunia

Pameran kereta ini bermula sejak 1848, di mana sejarah mencatatkan pemandu kereta kuda menggunakan jalan itu untuk berlumba. Sejak itu tradisi WDC bertukar menjadi acara motor harian terbesar di dunia.

SUMBER: Proctocars.com

auto show autotainment motor show pameran kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.