Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Zaqhwan Zaidi Raih Podium Pertama Di Litar Suzuka, Azlan Masih Kekal No.1
Roda2

Zaqhwan Zaidi Raih Podium Pertama Di Litar Suzuka, Azlan Masih Kekal No.1

Abang GYLBy Abang GYL04/06/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Zaqhwan ZaidiMD Zaqhwan Zaidi berjaya meraih podium pertama dalam kariernya di Litar Suzuka selepas menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ketiga pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Jepun.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing yang memulakan perlumbaan dari petak ketujuh itu menamatkan 13 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 28’57.346s. Ia berada di belakang pelumba Australia, Anthony West (Akeno Speed Racing) yang memenangi perlumbaan dengan masa 28’56.056s.

Yuki Ito pula terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan hanya dibezakan 0.084s.

Dalam pada itu seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) berada di kedudukan keempat dengan masa 28’57.663s.

Bagi Zaqhwan, dia berpuas hati dengan kemenangan ini namun sedikit kecewa kerana gagal untuk memungut lebih banyak mata untuk merapatkan jurang kedudukan pendahulu.

Azlan Shah KamaruzamanAZLAN KEKAL NO. 1

Bagaimanapun, Azlan Shah masih kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 96 mata manakala Taiga Hada (Rama Honda) yang tamat di tempat keenam turun ke tangga ketiga dengan 65 mata.

BACA >>> Zaqhwan Juara SuperSports 600cc ARRC, Honda RS150R Lagi Power Dalam Kategori Underbone 150cc

ASIA PRODUCTION 250CC

Dalam saingan Asia Production 250cc pula, pelumba Indonesia, Gerry Salim (Astra Honda Racing) meraih kemenangan keempat dari lima perlumbaan untuk mendahului senarai keseluruhan dengan 100 mata.

Gerry menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa 20’01.909s mengatasi pencabar utama, Takehiro Yamamoto (Sindrap Honda Ikazuchi) yang berada di tangga kedua dengan masa 20’01.978s. Tempat ketiga milik Tomoyoshi Koyama (Rama Honda) dengan masa 20’02.415s.

ARRC Suzuka 2017UNDERBONE 150CC

Sementara itu, dalam saingan Underbone 150cc, pelumba negara, Md Akid Aziz kekal berada di tangga teratas keseluruhan dengan mengumpul 85 mata setelah muncul naib juara pada Perlumbaan 1 dengan masa 16’05.358s. Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) muncul juara dengan masa 16’05.294s dan berada di tangga kedua keseluruhan dengan 70 mata.

Rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues melengkapkan kedudukan podium dengan masa 16’06.228s untuk naik ke tangga keempat keseluruhan dengan 57 mata. Tangga ketiga milik Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang) yang menamatkan perlumbaan di tangga keenam dengan 61 mata.

Keputusan Perlumbaan 1

SuperSports 600cc
1. Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 28’56.056s
2. Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 28’56.140s
3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 28’57.346s
4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 28’57.663s
5. Ikuhiro Enokido (JPN) Moto Bum Honda 28’58.614s

Kedudukan Keseluruhan
1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 96 mata
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) 70 mata
3. Taiga Hada (JPN) Rama Honda by NTS T.Pro Ten 10 65 mata
4. Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 63 mata
5. Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 51 mata


Asia Production 250cc
1. Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 20’01.909s
2. Takehiro Yamamoto (JPN) SIDRAP HONDA IKAZUCHI Racing 20’01.978s
3. Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 20’02.415s
4. Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 20’02.586s
5. Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 20’13.305s

Kedudukan Keseluruhan
1. Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 100 mata
2. Takehiro Yamamoto (JPN) SIDRAP HONDA IKAZUCHI Racing 94 mata
3. Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 73 mata
4. Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 72 mata
5. Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 57 mata


Underbone 150cc
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 16’05.294s
2. Md Akid Aziz (MAS) Uma Racing Yamaha Maju Motor 16’05.358s
3. Md Haziq Md Fairues (MAS) Uma Racing Yamaha Maju Motor 16’06.228s
4. Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube WR KYT TJM RACETECH Racing 16’11.606s
5. Md Adib Rosley (MAS) RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing 16’11.753s

Kedudukan Keseluruhan:
1. Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 85 mata
2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 70 mata
3. Md Izzat Zaidi (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing 61 mata
4. Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 57 mata
5. Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube WR KYT TJM RACETECH Racing 49 mata

ARRC 2017 ARRC Litar Suzuka Jepun Azlan Shah Azlan shah ARRC Kejuaraan Motosikal Asia FIM Musashi Boon Siew Honda Racing Zaqhwan Zaidi
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.