Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha YZF-R25 (2019) Versi Kemas Kini Ala Jentera Lumba Lancar di Jepun, Mac Ini
Roda2

Yamaha YZF-R25 (2019) Versi Kemas Kini Ala Jentera Lumba Lancar di Jepun, Mac Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Co Ltd melakukan perubahan kecil pada model sportbike popular, YZF-R25 (ABS) 2019 yang dijangka berada di pasaran 28 Mac ini. Menariknya, kemas kini terbaharu ini mendapat sentuhan kosmetik dan talaan yang diilhamkan daripada jentera trek. Lihatlah pada kowl depan dan pengadang angin ala jentera lumba MotoGP, YZR-M1.

Didatangkan dalam tiga pilihan warna Deep Purple Blue Metallic (biru), Matt Black (hitam kusam) dan Matt Deep Red Metallic (merah kusam), jentera baharu ini akan dijual pada harga ¥599,400 (RM21,900), manakala versi ABS ¥642,600 (RM23,500).

Sejak dilancarkan pada 2014, model dipasangkan PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) ini cukup popular dalam kalangan penunggang muda berusia sekitar 20-an.

BACA >>> Kelibat Yamaha YZF-R25 Facelift (2019) Dikesan Ditunggang Uji di Indonesia, Mirip R6?

Berikut ciri utama kemas kini diterima YZF-R25 (2019):

1. KOWL DEPAN DAN VISOR PENGADANG ANGIN

Bahagian kowl depan dan skrin pengadang angin meningkatkan karakter aerodinamik. Kowl depan memiliki struktur tiga dimensi (3D), dipanggil ‘sayap lapisan silang’ dengan kemampuan mengurangkan rintangan angin yang akan disalurkan ke belakang. Bentuk visor pengadang pula berfungsi mengurangkan terpaan angin ke muka penunggang.

BACA >>> ECU TuneBoss Khas Buat Pemilik Motosikal Honda RS150R, Yamaha R25 & Lagenda 115Z

2. REKAAN TANGKI MINYAK DAN PELINDUNG TANGKI BAHARU

Posisi hendal direndahkan 20mm supaya tunggangan lebih selesa dan mudah dikendalikan atas trek. Ini membolehkan postur badan penunggang bersandar ke depan ketika memecut di laluan lurus dengan posisi lutut tinggi untuk lebih prestasi cengkaman. Lebar sisi tangki ditingkatkan 31.4mm dengan mengekalkan kapasiti tangki 14 liter.

3. FORK DEPAN TERBALIK (USD) UNTUK PRESTASI SELEKOH

Tekanan damper dan nisbah spring dioptimumkan untuk keseimbangan pengendalian terbak menerusi penggunaan fork terbalik (USD). Ini memberikan cengkaman lebih kuat ketika melayan selekoh dan membrek. Malah, mekanisme baharu janaan kuasa damper jenis kartrij mampu mengoptimumkan tekanan tambahan sisi dan mampatan sisi. Yamaha cuba mengimbangkan keselesaan dan fiil sporty.

BACA>>>#TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) – Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?

4. POSISI TUNGGANGAN SPORTY

Hendal berasingan yang diletakkan di bawah crown bukan saja memberikan gaya sporty, tetapi juga memudahkan pengendalian dan keselesaan untuk tunggangan harian. Seperti mana model terdahulu, posisi pelana rendah mengurangkan keletihan ketika menunggang jauh.

5. METER LCD PENUH

Panel meter paparan LCD penuh memberikan pandangan jelas, membolehkan penunggang menikmati bar rev setiap kali memulas terotel, termasuk info berguna lain seperti spidometer, bar minyak dan posisi gear. Semua dipaparkan dengan jelas dan terang dengan imej lumba.

BACA >>> 7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 1]

6. LAMPU DEPAN LED GARANG

Ciri LED untuk lampu depan binokular ialah sama seperti model R Series terdahulu yang memberikan pandangan tajam, manakala ventilator tengah menyerlahkan identiti YZR-M1.

SUMBER: BikeBros

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) roda2 sportbike Yamaha Yamaha Motor Co. Ltd Yamaha YZF-R25 (2019)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.