Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha YZF-R15 Kini di Pasaran, Berapa Harga? Jeng Jeng Jeng…
Auto Terkini

Yamaha YZF-R15 Kini di Pasaran, Berapa Harga? Jeng Jeng Jeng…

ZYBy ZY19/09/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM teruskan pembacaan, harap dapat tarik nafas dahulu dan tenangkan diri.

Yamaha YZF-R15, jentera sport 155cc yang ditunggu sejak sekian lama kini boleh didapati di kedai-kedai dan wakil penjual motosikal Yamaha sekitar Lembah Klang. Berita baik bagi peminat jentera ini yang sudah sekian lama menunggu sejak kali pertama kelibatnya dilihat sedang diuji di jalanan Malaysia beberapa tahun lalu.

Berita kurang enak? Harga!

Berdasarkan pertanyaan yang kami ajukan kepada beberapa wakil penjual sekitar lembah Klang ini, Yamaha R15 baru ditawarkan pada harga tunai kira-kira RM14,800 termasuk cukai dan insurans serta aksesori lain (berbeza mengikut pakej yang ditawarkan setiap wakil penjual). Jika anda memilih untuk membeli secara ansuran seperti kebanyakan pembeli baru hari ini, jangan terkejut sekiranya anda perlu membayar lebih RM15,000 untuk sebuah motosikal dengan sesaran *hampir* sama dengan sebuah kapcai.

BACA >>> Perbezaan Yamaha R15 v3.0: India vs Indonesia, dan Ramalan Versi Malaysia?

Buat masa ini kami dimaklumkan masa menunggu tidak terlalu lama, iaitu sekitar 2 minggu untuk semua varian warna: hitam, kuning dan biru.

Jadi, apa alternatif yang ada?

Bagi kami jika anda pernah memiliki Yamaha FZ150i, lebih berbaloi menaik taraf kepada sportbike 250cc terpakai. Kebanyakannya ditawarkan dalam lingkungan harga RM15,000 seperti Kawasaki Ninja 250SL (cukup mudah untuk dapatkan unit terpakai model ini dengan kondisi cemerlang), ataupun Kawasaki Z250, Ninja 250 dan Yamaha YZF-R25 keluaran 2015-2016 dengan perbatuan sekitar 30,000km.

Jika memiliki lesen B penuh pula, pilihan yang tampak lebih berbaloi pastinya Modenas Dominar 400 yang baru ditawarkan Modenas tahun ini. Hadir dengan nadi 373cc yang cukup bertenaga, soal kuasa pastinya bukan lagi isu terutama dalam segmen harga belasan ribu ringgit.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

Tapi tunggu dulu…

Walaupun agak mahal untuk sebuah sportbike 150cc, harus diingat ia satu-satunya sportbike dalam kelas sesaran ini yang didatangkan dengan fork depan terbalik (USD) berserta ciri slipper & assist clutch.

Bersama enjin 4 lejang silinder tunggal 155cc dengan teknologi VVA yang cuma mampu mencapai kuasa maksimum 19hp, mungkin sudah cukup meyakinkan anda.

Tambahan pula melihat ciri lain ditawarkan seperti panel meter digital penuh, suis hazard dan swingarm ‘banana’ yang juga sukar didapati pada motosikal lain dalam lingkungan harga sama, malah lebih daripada itu; Yamaha R25 pun kalah apabila dibandingkan R15 dalam soal ini.

Apa pula pendapat anda?

GALERI

SUMBER: FB KHM Kian Huat Shah Alam

fz150i harga yamaha r15 2018 Hong Leong Yamaha kian huat padang jawa sportbike y15zr Yamaha R15 yamaha r15 2018 Yamaha R25
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026

2 Comments

  1. mrdin on 19/09/2018 22:18

    sayang sekali.seat nya tinggi,aku nak beli tak jadi,takut tak stabil r250 rendah.nak tanya boleh potong tak seat kasi rendah?

    Reply
  2. Zamry on 21/09/2018 11:13

    Sayang sekali tangki minyak tinggi ini menekan kemaluan rider senak…bila pemboceng menongeng disebabkan position blkg tinggi

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.