Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha XMAX ABS 2025 Jepun dengan Peredam, Skrin dan Panel Meter Baharu
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2025 Jepun dengan Peredam, Skrin dan Panel Meter Baharu

Abang HirataBy Abang Hirata11/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGGUNA Jepun bakal menerima Yamaha XMAX ABS 2025 selepas pelancaran rasmi pada 14 April ini.

Antara perubahan dilakukan ialah peredam ekzos, panel meter kombi dan visor angin boleh laras, manakala enjin seperti biasa jenis 4-lejang 249cc dengan output kuasa 23ps dan tork 24Nm. Skuter maksi itu akan dijual pada harga 737,000 yen (RM22,140).

CIRI BAHARU YAMAHA XMAX ABS 2025

1. Peredam Ekzos (Mufler) Baharu

  • Struktur dalaman peredam ekzos direka semula yang lebih ringan 800g berbanding model 2023.
  • Pelindung peredam ekzos lebih bergaya.

2. Visor Angin Elektrik Boleh Laras Tanpa Tahap (Stepless)

  • Membolehkan penunggang menyesuaikan ketinggian visor angin depan secara elektrik (95mm dari gambar, 100amm dari laman web).
  • Rekabentuk visor angin baharu, lampuSignal dan spoiler bagi meningkatkan perlindungan angin.
  • Perumah lampu signal belok lebih lebar yang melindungi lengan dari angin pada kedudukan tinggi.
  • Spoiler bentuk unik yang membantu mengurangkan kesan angin pada kepala untuk perjalanan lebih senyap dan selesa.
  • Mudah dikawal menggunakan suis hendal kiri.

3. Panel Meter Gabungan Semua-Dalam-Satu

  • Panel cermin kelabu (smoked) elegan.
  • Menggabungkan paparan TFT 4.2 inci dan LCD 3.2 inci yang disusun berdampingan.
  • Dilengkapi pelbagai fungsi tambahan yang lebih praktikal.
  • Menyokong aplikasi Garmin StreetCross untuk fungsi navigasi selepas disambungkan kepada motosikal.
  • Boleh memaparkan panggilan masuk dan notifikasi menerusi sambungan ke aplikasi Y-Connect.

Selain tiga ciri utama, Yamaha XMAX 2025 juga menjalani beberapa perubahan seperti berikut:

4. Sistem Kawalan Traksi (TCS) Dipertingkat

  • Kawalan lebih lancar ketika memulakan perjalanan dan memecut yang sesuai untuk tunggangan di bandar dan luar bandar.
  • Generator elektrik baharu (Alternating Current Magneto, AGM) untuk prestasi lebih baik dan penyelarasan kawalan sistem traksi.

5. Signal Henti Kecemasan (ESS)

  • Memberikan isyarat kecemasan kepada pengguna jalan raya lain ketika membrek mengejut.

6. Port USB Type-C

  • Memudahkan pengecasan peranti mudah alih sepanjang perjalanan.

7. Perumah Lampu Signal Belok

  • Direka untuk meningkatkan aerodinamik dan mengurangkan rintangan angin pada tangan.

8. Pemanas Grip (Aksesori Pilihan)

  • Boleh dikawal melalui paparan meter dan suis hendal yang membolehkan suhu dilaras untuk keselesaan tambahan dalam cuaca sejuk.

SPESIFIKASI

  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 249cc SOHC 4-injap penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Transmisi Automatik sentrifugal V-Belt dengan sistem klac kering
  • Output kuasa 17kW (23ps) @ 7,000rpm, dan tork 24Nm @ 5,500rpm
  • Sistem brek cakera tunggal hidraulik depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem suspensi fork teleskopik di depan dan swingarm dengan absorber boleh laras 5-tetapan (belakang)
  • Dimensi panjang 2,180mm, lebar 795mm, dan tinggi 1,410mm (1,505 mm dengan skrin dinaikkan maksimum), manakala jarak roda 1,540mm
  • Tinggi pelana 795mm dan jarak tinggi bumi135mm
  • Berat183kg
  • Kapasiti tangki petrol 13 liter
  • Penggunaan bahan api: Kaedah JC08 (standard Jepun): 41.7km per liter (halaju tetap 60kmj, dua penunggang) | Kaedah WMTC (situasi dunia sebenar): 33.5km per liter (kelas 2-2, dua penunggang)

Warna

Ada tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu:

  • Black (Crystal Graphite) (hitam):Menggunakan Crystal Graphite pada beberapa bahagian seperti pelindung kaki, penutup depan, penutup pemegang dan pelindung mufler. Kontras dengan badan hitam kilat untuk penampilan lebih garang.
  • Matte Dark Gray (kelabu gelap): Dilengkapi rim biru dan aksen grafik untuk menampilkan prestasi sporty.
  • Gray (kelabu): Mencerminkan imej moden dan futuristik, selari dengan model premium ‘TMAX’.
roda2 skuter maksi Yamaha Yamaha XMAX Yamaha XMAX ABS
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.