Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Yamaha R25 Baharu (2019) vs Lama (2014), Mana Satu Lebih Laju?
Autotainment

Yamaha R25 Baharu (2019) vs Lama (2014), Mana Satu Lebih Laju?

ZYBy ZY10/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA YZF-R25 versi kemas kini 2019 sememangnya dinantikan ramai peminat sportbike 250cc, terutama fanatik Yamaha.

Antara penambahbaikan terkini ditampilkan selain rekabentuk dan suspensi depan terbalik (USD) yang lebih bergaya, Yamaha mendakwa rekabentuk baharu ini menyumbang kepada kelajuan maksimum lebih tinggi. Menurut Yamaha lagi, tambahan 8kmj mampu dicapai menerusi pengurangan pekali seretan @ drag coefficient daripada 0.347 Cd.A kepada 0.323 Cd.A.

BACA >>> Yamaha R25 (2019) Lancar di Indonesia, Lebih Sporty Tapi Kuasa Kekal Sama (36hp)

BOLEHKAH DAKWAAN ITU DIPERCAYAI?

Baru-baru ini, majalah permotoran popular Jepun, YoungMachine berpeluang menunggang uji dan membandingkan prestasi R25 baharu versi 2019 dan model lama versi 2014.

Tidak mengejutkan, kendalian R25 (2019) dikatakan lebih baik hasil penambahbaikan pada sistem suspensi. Ujian bertempat di Litar Sentul, Indonesia itu walaupun diakui kualiti trek tidaklah setanding Litar Antarabangsa Sepang, tetapi keupayaan model baharu ini dapat dilihat pada kelajuan memasuki selekoh yang lebih pantas berbanding model lama.

Bagaimanapun, apa yang tidak dijangka, kelajuan maksimum dicapai R25 (2019) ini sebenarnya kurang daripada model 2014. Tidak percaya? Boleh tonton video di bawah (langkau ke minit 4:40)!


Berdasarkan sesi ujian dua pusingan, R25 (2019) mencatatkan kelajuan maksima 167kmj dan 170kmj, manakala R25 (2014) konsisten mencatatkan bacaan maksimum 175kmj setiap pusingan. Namun, sebelum anda menuduh Yamaha membuat dakwaan palsu, harus diteliti semula had rev ketika bacaan kelajuan maksimum diambil.

Bacaan kelajuan maksimum R25 (2019) diambil pada rev kira-kira 12,200rpm, kurang daripada R25 (2014) yang dikerah hingga 12,500rpm sepanjang trek sama. Memandangkan Yamaha mendakwa tiada perubahan dibuat ke atas enjin, berbekalkan angka nisbah transmisi R25 (2014) sebelum ini, kami buat sedikit pengiraan simulasi kelajuan menggunakan aplikasi online Gearing Commander.

Tidak dinafikan, simulasi ini tidak mengambil kira pemboleh ubah lain dalam dunia sebenar seperti kondisi trek dan faktor geseran angin. Namun, masih boleh dilihat bacaan meter R25 (2019) hampir menyamai simulasi yang kami buat.

Malah, R25 (2019) mampu mencapai halaju 172kmj sekiranya mampu dikerah hingga 12,500rpm. Ini bermakna secara teori, sportbike suku liter Yamaha ini mempunyai top speed hampir menyamai model terdahulu jika pun ia tidak lebih laju (tanpa mengambil kira ralat spidometer yang belum dapat disahkan).

BACA >>> Yamaha YZF-R25 (2019) Versi Kemas Kini Ala Jentera Lumba Lancar di Jepun, Mac Ini


Mungkin ada tertanya, kenapa model baharu ini tidak mampu cecah rev 12,500rpm seperti model lama?

Jawapannya, ada pada sumber asal.

Menurut penunggang uji YoungMachine, R25 (2019) yang diuji baru saja mencapai perbatuan 657km. Ini bermakna, tunggang uji dilakukan itu ialah sebelum servis pertama selesai. Jadi jentera tersebut belum mencapai potensi sebenar.

Jadi, mungkin dengan perbatuan lebih jauh dan servis seterusnya, termasuk jarak tunggang uji lebih jauh, barulah R25 (2019) ini dapat membuktikan ia benar-benar lebih laju berbanding model lama?

Sama-sama kita nantikan.

SUMBER: YoungMachine

harga motor yamaha 2018 Tunggang Uji videotomotif yamaha r25 2019 yamaha r25 2019 top speed yamaha r25 top speed
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.