Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Perjelas Kenapa Crutchlow Jadi Penunggang Uji, Bukan Lorenzo
Auto Terkini

Yamaha Perjelas Kenapa Crutchlow Jadi Penunggang Uji, Bukan Lorenzo

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS lama mendiamkan diri, Yamaha menerusi bos Lin Jarvis akhirnya bersuara mengenai alasan pemilihan Cal Crutchlow sebagai penunggang uji pasukan MotoGP, dan bukan Jorge Lorenzo.

Lorenzo dikatakan berang dengan keputusan tersebut yang membuatkan dia menyindir Yamaha sebagai tidak pandai memilih penunggang uji kerana menggantikan emas dengan gangsa. Emas dimaksud itu sudah tentu merujuk kepada dirinya, manakala gangsa ialah Crutchlow.

BACA >>> #Videotomotif: Tak Nak Calar, Lelaki Ini Cabut Bampar Setiap Kali Keluar-Masuk Rumah

Kenyataan juara MotoGP lima kali itu nyata menjengkelkan Crutchlow yang kemudian tampil membalas sindiran rakan pelumbanya itu.

Dia rasa apa yang dia rasa. Aku sendiri hormat dia sebagai pelumba, juara dunia lima kali tentu dia banyak mengungkit. Dia luar biasa sebagai pelumba, tetapi itu tak bermakna dia penunggang uji hebat. Jadi aku tak peduli apa dia cakap.

“Aku tau dia sangat terkesan dengan keputusan itu. Hujungnya tiada apa perlu risau kerana aku sibuk dan bahagia. Banyak perlu dibuat kerana aku ada keluarga, kawan dan korang pun tau dia (Lorenzo) bosan kat rumah.”

Kenyataan Crutchlow membuatkan Lorenzo semakin berang dan menerusi Speedweek, dia sekali lagi menyindir:

Cakap aku bukan penunggang uji yang bagus samalah macam cakap bumi ini bersegi. Jurutera dan pelumba yang pernah bersama aku kat Yamaha dan Ducati tau betapa bagusnya aku membangunkan motor dan bantu diorang buat motor lebih laju.

“Kalau bercakap pasal angka, faktanya selepas aku tinggalkan kedua-dua pasukan, jumlah kemenangan per musim menurun. Tentang Crutchlow, dia pelumba yang mengumpul  jumlah kemenangan sangat sedikit, malah lebih banyak terbabas dalam 10 tahun terakhir. Ya, aku rasa dia penunggang uji bagus untuk uji betapa susahnya sesebuah motor tu.”

Ketika dua pelumba itu saling bertikam lidah, Yamaha pula sebenarnya ada alasan kukuh kenapa memilih Crutchlow. Tidak mahu isu menjadi lebih buruk, bos Yamaha, Jarvis mengeluarkan kenyataan;

Pertimbangan kami, ketika buat ujian pertama musim 2020 di Sepang empat bulan sejak Lorenzo jadi penunggang uji. Sebenarnya ketika itu kami tak uji komponen baharu melainkan Lorenzo hanya menajamkan fiil. Seperti pernah aku cakap, kami belum dapat buat apa-apa ujian pun.

“Tambahan lagi, Lorenzo sudah tak ride motor berbulan-bulan. Jadi keputusan kami, Crutchlow baru keluar Grand Prix dan kalau kami ambil Lorenzo, dia pula dah hampir setahun setengah tak ride.

“Sebaliknya Crutchlow ialah penunggang uji yang boleh kami guna terus. Dia pun tak terikat kontrak dan tunjuk semangat untuk buat kerja ini, jadi kami fikir dia pilihan yang tepat.”

Apabila difikirkan, memang apa dimaklumkan Jarvis itu ada logiknya. Namun, ramai mengesyaki Yamaha sengaja memilih Crutchlow kerana mahu menggali rahsia mengenai Honda RC213V, iaitu jentera yang sudah lama ditunggang Crutchlow.

BACA >>> Lorenzo: Apa Guna Berlumba 10 Tahun Kalau Tak Boleh Bayar Pinjaman Rumah?
BACA >>> Apa Kata Rossi Tentang Lorenzo yang Kini Jadi Jurulatih Yamaha

2021 MotoGP Cal Crutchlow Jorge Lorenzo Lin Jarvis Monster Energy Yamaha MotoGP MotoGP Penunggang Uji Yamaha MotoGP Test Rider Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.