• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Perjelas Kenapa Crutchlow Jadi Penunggang Uji, Bukan Lorenzo

Yamaha Perjelas Kenapa Crutchlow Jadi Penunggang Uji, Bukan Lorenzo

December 14, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS lama mendiamkan diri, Yamaha menerusi bos Lin Jarvis akhirnya bersuara mengenai alasan pemilihan Cal Crutchlow sebagai penunggang uji pasukan MotoGP, dan bukan Jorge Lorenzo.

Lorenzo dikatakan berang dengan keputusan tersebut yang membuatkan dia menyindir Yamaha sebagai tidak pandai memilih penunggang uji kerana menggantikan emas dengan gangsa. Emas dimaksud itu sudah tentu merujuk kepada dirinya, manakala gangsa ialah Crutchlow.

BACA >>> #Videotomotif: Tak Nak Calar, Lelaki Ini Cabut Bampar Setiap Kali Keluar-Masuk Rumah

Kenyataan juara MotoGP lima kali itu nyata menjengkelkan Crutchlow yang kemudian tampil membalas sindiran rakan pelumbanya itu.

Dia rasa apa yang dia rasa. Aku sendiri hormat dia sebagai pelumba, juara dunia lima kali tentu dia banyak mengungkit. Dia luar biasa sebagai pelumba, tetapi itu tak bermakna dia penunggang uji hebat. Jadi aku tak peduli apa dia cakap.

"Aku tau dia sangat terkesan dengan keputusan itu. Hujungnya tiada apa perlu risau kerana aku sibuk dan bahagia. Banyak perlu dibuat kerana aku ada keluarga, kawan dan korang pun tau dia (Lorenzo) bosan kat rumah."

Kenyataan Crutchlow membuatkan Lorenzo semakin berang dan menerusi Speedweek, dia sekali lagi menyindir:

Cakap aku bukan penunggang uji yang bagus samalah macam cakap bumi ini bersegi. Jurutera dan pelumba yang pernah bersama aku kat Yamaha dan Ducati tau betapa bagusnya aku membangunkan motor dan bantu diorang buat motor lebih laju.

"Kalau bercakap pasal angka, faktanya selepas aku tinggalkan kedua-dua pasukan, jumlah kemenangan per musim menurun. Tentang Crutchlow, dia pelumba yang mengumpul  jumlah kemenangan sangat sedikit, malah lebih banyak terbabas dalam 10 tahun terakhir. Ya, aku rasa dia penunggang uji bagus untuk uji betapa susahnya sesebuah motor tu."

Ketika dua pelumba itu saling bertikam lidah, Yamaha pula sebenarnya ada alasan kukuh kenapa memilih Crutchlow. Tidak mahu isu menjadi lebih buruk, bos Yamaha, Jarvis mengeluarkan kenyataan;

Pertimbangan kami, ketika buat ujian pertama musim 2020 di Sepang empat bulan sejak Lorenzo jadi penunggang uji. Sebenarnya ketika itu kami tak uji komponen baharu melainkan Lorenzo hanya menajamkan fiil. Seperti pernah aku cakap, kami belum dapat buat apa-apa ujian pun.

"Tambahan lagi, Lorenzo sudah tak ride motor berbulan-bulan. Jadi keputusan kami, Crutchlow baru keluar Grand Prix dan kalau kami ambil Lorenzo, dia pula dah hampir setahun setengah tak ride.

"Sebaliknya Crutchlow ialah penunggang uji yang boleh kami guna terus. Dia pun tak terikat kontrak dan tunjuk semangat untuk buat kerja ini, jadi kami fikir dia pilihan yang tepat."

Apabila difikirkan, memang apa dimaklumkan Jarvis itu ada logiknya. Namun, ramai mengesyaki Yamaha sengaja memilih Crutchlow kerana mahu menggali rahsia mengenai Honda RC213V, iaitu jentera yang sudah lama ditunggang Crutchlow.

BACA >>> Lorenzo: Apa Guna Berlumba 10 Tahun Kalau Tak Boleh Bayar Pinjaman Rumah?
BACA >>> Apa Kata Rossi Tentang Lorenzo yang Kini Jadi Jurulatih Yamaha

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2021 MotoGP, Cal Crutchlow, Jorge Lorenzo, Lin Jarvis, Monster Energy Yamaha MotoGP, MotoGP, Penunggang Uji Yamaha MotoGP, Test Rider, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev