Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha MT-03, MT-25 2024 Dapat Warna Dark Gray di Jepun, Harga Mula RM18.6k
Roda2

Yamaha MT-03, MT-25 2024 Dapat Warna Dark Gray di Jepun, Harga Mula RM18.6k

Abang HirataBy Abang Hirata27/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA MT-03 mungkin asing buat sesetengah pengguna tempatan, tetapi bukan untuk pasaran seperti Thailand, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) kerana ada ditawarkan di sana. Bukan saja MT-03, motosikal 300cc itu sendiri sangat asing di pasaran negara kita.

Yamaha MT-03 bukan baharu dengan generasi pertama menggunakan enjin 660cc daripada 2006 hingga 2014. Pada 2016, model itu muncul sekali lagi dengan enjin 320cc. MT-03 terbaharu diperkenal pada 2019 dan dipasarkan pada 2020.

 

Bagi pelanggan di Jepun, Yamaha Motor memperkenalkan MT-03 ABS dan MT-25 ABS 2024 dalam warna baharu yang mula dijual pada 30 Julai depan pada harga 687,500 yen (RM20,260) untuk MT-03, dan 632,500 yen (RM18,640), MT-25.

Menariknya, kedua-dua model itu dijual serentak di sana. Warna Dark Gray (kelabu) menjadi tambahan baharu kepada Blue (biru) dan Matte Dark Gray (kelabu kusam).

Sebagai makluman, pengedar motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan Yamaha MT-25 2024 (foto atas) dalam warna Midnight Black (hitam) dan Midnight Cyan (sian), Mei lalu.

Seperti biasa, warna gelap dikontraskan dengan rim terang warna sian. Berikut spesifikasi Yamaha MT-03 2024 dan MT-25 2024 di Jepun:

  • Dijana enjin dwi-silinder sebaris 320cc DOHC penyejukan cecair dengan output kuasa 42ps (39hp) @ 10,750rpm dan tork 30Nm @ 9,000rpm.
  • Yamaha MT-25 pula dijana enjin dwi-silinder sebaris 249cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 35ps (32hp) @ 12,000rpm, dan tork 23Nm @ 10,000rpm.
  • Kapasiti tangki petrol 14 liter.
  • Dimensi panjang 2,090mm, lebar 755mm dan tinggi 1,070mm.
  • Tinggi pelana 780mm, dan jarak tinggi bumi 160mm.
  • Saiz tayar 110/70R17M/C 54H di depan, dan 140/70R17M/C 66H (belakang).
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) KYB dengan jarak travel 37mm di depan, dan monoshock KYB boleh laras di belakang.
  • Dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan dan belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal 289mm dengan kaliper 2-piston di depan, dan brek cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).

Dapat diperhatikan, perbezaan kuasa antara dua model di atas, tetapi karakter sebenar perlu ditentukan atas jalan dan tidak adil jika dibandingkan atas kertas sahaja.

Yamaha mensasarkan jualan 2,300 unit setahun yang mana kedua-dua model itu diimport dari Indonesia. Kuasa dan harga antara MT-03 dan MT-25 tidak jauh beza. Jadi pengguna tempatan tidak pening hendak pilih mana satu!

Yamaha MT-03 2024 Dark Gray
Yamaha MT-25 2024 Dark Gray
Yamaha MT-03 2024 Jepun (Blue dan Matte Dark Gray)
Yamaha MT-25 2024 Jepun (Blue dan Matte Dark Gray)
naked bike roda2 Yamaha Motor Yamaha Motor Corporation Yamaha MT-03 Yamaha MT-03 2024 Yamaha MT-03 Dark Gray 2024 Yamaha MT-25 Yamaha MT-25 Dark Gray 2024 .
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.