Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Fascino 125 Fi (2021) Versi Hibrid Bakal Lancar di India
Auto Terkini

Yamaha Fascino 125 Fi (2021) Versi Hibrid Bakal Lancar di India

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor India sudah mempamerkan model skuter terbaharu, Fascino 125 Fi versi hibrid dengan dilengkapi beberapa pembaharuan termaju.

Ada dua varian Fascino 125 Fi versi hibrid diperkenalkan, iaitu:

  • Disc: ada tiga pilihan warna baharu: Vivid Red Special (merah), Matt Black Special (hitam) dan Cool Blue Metallic (biru).
  • Drum: juga ada tiga pilihan warna: Vivid Red (merah), Cool Blue Metallic (biru) dan Yellow Cocktail (kuning).

Berikut ialah perincian Fascino 125 Fi Hybrid:

BACA >>> Paten Diagram Dedah Kawasaki Sedang Bangunkan Sistem Hibrid untuk Sportbike

  • Pilihan warna sedia ada kekal iaitu:
    • Disc: Dark Matt Blue (biru), Suave Copper (coklat lembut), Yellow Cocktail (kuning), Cyan Blue (biru lembut), Vivid Red (merah) dan Metallic Black (hitam).
    • Drum: Dark Matt Blue (biru), Suave Copper (coklat lembut), Cyan Blue (biru lembut) dan Metallic Black (hitam)
  • Trenkuasa hibrid menggunakan gabungan enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc penyejukan udara dengan teknologi BlueCore Hybrid dan generator pintar Smart Motor Generator (SMG) berkuasa 8.2hp @ 6,500rpm dan tork 10.3Nm @ 5,500rpm. 
  • Berbanding trenkuasa kovensional, model hibrid ini mendapat tambahan tork 0.6Nm, manakala angka kuasa dihasilkan kekal sama.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Cara Selamat Tunggang Motor Atas Permukaan Jalan Licin

  • SMG dianggap hibrid ringan yang berfungsi membekalkan kuasa bantuan ketika mula menunggang dari kedudukan pegun atau mendaki.
  • Isyarat kuasa SMG akan tertera pada panel meter yang mana bantuan itu diberikan dalam tempoh masa tiga saat sahaja, atau rev melepasi had ditetapkan sebelum operasi diambil alih enjin petrol. Sistem hibrid juga akan dinyah aktif jika penunggang melepaskan perahan terotel.
  • SMG juga membantu enjin dihidupkan lebih senyap, manakala berat skuter cuma 99kg walaupun ditambah unit motor hibrid. 
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan, dan sistem absorber tunggal jenis koil di belakang.
  • Bahagian roda menggunakan brek cakera tunggal di depan (untuk varian Disc) dan dram di belakang untuk semua varian. Sistem brek dilengkapi ciri Sistem Brek Kombi (CBS).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Signal Belok Tetiba Berkelip Laju?

  • Sistem pencahayaan jenis LED penuh untuk lampu depan dan lampu belakang, termasuk tambahan bar lampu siang (DRL) horizontal di tengah lampu depan. Tiada maklumat mengenai varian Dram.
  • Madgad depan menggunakan material logam, manakala kapasiti ruang simpanan bawah pelana 21 liter. Juga ada sensor pemati enjin jika tongkat sisi belum dinaikkan.
  • Panel meter jenis digital dan dilengkapkan fungsi wayarles dengan sambungan Bluetooth untuk menghubungkan aplikasi Y-Connect dengan telefon pintar penunggang.
  • Tiada maklumat mengenai harga. Skuter hibrid ini dijangka dilancarkan di India dalam beberapa minggu lagi.

BACA >>> GPX Motor Thailand Umum Pelan Hasilkan Motosikal Elektrik Tahun Depan
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Spanar Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Baiki Motosikal

SUMBER: HindustanTimes| MotorBeam

Fascino 125 Fascino 125 (2021) roda2 skuter Skuter hibrid Yamaha Yamaha Fascino 125 Disc (2021) Yamaha Fascino 125 Fi Hybrid yamaha india Yamaha Motor India
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.