Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Dedah YZF-R1 dan YZF-R1M (2020)
Roda2

Yamaha Dedah YZF-R1 dan YZF-R1M (2020)

AryonBy Aryon17/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA YZF-R1 and YZF-R1M (2020) akhirnya didedahkan secara rasmi dan dijangka mula dijual tahun depan!

Diperkenalkan pada 1998, YZF-R1 sentiasa dianggap sebagai model Yamaha paling premium dan terbaik. Sepanjang tiga generasi berlalu, pelbagai perubahan dan penambahbaikan dilakukan daripada enjin 4-silinder dengan 10 injap, 150hp hingga enjin 16 injap, 200hp seperti hari ini.

Generasi terkini sejak 2015 dilengkapkan dengan banyak teknologi elektronik dan sistem bantuan penunggang terkini. Namun, dengan kemunculan pesaing lain yang semakin hebat, Yamaha perlu melakukan sesuatu supaya superbike itu kekal relevan.

BACA >>> Yamaha YZF-R1 Baharu Bakal Dilengkapi Ciri Anti-Wheelie Guna Brek Belakang

Jadi bagi edisi 2020, YZF-R1 dilengkapkan enjin Crossplane 998cc berkuasa 200hp @ 13,000rpm yang mana kepala silinder direka semula dan badan terotel kini bergerak lebih dekat dengan kebuk pembakaran.

Injektor Bosch 10 lubang baharu diletakkan atas badan injap terotel 45mm untuk menyalurkan petrol ke kebuk pembakaran dan sudut suntikan bahan api lebih besar daripada 21.5º untuk membantu menambah baik kecekapan pembakaran.

Penambahbaikan lain YZF-R1 (2020) termasuk perubahan  shiftarm dan konfigurasi camshaft. Model baharu ini kini 5 peratus lebih aerodinamik dengan badan diilhamkan daripada jentera lumba MotoGP, YZR-M1. Rekabentuk juga mirip model junior  YZF-R6 generasi baharu yang dilancarkan pada 2017.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Sistem Klac Yamaha Y15ZR dengan R15 untuk Transmisi Lebih Lancar

Sistem suspensi juga dinaik taraf dengan menggunakan fork terbalik (USD) Kayaba 43mm di depan yang ditala untuk memberikan pengalaman tunggangan lebih baik.

Sistem brek YZF-R1 membolehkan penunggang memilih dua tahap pembrekan: BC1 untuk tetapan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan BC2 yang akan menukar sensitiviti ABS mengikut sudut miring.

Tahap pembrekan BC2 akan meningkatkan sensitiviti dan mengaktifkan bantuan elektronik apabila halaju dan sudut miring meningkat supaya jentera lebih stabil ketika mengambil selekoh. Sistem ini turut menggabungkan tiga tahap pembrekan enjin, sistem kawalan boot, tetapan damper stereng, dan  terotel kawalan elektronik YCC-T dengan sistem APSG untuk agihan berat dan respon pecutan terbaik.

Ciri lain YZF-R1 ialah opsyen 6 mod pacuan, kawalan traksi dan kawalan anti-gelincir, dan sistem anjakan gear pantas. Semua dikawakan menerusi paparan skrin LCD-TFT.

BACA >>> Yamaha YZF-R25 (2019) Versi Kemas Kini Ala Jentera Lumba Lancar di Jepun, Mac Ini

YZR-R1M – VERSI DINAIK TARAF

Bagi YZF-R1M, suspensi elektronik dinaik taraf dengan fork USD Öhlins ERS NPX, dan monoshock prabeban. Banyak komponen badan menggunakan material gentian karbon, manakala subfrem belakang daripada magnesium.

Di Asean, YZF-R1 and YZF-R1M (2020) akan dilancarkan di Malaysia pada September nanti, dan tempahan akan dibuka bermula 25 Julai ini.

BACA >>> Yamaha Dedah YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition

GALERI
roda2 superbike Yamaha Yamaha R1 (2020) Yamaha YZF-R1 (2020) Yamaha YZF-R1M
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.