Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha dan Tech 3 Berpisah Selepas Tamat MotoGP 2018, Pasukan Rossi Ambil Alih?
Roda2

Yamaha dan Tech 3 Berpisah Selepas Tamat MotoGP 2018, Pasukan Rossi Ambil Alih?

ZYBy ZY23/02/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI berita panas MotoGP! Nampaknya harapan untuk melihat pelumba MotoGP pertama kita, Hafizh Syahrin kekal berlumba dalam kelas premier untuk musim 2019 bersama Monster Yamaha Tech 3 mungkin tidak kesampaian.

Dalam satu pengumuman tergempar hari ini, pengurus pasukan Tech 3, Herve Poncharal memutuskan untuk tidak lagi meneruskan kontrak pasukannya bersama Yamaha selepas tamat musim 2018, sekali gus mengakhiri kerjasama 20 tahun dengan pengeluar itu.

“Tech3 ialah pasukan kecil, dan kami perlu fikirkan masa depan serta perlu menilai beberapa pilihan. Kami sudah diberikan pilihan melibatkan sesuatu yang sudah sekian lama ditunggu dan saya tidak mampu menolak.

“Sudah tentu, kami masih Monster Yamaha Team hingga pusingan akhir di Grand Prix Valencia 2019. Johann Zarco dan Hafizh Syahrin akan berjuang untuk posisi teratas dan tidak perlu ragu kami akan tetap setia sebagai rakan perjuangan Yamaha,” katanya.

RAKAN KONGSI BARU?

Poncharal juga membayangkan potensi mencari rakan kongsi baru. Belum ada sebarang pendedahan dibuat mengenai hala tuju Tech 3 dan masa depan dua pelumba pasukan itu untuk musim akan datang bagaimana pun terdapat desas desus yang kuat mengatakan Tech 3 akan bersama KTM sebagai pasukan pengeluar untuk 2019 nanti.

Dalam perkembangan sama, dengan berita bakal pemergian Poncharal dan pasukannya itu, teka-teki mula tercetus sama ada Yamaha akan meneruskan musim 2019 bersama pasukan satelit baru.

Namun berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Eskeutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta tahun lalu yang mahu Valentino Rossi kekal dalam MotoGP walaupun selepas bersara, sukar untuk menyangkal spekulasi tentang pasukan baru milik pelumba veteran itu, SKY-VR46 untuk mengisi kekosongan ditinggalkan.

SUMBER: MotoGP

Carmelo Ezpeleta Hafizh Syahrin Herve Poncharal ktm tech 3 Monster Tech 3 Yamaha Monster Yamaha Tech 3 MotoGP SKY-VR46 Valentino Rossi
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.