• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha dan Tech 3 Berpisah Selepas Tamat MotoGP 2018, Pasukan Rossi Ambil Alih?

Yamaha dan Tech 3 Berpisah Selepas Tamat MotoGP 2018, Pasukan Rossi Ambil Alih?

February 22, 2018 By ZY 2 Comments

FacebookTwitter


LAGI berita panas MotoGP! Nampaknya harapan untuk melihat pelumba MotoGP pertama kita, Hafizh Syahrin kekal berlumba dalam kelas premier untuk musim 2019 bersama Monster Yamaha Tech 3 mungkin tidak kesampaian.

Dalam satu pengumuman tergempar hari ini, pengurus pasukan Tech 3, Herve Poncharal memutuskan untuk tidak lagi meneruskan kontrak pasukannya bersama Yamaha selepas tamat musim 2018, sekali gus mengakhiri kerjasama 20 tahun dengan pengeluar itu.

"Tech3 ialah pasukan kecil, dan kami perlu fikirkan masa depan serta perlu menilai beberapa pilihan. Kami sudah diberikan pilihan melibatkan sesuatu yang sudah sekian lama ditunggu dan saya tidak mampu menolak.

"Sudah tentu, kami masih Monster Yamaha Team hingga pusingan akhir di Grand Prix Valencia 2019. Johann Zarco dan Hafizh Syahrin akan berjuang untuk posisi teratas dan tidak perlu ragu kami akan tetap setia sebagai rakan perjuangan Yamaha," katanya.

RAKAN KONGSI BARU?

Poncharal juga membayangkan potensi mencari rakan kongsi baru. Belum ada sebarang pendedahan dibuat mengenai hala tuju Tech 3 dan masa depan dua pelumba pasukan itu untuk musim akan datang bagaimana pun terdapat desas desus yang kuat mengatakan Tech 3 akan bersama KTM sebagai pasukan pengeluar untuk 2019 nanti.

Dalam perkembangan sama, dengan berita bakal pemergian Poncharal dan pasukannya itu, teka-teki mula tercetus sama ada Yamaha akan meneruskan musim 2019 bersama pasukan satelit baru.

Namun berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Eskeutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta tahun lalu yang mahu Valentino Rossi kekal dalam MotoGP walaupun selepas bersara, sukar untuk menyangkal spekulasi tentang pasukan baru milik pelumba veteran itu, SKY-VR46 untuk mengisi kekosongan ditinggalkan.

SUMBER: MotoGP

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Carmelo Ezpeleta, Hafizh Syahrin, Herve Poncharal, ktm tech 3, Monster Tech 3 Yamaha, Monster Yamaha Tech 3, MotoGP, SKY-VR46, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my