Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama – Harga RM6,868
Roda2

Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama – Harga RM6,868

Abang GYLBy Abang GYL17/01/202120 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MULA berada di pasaran Malaysia sejak 2006, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sekali lagi memperkenalkan Yamaha 135LC terbaharu versi ke-6 (V6)

Berbanding versi sedia ada, Yamaha 135LC V6 menerima beberapa perubahan kosmetik. Bagaimanapun, ruangan enjin masih kekal tidak berubah. Berikut empat perubahan dilakukan HLYM:

  • Panel dada hitam
  • Kowl enjin
  • Ventilator udara di sisi
  • Panel meter baharu

Dalam pada itu, 135LC V6 turut memperkenalkan tiga warna baharu: Fiery Red (merah), Comet Grey (kelabu) dan Storm Blue (biru).

Seperti disebutkan, enjin kapcai ini masih lagi mengekalkan trenkuasa silinder tunggal 134cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 12hp @ 8,500rpm dan tork 11.79Nm @5,500rpm dengan transmisi klac automatik jenis rotasi 4-kelajuan.

Kapasiti tangki menawarkan isian bahan api 4 liter. Ciri lain masih sama seperti brek cakera depan dan brek dram (belakang), sistem suspensi dengan fork teleskopik di depan dan monoshock (belakang).

 

Berapa harganya? Ya, 135LC V6 dijual pada harga RM6,868 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Pembeli juga bakal menerima pengunci brek cakera secara percuma.

Macam mana semua?

BACA >>> Peminat Yamaha Kecam Harga Y15ZR V2 Mahal di Kedai, Rasa Tidak Dihargai
BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

GALERI
harga Yamaha 135LC V6 motor lc motor Yamaha 135LC V6 Yamaha 135LC 2019 Yamaha 135LC V6 Yamaha 135LC V6 2019 Yamaha 135LC V6 malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026

    20 Comments

    1. Wan on 23/06/2019 12:56

      harga mcm ni tapi tak guna injection..hmm fikir 2x jugak la

      Reply
      • Saudi on 19/07/2019 17:14

        Habistu kau nak harga berapa??

        Reply
        • sss on 25/07/2019 14:15

          harga bapak kau

          Reply
          • sss on 04/11/2019 16:51

            bapak kau harga berapa rm? nak beli buat alas kaki

            Reply
      • Shawal on 30/07/2019 01:07

        Injection pe barang bos. Masuk air koyak habis.

        Reply
        • Izwan Arief on 27/09/2019 16:27

          hahahahahahahahahahha bagus2 bergaduh,cantikkkkk

          Reply
      • cikitum on 03/01/2020 16:14

        injection pun tpi lc boleh tapau apa barang boss

        Reply
    2. Anonymous on 11/10/2019 20:03

      kau kaya xpe nk setting ecu main throtle body bagai…kami nii rakyat marhain jee main setting carb

      Reply
    3. Translyvania on 11/10/2019 21:41

      Masuk air apanya..yamaha lagenda fi aku rilek je masuk car wash tiap minggu..dh 5thn pakai ok je..karburetor yg problem klu kena air..apela..budak baru nak up main moto

      Reply
    4. Shah on 23/11/2019 22:48

      Bengong. Fuel injection lah tahan masuk air sbab kedap. Kalau karburetor yg masuk air koyak habis lah mcm motor lc ni pasal dia tak kedap. Aku duk usha2 tngok motor yamaha ni harga mahal tak setanding dengan spesifikasi dia. Kalau nak bandingkan, motor honda wave 125i lg berbaloi beli walaupun cc kecik sikit, tp rilek je boleh lenjan smpai 120-140 km/j kat highway.. siap brek disk depan belakang untuk harga dlm 6.5k dengan underseat compartment besar boleh muat helmet. Nak pasang bakul saiz besar pun takda hal. Plan nak beli dlm masa terdekat sbab jeles tngok member beli.

      Reply
      • Maluuapebossku on 13/01/2020 23:01

        Ahhaha ini btul 🤣

        Reply
      • Jentayu on 21/02/2020 15:16

        Yes ini betul brek blkg masih lg drum…ptot dh pki disc…n lg satu disc depan ptot pki yg bsr mcm. V1 5speed

        Reply
    5. Norhadhirah on 21/01/2020 15:28

      Saya ada peristiwa yang menyedihkan, semalam motor saya tk boleh hidup hantar bengkel dia kata kaborator masuk air, motor hidup tapi tak boleh jln.. Motor baru pakai tak sampai 2 bulan lagii.. Motor lc 135 v6 melayang duit baiki.. Saya parking bawah rumah flat tapi belah luar, motor saya sebelum ni panas hujan ribut okay je tk de la pulak masalah dekat situu.. Haishh nasib badan

      Reply
    6. Poji on 04/03/2020 16:18

      Mcm x confident je nak pakai.. takut x tahan ulang alik keje Singapore.. yg dulu 5 tahun je leh layan.. pastu kiyokkkk

      Reply
    7. Lim Guang Eng on 06/08/2020 12:47

      macam tak logik jer cerita ni. kalau baru pakai 2 bln masih boleh klem waranti.

      Reply
    8. adi on 24/08/2020 12:26

      lc crab masok air ,bukak lah penapis nya sembur angin.drain minyak puas2..pastu start..klu xboleh gak servis je crab..apa lah payah nauu…hihi

      Reply
    9. Aliff on 21/11/2020 11:07

      Ade keluaran yg ade clutch takk?

      Reply
    10. Addy on 28/11/2020 05:13

      Yg sebok komen psl injetcion tu x yh la..injection klau wat bkn padu pn..padu lgi yg pkai carb…yg jnis bwak asyik msuk air tu bkn slh carb ke injection..sma je dua ii blih msuk air jgk

      Reply
    11. Raimie on 02/07/2021 00:35

      Tak kenal,maka tak cinta .. fi ke , carb ke sama je boleh bawak owner jalan² .. pasal maintenance tu basic laa . Mesin kot , bila2 boleh rosak . Dia tak akan cakap pun dia nak rosak .

      Reply
    12. Murai on 10/03/2022 12:47

      Biar la injection ke carb ke , minat masing ii . Ikut Je ckp diri sendiri jgn ikut ckp org . Rasa puas beli rasa tak puas takyah beli.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.