Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»XPENG X9 2025 Lancar, Revolusi MPV Pintar dengan 496 Peningkatan Teknologi!
Roda4

XPENG X9 2025 Lancar, Revolusi MPV Pintar dengan 496 Peningkatan Teknologi!

Han OthmanBy Han Othman17/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR mobiliti pintar teknologi tinggi dari China, XPENG semalam melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik perdana, XPENG X9 2025 yang menetapkan piawaian baharu dalam segmen kenderaan pintar.

Dengan 496 peningkatan teknikal  dan 35 peratus komponen baharu, kenderaan elektrik (EV) itu menggabungkan teknologi canggih, keselesaan premium, dan keselamatan terbaik untuk memenuhi keperluan famili global.

Apa menarik mengenai XPENG X9 2025?

1. Sistem 800V Superfast Charging

X9 dibina pada rangkaian voltan tinggi 800V generasi terbaharu XPENG untuk kelajuan pengecasan ultra-pantas. Dengan bateri 5C Superfast Charging AI, MPV EV baharu ini mampu menambah jarak 405km sepantas 10 minit sahaja, lebih pantas daripada mengecas telefon pintar.

Setiap saat pengecasan memberikan jarak 1km, manakala 80 peratus kapasiti bateri dicapai dalam 12 minit.

2. Kecekapan Tenaga Terbaik Kelas

XPENG X9 2025 mencatatkan penggunaan tenaga serendah 16.2kWh per 100km, menjadikan model ini sebagai MPV elektrik paling cekap tenaga dalam pasaran.

KECERDASAN AI DAN PEMANDUAN AUTONOMI

1. Turing AI Smart Driving

Sistem pemanduan pintar ini dilengkapi model AI end-to-end yang meniru kemahiran pemandu manusia. Sebagai standard, XPENG X9 2025 menawarkan fungsi Pilot Berpandu Navigasi (Navigation Guided Pilot, NGP) yang lengkap untuk navigasi autonomi parkir ke parkir tanpa gangguan.

2. Suspensi AI Adaptif

Sistem suspensi berasaskan AI menganalisis situasi jalan secara masa nyata (real-time) dan menyesuaikan rigiditi serta ketinggian untuk keselesaan optimum, sama ada di jalan berlubang atau lebuh raya.

REKABENTUK KABIN DAN KESELESAAN KELUARGA

1. Kabin Serba Lengkap

  • Kerusi Zero-Gravity: Kerusi premium dengan sokongan ergonomik untuk mengurangkan keletihan ketika memandu jauh.
  • Tempat Duduk Baris Ketiga Boleh Lipat Satu Sentuhan: Ruang bagasi boleh diluaskan kepada 2,550 liter dengan satu klik butang.

  • Hiburan Belakang: Unit infotainmen 21.4 inci, pengecas wayarles pantas, dan lampu kabin boleh kustom.

2. Penebat Bunyi dan Kualiti Udara

Sistem penebat bunyi tiga lapis dan penapis udara HEPA memastikan kabin kekal senyap dan udara bersih, sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak.

KESELAMATAN TANPA KOMPROMI

XPENG X9 2025 adalah satu-satunya MPV yang mencapai skor tertinggi dalam tiga ujian keselamatan aktif utama global dengan ciri keselamatan seperti:

  • 14 Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan pengesan pejalan kaki.
  • Bateri Kalis Peluru: Dilindungi teknologi pelindung perisau (armor protection) yang tahan impak setara 10 tembakan berturut-turut.
  • Struktur Badan Kenderaan Kukuh: Diperkukuh keluli kekuatan tinggi untuk melindungi penumpang dalam situasi kritikal.

KESIMPULAN

XPENG X9 2025 akan dilancarkan di Eropah pada separuh kedua 2025, sebelum diperluas ke lebih banyak negara secara berperingkat. Di China, model ini mendahului pasaran EV premium sebagai model terlaris jenama tempatan pada suku pertama 2025.

XPENG X9 2025 bukan sekadar MPV elektrik, tetapi simbol inovasi mobiliti pintar. Gabungan teknologi pengecasan terpantas, kecerdasan AI, dan rekabentuk berfokuskan keluarga menjadikan model ini pilihan utama kepada pengguna yang mementingkan keselamatan, kemudahan, dan kemodenan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) XPENG, He Xiaopeng, berkata;

X9 membuktikan masa depan mobiliti bukan hanya tentang elektrik, tetapi tentang pengalaman tanpa kompromi.

”Dengan X9, XPENG terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam revolusi kenderaan pintar global.

default
Bermaz Auto Kenderaan Elektrik (EV) kenderaan elektrik pelbagai guna (MPEV) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPEV MPV Elektrik Roda4 XPENG Malaysia XPENG X9 2025
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Chery Tiggo 9
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

22/05/2026
Auto Terkini

NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

22/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

22/05/2026
Aksesori

#BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

21/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.