Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

SyafieBy Syafie12/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia

WMOTO Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua model terbaharu, WMoto Island 150 dan WMoto Hawk 200i, sempena majlis Tahun Baru Cina Mforce Lou Sang Dinner 2026 di M Resort & Hotel.

Pelancaran itu menandakan kemasukan WMoto ke pasaran Malaysia bagi tahun pertama 2026, dengan tawaran merangkumi segmen skuter premium 150cc dan motosikal dwiguna 200cc bagi memenuhi keperluan penunggang bandar serta pengguna yang mahukan keupayaan lebih versatil.

i. WMoto Island 150: Skuter Premium untuk Tunggangan Harian

WMoto Island 150 direka untuk meningkatkan pengalaman tunggangan harian dengan gabungan gaya moden, keselesaan optimum dan teknologi terkini.

Model itu menandakan kemasukan rasmi WMoto dalam segmen skuter premium 150cc.

WMoto Island 150 ditawarkan pada harga RM6,688 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia.

Pilihan Warna

  • Aura Black (Hitam)
  • Action Blue (Biru)
  • Prime Grey (Kelabu)

Enjin, Prestasi

WMoto Island 150 dikuasakan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 150cc  penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) yang memberikan output kuasa 11.5kW (15,4hp) @ 8,500rpm, dan tork 14.2Nm @ 6,500rpm.

Skuter itu dilengkapi transmisi automatik CVT pacuan tali sawat dengan ciri penghidup elektrik yang menawarkan pecutan lancar dan tunggangan selesa di bandar, manakala kapasiti tangki bahan api 9 liter.

Dimensi, Pengendalian

WMoto Island 150

  • Dimensi panjang 1,940mm, lebar 745mm, dan tinggi 1,130mm, manakala jarak roda 1,315mm
  • Jarak tinggi bumi 136mm
  • Tinggi pelana 764mm
  • Berat kering 137kg

Sistem suspensi terdiri dipasangkan fork hibraulik di depan, dan absorber spring dengan damper redaman (belakang).

Bahagian roda menggunakan tayar 110/70-14 M/C (depan) dan 130/70-13 M/C (belakang), manakala sistem brek jenis cakera di depan dan belakang berserta Sistem Brek-Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Ciri, Teknologi

WMoto Island 150 hadir dengan pelbagai ciri moden, seperti:

  • Lampu LED penuh dengan lampu siang (DRL)
  • Paparan meter digital interaktif
  • Sistem tanpa kunci
  • Tongkat sisi dengan suis keselamatan
  • Visor angin
  • Ruang simpanan depan
  • Port pengecas USB Type-A danType-C
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Peg kaki pembonceng boleh lipat
  • Pelana antigelincir
  • Cangkuk barang (kapasiti beban sehingga 5kg)

Skuter tersebut menggunakan bateri 12V 8.6Ah dan mampu membawa muatan sehingga 158kg, sekali gus sesuai dijadikan rakan tunggangan harian.

ii. WMoto Hawk 200i: Jentera Lasak untuk Bandar, Off-Road Ringan

WMoto Hawk 200i dibangunkan sebagai motosikal dwiguna (dual-purpose) dan berkeupayaan tinggi, yang sesuai untuk kegunaan bandar, termasuk laluan off-road ringan.

Model itu menandakan pengembangan WMoto dalam segmen motosikal versatil 200cc, dan ditawarkan pada harga RM7,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

WMoto Hawk 200i kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia.

Pilihan Warna

  • Obsidian Black (hitam)
  • Extreme Red (merah)

Enjin, Trenkuasa

WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i

WMoto Hawk 200i dikuasakan enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 200cc SOHC penyejukan cecair dengan output kuasa 12kW (16hp) @ 8,000rpm, dan tork 15.7Nm @ 7,000rpm.

Motosikal itu menggunakan sistem transmisi klac manual 5-kelajuan dengan pacuan rantai, manakala kapasiti tangki bahan api 8 liter.

Casis, Suspensi dan Brek

WMoto Hawk 200i

  • Dimensi panjang 2,090mm, lebar 880mm dan tinggi: 1,180mm, manakala jarak roda 1,360mm
  • Tinggi pelana 830mm
  • Jarak tinggi bumi 260mm
  • Berat basah 132kg

Sistem suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek menggunakan brek cakera di depan dan belakang dengan ABS boleh nyah aktif (depan).

Bahagian roda menggunakan tayar 90/90-19 (depan) dan 110/90-17 (belakang), serta dipadankan rim jejari untuk ketahanan dan kebolehsuaian atas pelbagai permukaan jalan.

Kelengkapan, Praktikaliti

Antara ciri ditawarkan WMoto Hawk 200i ialah:

  • Panel meter digital interaktif
  • Lampu depan dan lampu signal LED
  • Lampu siang (DRL) terbina dalam
  • Lampu belakang jenis mentol
  • Port pengecas USB Type-A
  • Sistem kunci mekanikal
  • Gad tangan
  • Pelindung hendal
  • Tayar dwiguna
  • Pelana antigelincir

Waranti, Sokongan Selepas Jualan

Setiap pembelian WMoto Island 150 atau WMoto Hawk 200i didatangkan dengan waranti pengeluar dua [2] tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu), termasuk akses kepada pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui platform perkhidmatan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Island 150
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
WMoto Hawk 200i
Auto Terkini Mforce Bike Holdings Sdn Bhd motosikal off-road roda2 Skuter 150cc WMOTO Hawk 200i WMOTO Island 150 WMOTO Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Protected: iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.