Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Wira Tak Didendang, Tiga Rider Ini Redah Ratusan Kilometer untuk Pulang Beraya
Roda2

Wira Tak Didendang, Tiga Rider Ini Redah Ratusan Kilometer untuk Pulang Beraya

ZYBy ZY13/06/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARI terakhir menjelang 1 Syawal 1439 Hijrah ini, ramai perantau sudah mula berpusuan meninggalkan ibu kota seperti mana Ramadan yang berbaki sehari lagi bakal pergi meninggalkan kita.

Ada pulang ke desa dengan kereta baharu berseri-seri, plastik pembalut kusyen pun tidak dicabut lagi. Tidak kurang juga memilih pengangkutan awam; kereta api, kapal terbang, bas atau feri. Tidak kisahlah, asalkan selamat tiba ke destinasi.

Motosikal? Mana boleh dilupakan. Inilah jentera pilihan popular anak muda sejak zaman berzaman setiap kali tiba musim beraya. Kalau tidak berkonvoi beramai-ramai pergi beraya rumah kawan-kawan, sepupu sepapat, dan makwe yang pernah sekelas dan sekolah sama pada Hari Raya memang tidak sah.

Namun, dalam keriangan, jangan pula dilupakan mereka yang terpaksa mengambil risiko menunggang motosikal pulang ke kampung halaman kerana itulah satu-satunya alternatif yang mereka ada. Mari kita imbau kembali kisah mereka ini yang pernah mewarnai media sosial menjelang Syawal lalu.

1. IBU + 2 ANAK | YAMAHA LC135 | KUANTAN – TAIPING (~495KM)

Foto perkongsian netizen prihatin, Norbaya Ahmad

Tidak sanggup melihat wajah sugul dua anaknya di pagi raya, ibu tunggal ini nekad menempuh perjalanan lebih 6 jam berbekalkan motosikal Yamaha LC135 sahaja untuk pulang ke kampung halaman. Netizen prihatin yang menjumpai pasangan anak beranak ini bagaimanapun memberikan bantuan dengan menumpangkan anak-anaknya sepanjang perjalanan dari Gambang ke hentian Genting Sempah sebelum berpisah haluan.

2. BAPA + 3 ANAK | HONDA EX-5 | SEPANG – PULAU PINANG (~412KM)

Kisah bapa ini turut dikongsikan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza

Mungkin nampak mengerikan apabila melihat anak-anak ini berhimpit atas motosikal bapa mereka yang sempit itu, tetapi mungkin inilah satu-satunya pilihan yang ada. Menurut sumber, lelaki ini, yang juga berkhidmat sebagai ‘runner’ tukar tiub tayar motosikal, membawa tiga anaknya pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang utnuk menyambut Raya yang bakal menjelang. Dia juga dilihat menaiki motosikal sama apabila pulang semula ke rumah mereka di Sepang.

Ada baiknya apabila kisah lelaki ini diviralkan kerana menurut sumber, dia kemudian menerima sumbangan sebuah kereta daripada insan prihatin yang tidak dikenali. Rezeki anak-anak…

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Perkara Anda Perlu Buat Sebelum Balik Raya ke Kampung

3. TUAN + KUCING (TWINY) | YAMAHA LAGENDA 110 | SHAH ALAM – IPOH (~210KM)

Foto ini diambil Ahmad Mukhriz Shah dalam perjalanan menunggang ke Ipoh

Dalam duka, ada suka. Gelagat kucing manja ini yang kelihatan tenang menumpang bahu tuannya yang menunggang motosikal pulang beraya sangat mencuit hati. Menurut tuannya yang baru berusia 23 tahun, kucing peliharaannya itu, bernama Twiny, memang sudah biasa menunggang motosikal bersama, hinggakan kucing itu lebih selesa duduk di belakang bahu dan bukan dalam bakul depan. Menurut pemuda itu yang menunggang lebih 6 jam ke Ipoh dari Shah Alam, dia akan berulang alik semula bagi mengambil si abang Twiny pula, Tony untuk pulang ke kampung halamannya. Maknanya, 2 trip perjalanan adalah sejauh ~600km. Wow!

Kebanyakan pemilik haiwan peliharaan memang sedia maklum, haiwan-haiwan ini tidak dibenarkan dibawa bersama dalam pengangkutan awam. Jadi kesanggupan tuan kucing ini menempuh perjalanan jauh berulang kali memang patut dipuji dan diberikan tabik hormat. Pasti tidak ramai yang sanggup apabila mengenangkan ‘anak bulus’ mereka yang terpaksa ditinggalkan Raya ini 🙂

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2018/06/Pandulaju-kucing-lagu-raya.mp4
Aidilfitri Balik Raya balik raya naik motor kisah viral raya naik motor Rider roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.