Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Wing Hin Motorsports Raih Dua Kemenangan, Enam Podium Di Thailand Super Series
Sukan Permotoran

Wing Hin Motorsports Raih Dua Kemenangan, Enam Podium Di Thailand Super Series

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam26/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PASUKAN Wing Hin Motorsports memulakan musim 2026 dengan cukup cemerlang apabila membawa pulang keseluruhan enam penamat podium termasuk dua kemenangan dalam saingan TSS The Super Series dan Thailand Super Series.

Pasukan itu tampil kompetitif sepanjang perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram dengan mempertaruhkan lima jentera serta 10 pemandu untuk pusingan pembukaan musim ini.

Toyota GR Supra GT4 EVO2 Buka Kempen Dengan Bergaya

Dalam kategori GT4, gandingan Mitchell Cheah dan Ryan Wong memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan keputusan memberangsangkan menggunakan jentera Toyota GR Supra GT4 EVO2 bernombor #39.

Mereka berjaya menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kedua keseluruhan selain muncul juara kelas Pro-Am.
Ryan Wong memulakan perlumbaan secara berhati-hati sebelum menyerahkan tugas kepada Mitchell Cheah untuk baki 30 minit terakhir perlumbaan satu jam itu.

Cheah kemudian mempamerkan aksi agresif apabila memotong beberapa pesaing dari kedudukan ketujuh sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kedua keseluruhan.

Perlumbaan 2 Lebih Mencabar Buat Mercedes

Cheah yang memulakan Race 2 dari petak utama bagaimanapun berdepan cabaran awal apabila Safety Car dikeluarkan hanya selepas tiga minit perlumbaan.

Situasi itu mengganggu momentumnya termasuk kelebihan kecil 0.8 saat yang berjaya dibina sebelum itu.
Selepas perlumbaan disambung semula, persaingan lima penjuru untuk merebut pendahulu perlumbaan menyebabkan Cheah tercicir ke tempat keempat.

Kedudukan itu berjaya dipertahankan sehingga pertukaran pemandu dilakukan sebelum Ryan Wong menamatkan perlumbaan di tempat kelima keseluruhan.

Super Touring Class Turut Cemerlang

Dalam kategori Thailand Super Series Super Touring pula, Wing Hin Motorsports turut mempamerkan prestasi luar biasa dengan meraih empat lagi podium dalam dua perlumbaan. Perlumbaan 1 menyaksikan pasangan Amer Harris dan Nabil Azlan menggunakan Toyota Vios #36 berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Sementara itu, Toyota Yaris #38 dipandu Dannies Ng dan Jwan Hii pula berjaya meraih podium ketiga selepas aksi sengit sepanjang perlumbaan. Sebuah lagi Toyota Vios #9 dipandu Nick Teo dan Ian Wong turut menamatkan saingan di tempat keempat.

Pertarungan Sengit Dalam Perlumbaan 2

Perlumbaan 2 pada Ahad menjadi lebih dramatik apabila Amer Harris yang bermula dari petak utama berjaya mempertahankan kedudukan pendahulu dalam perlumbaan satu jam. Selepas pertukaran pemandu dilakukan pada minit ke-30, Nabil Azlan menyambung tugas sambil mempertahankan kelebihan tipis di hadapan pesaing.

Namun dengan baki 10 minit perlumbaan, Nabil dipintas pelumba Thailand, P. Pasarit yang memandu Honda CR-Z. Nabil kemudian kembali memberi tekanan sebelum berjaya memotong semula Pasarit pada pusingan kedua terakhir.

Insiden Akhir Ubah Keputusan Perlumbaan

Cubaan Pasarit untuk merampas semula kedudukan pendahulu menyebabkan berlaku sentuhan kecil antara kedua-dua jentera. Insiden itu menyebabkan tayar hadapan kanan jentera Pasarit pancit sekali gus membuka peluang kepada Toyota Yaris #38 dipandu Ng dan Hii untuk naik ke kedudukan kedua.

Selepas siasatan perlumbaan dilakukan, Jwan Hii akhirnya diumumkan sebagai pemenang Perlumbaan 2.
Dalam masa sama, Nabil Azlan dikenakan penalti lima saat yang menjatuhkan beliau ke tempat ketiga.

Permulaan Positif Buat Wing Hin Motorsports

Pasukan turut menyaksikan jentera Toyota Yaris #39 dipandu Varunchit Wattanathanakun bersama pemandu wanita Thailand, Mekkaradkeeta Kalantananda menamatkan perlumbaan di tempat kelapan. Nick Teo dan Ian Wong pula melengkapkan hujung minggu dengan penamat di kedudukan kesembilan.

Amer Harris menyifatkan keputusan keseluruhan pasukan sebagai permulaan yang cukup positif untuk musim ini. Menurut beliau, pasukan sudah bekerja keras untuk memastikan jentera berada pada tahap kompetitif selain optimis mampu memberi cabaran lebih besar pada pusingan seterusnya.

Pusingan kedua TSS The Super Series dan Thailand Super Series selepas ini akan berlangsung di Bangsaen Grand Prix, Chonburi dari 1 hingga 5 Julai.

Buriram Litar Antarabangsa Chang thailand super series Toyota GR Supra GT4 Evo2 Toyota Yaris TSS The Super Series Wing Hin Motorsports
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata Di Barcelona, Azam Mahu Lebih Agresif Di Portugal

    26/05/2026
    F1 GP Kanada 2026
    Formula Satu

    #F12026: Enam DNF, Antonelli Menang Empat Kali Berturut-Turut di GP Kanada

    25/05/2026
    Sukan Permotoran

    Wing Hin Motorsports Pertahan Gelaran GT4, Turun Dengan Empat Kereta Di TSS 2026

    21/05/2026
    Sukan Permotoran

    Mercedes Juara Nurburgring 24 Jam, Pasukan Verstappen Kecewa Di Tangga 38

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.