Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Qabil Irfan Raih 13 Mata Di Barcelona, Azam Mahu Lebih Agresif Di Portugal
Sukan Permotoran

Qabil Irfan Raih 13 Mata Di Barcelona, Azam Mahu Lebih Agresif Di Portugal

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam26/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA muda negara, Qabil Irfan Azlan memulakan kempen Moto4 European Cup 2026 dengan aksi cukup meyakinkan apabila menamatkan perlumbaan pembukaan di Barcelona-Catalunya pada kedudukan keempat.

Walaupun baru melakukan debut dalam saingan Eropah, pelumba berusia 14 tahun itu berjaya memberi saingan sengit kepada barisan pelumba tempatan dan antarabangsa sepanjang perlumbaan berlangsung.

Bermula Petak Kelapan, Tamat Dalam Kelompok Depan

Mewakili pasukan SIC-GRYD Racing, Qabil Irfan memulakan perlumbaan dari petak kelapan sebelum mempamerkan tunggangan agresif dan konsisten. Beliau pantas menyesuaikan diri dengan keadaan trek serta jentera selain beberapa kali berjaya memperbaiki kedudukan untuk berada dalam kelompok lima terbaik.

Sepanjang 13 pusingan perlumbaan, Qabil Irfan turut dilihat mampu bersaing dalam kelompok podium sebelum persaingan sengit di pusingan terakhir menyaksikannya terlepas kedudukan tiga terbaik. Beliau akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat keempat, hanya 0.192 saat di belakang pemenang dari Sepanyol, Álvaro Lucas.

Podium Dikuasai Pelumba Eropah

Álvaro Lucas muncul juara perlumbaan selepas mencatat masa keseluruhan 24 minit 19.948 saat.
Pelumba Itali, Edoardo Savino menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala Lorenzo Pritelli melengkapkan podium di kedudukan ketiga.

Keputusan tempat keempat itu tetap dianggap cukup memberangsangkan buat Qabil Irfan kerana beliau berjaya mengutip 13 mata kejuaraan dalam perlumbaan sulungnya di pentas Eropah. Ia sekali gus memberi petanda positif terhadap potensi pelumba muda negara itu untuk terus bersaing di peringkat lebih tinggi.

Akui Pelumba Eropah Lebih Agresif

Mengulas aksi perlumbaan, Qabil Irfan berkata permulaan yang baik memainkan peranan penting untuk membolehkannya kekal dalam kelompok hadapan.

Menurut beliau, cabaran utama yang dihadapi ialah mendapatkan keyakinan penuh terhadap tayar hadapan selain menyesuaikan diri dengan gaya tunggangan pelumba Eropah yang lebih agresif.

“Pada perlumbaan tadi, bagi saya permulaan berjalan dengan sangat baik. Saya bermula dari petak kelapan dan berjaya naik ke kedudukan keempat.

“Untuk berada dalam kelompok depan, saya perlu melakukan permulaan yang baik dan cuba memintas seramai mungkin pelumba di hadapan,” katanya.

Mahu Lebih Agresif Di Portugal

Qabil Irfan turut menyifatkan perlumbaan di Barcelona itu sebagai pengalaman yang cukup berharga dalam proses pembelajarannya. Beliau kini berazam untuk tampil lebih agresif pada pusingan seterusnya di Portugal bagi memburu podium pertama musim ini.

“Bagi pusingan di Portugal nanti, saya akan cuba menjadi sedikit lebih agresif berbanding sebelum ini dalam usaha memburu kedudukan podium.

“Bersama pasukan ini, semuanya berjalan dengan baik dan saya sangat gembira kerana mereka sentiasa cuba memenuhi apa yang saya perlukan,” katanya.

Zulfahmi Puji Kematangan Qabil Irfan

Sementara itu, Pengurus SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin menyifatkan aksi ditampilkan Qabil Irfan sebagai cukup matang untuk seorang pelumba muda. Menurut beliau, Qabil Irfan tidak gentar bersaing dengan pelumba Eropah yang lebih berpengalaman selain mampu kekal kompetitif sepanjang perlumbaan.

“Apa yang paling menggembirakan, dia bukan sekadar mengikut rentak perlumbaan tetapi benar-benar bertarung untuk podium.

“Itu menunjukkan potensinya sangat besar dan kami percaya dia mampu pergi lebih jauh,” katanya.

Zulfahmi turut menegaskan keputusan tempat keempat pada perlumbaan pertama sudah cukup positif, namun fokus utama pasukan ketika ini adalah memastikan pembangunan dan peningkatan prestasi Qabil Irfan terus berada di landasan terbaik.

SUMBER:

Sinar Harian

ZK Racing

Barcelona Barcelona-Catalunya Eropah Moto4 European Cup 2026 Pengurus SIC Racing Portugal Qabil Irfan Zulfahmi Khairuddin
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    Wing Hin Motorsports Raih Dua Kemenangan, Enam Podium Di Thailand Super Series

    26/05/2026
    F1 GP Kanada 2026
    Formula Satu

    #F12026: Enam DNF, Antonelli Menang Empat Kali Berturut-Turut di GP Kanada

    25/05/2026
    Sukan Permotoran

    Wing Hin Motorsports Pertahan Gelaran GT4, Turun Dengan Empat Kereta Di TSS 2026

    21/05/2026
    Sukan Permotoran

    Mercedes Juara Nurburgring 24 Jam, Pasukan Verstappen Kecewa Di Tangga 38

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.