Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Wing Hin Motorsports Pertahan Gelaran GT4, Turun Dengan Empat Kereta Di TSS 2026
Sukan Permotoran

Wing Hin Motorsports Pertahan Gelaran GT4, Turun Dengan Empat Kereta Di TSS 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PASUKAN Malaysia, Wing Hin Motorsports bakal kembali beraksi dalam TSS The Super Series dan Thailand Super Series 2026 hujung minggu ini dengan misi mempertahankan gelaran GT4 yang dimenangi musim lalu.

Menariknya, pasukan itu turut membawa kontinjen terbesar mereka setakat ini dengan penyertaan empat kereta dan lapan pemandu dalam kategori Super Touring.

Mitchell Cheah Kembali Dalam Misi Pertahan Gelaran

Dalam kategori GT4, Mitchell Cheah” sekali lagi menjadi sandaran utama Wing Hin Motorsports selepas membantu pasukan muncul juara keseluruhan musim lalu. Namun kali ini, Naquib Azlan tidak lagi bergandingan sebagai pemandu sepenuh masa sebaliknya mengambil peranan baharu sebagai jurutera pemandu dan jurulatih pasukan.

Cheah bakal bergandingan dengan pelumba Hong Kong, Ryan Wong menggunakan Toyota GR Supra GT4 EVO2 #39 dalam kelas Pro-Am. Ryan Wong sebelum ini turut pernah berlumba bersama Wing Hin Motorsports dalam kategori Super Touring.

Toyota GR Supra GT4 EVO2 Jadi Senjata Utama

Selepas menamatkan musim debut GT4 di tempat keempat pada 2024, Wing Hin Motorsports berjaya melonjak menjadi juara keseluruhan tahun lalu menerusi prestasi cukup konsisten. Rekod tiga kemenangan, empat kedudukan kedua dan dua podium ketiga menjadi bukti kekuatan pasukan Malaysia itu dalam kategori GT4.

Mitchell Cheah berkata sasaran utama musim ini sudah tentu untuk mempertahankan kejuaraan walaupun cabaran dijangka lebih sengit. Menurutnya, perubahan kombinasi pelumba daripada silver/silver kepada silver/bronze turut memberikan dimensi baharu kepada pasukan.

Saingan GT4 Dijangka Lebih Sengit

Kategori GT4 musim ini dijangka menyaksikan sekurang-kurangnya lima unit Toyota GR Supra GT4 EVO2 bersaing di grid. Selain Toyota, beberapa jentera lain turut dijangka menjadi pencabar utama termasuk Porsche 718 Cayman GT4 RS Clubsport, Mercedes-AMG GT4 dan Aston Martin Vantage GT4.

Toyota GR Supra GT4 EVO2 menggunakan enjin 3.0 liter turbo enam silinder sebaris yang menghasilkan sekitar 430HP hingga 500HP bergantung kepada Balance of Performance (BoP). Jentera tersebut turut terkenal dengan tahap kestabilan tinggi dan ketahanan untuk perlumbaan endurance serta sprint GT.

Empat Kereta Dalam Kategori Super Touring

Dalam kategori Super Touring pula, Wing Hin Motorsports bakal menurunkan empat kereta melibatkan Toyota Vios dan Toyota Yaris. Jentera Toyota Vios #36 akan dipandu Nabil Azlan bersama pelumba tajaan CIMB, Amer Harris.

Sementara itu, Toyota Vios #9 pula bakal dikendalikan Nick Teo dan Ian Wong dengan Ian membuat penampilan sulung dalam kategori tersebut. Dua lagi Toyota Yaris #38 dan #39 akan melengkapkan cabaran pasukan Malaysia di grid.

Pelumba Malaysia Dan Thailand Bergabung Tenaga

Toyota Yaris #38 akan dipandu pasangan Malaysia, Dannies Ng dan juara Vios Challenge Sporting Class 2025, Jwan Hii. Dannies Ng kini memasuki tahun kesembilan bersama Wing Hin Motorsports manakala Jwan Hii pula bakal membuat debut di Thailand Super Series.

Bagi Toyota Yaris #39, pasukan itu mempertaruhkan kombinasi pelumba Thailand, Varunchit Wattanathanakun bersama pelumba wanita Mekkaradkeeta Kalantananda. Kedua-dua mereka juga aktif bersaing dalam Toyota Malaysia Vios Challenge musim ini.

Kalender Thailand Super Series 2026

Thailand Super Series 2026 akan berlangsung dalam lima pusingan bermula hujung minggu ini di Chang International Circuit, Buriram.

Pusingan kedua bakal berlangsung di Bangsaen Grand Prix pada Julai sebelum saingan diteruskan di Petronas Sepang International Circuit, Selangor, Malaysia untuk dua pusingan berturut-turut pada Ogos dan September.

Musim 2026 kemudian akan ditutup semula di Chang International Circuit pada penghujung Oktober.
Dengan kombinasi pelumba berpengalaman, jentera kompetitif dan sokongan program pembangunan pelumba muda Asia, Wing Hin Motorsports dilihat antara pasukan Malaysia paling serius mahu mencipta impak besar di Thailand Super Series musim ini.

Kalender Thailand Super Series 2026 Mitchell Cheah Super Touring Thailand Super Series 2026 Toyota GR Supra GT4 Evo2 Toyota Yaris TSS The Super Series Vios Challenge Wing Hin Motorsports
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    MotoGP Malaysia di SIC
    MotoGP

    #MotoGP: Malaysia Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2031

    02/07/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    Moto3

    #Moto3: Hakim Danish Raih Tempat Ketujuh di Assen, Kutip Mata Penting Dalam GP Belanda

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.