Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Warga Emas 93 Tahun Uji Kereta Autonomi Nissan, Kata Ini Masa Depan!
Auto Terkini

Warga Emas 93 Tahun Uji Kereta Autonomi Nissan, Kata Ini Masa Depan!

Abang HirataBy Abang Hirata30/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
Photo credit: Simon Jacobs/PinPep

MUNGKIN ada yang tertanya-tanya mengapa pengeluar kenderaan begitu giat membangunkan teknologi kereta autonomi atau tanpa pemandu.

Jawapan paling mudah: keselamatan. Dengan pelbagai teknologi dan sensor canggih, kereta autonomi dapat mengurangkan risiko kemalangan akibat kesilapan manusia seperti memandu secara cuai atau membuat keputusan yang salah.

Satu lagi kelebihan penting ialah bagaimana teknologi ini boleh memudahkan kehidupan warga emas. Bayangkan stereng, kelajuan, dan sistem pembrekan yang dikawal secara automatik, menjadikan pemanduan lebih selamat dan mudah bagi mereka.

Photo credit: Simon Jacobs/PinPep

Seorang warga emas berusia 93 tahun dari Enfield, United Kingdom (UK), Brad Ashton, berpeluang merasai sendiri teknologi pemanduan autonomi yang sedang dibangunkan oleh Nissan.

Apa reaksinya? “Ini adalah masa depan pemanduan!” kata Brad dengan penuh keterujaan.

Menurutnya, teknologi ini berpotensi membantu warga emas seperti beliau untuk kekal bebas dan bergerak sendiri pada usia lanjut.

Photo credit: Simon Jacobs/PinPep

Brad dijemput oleh Nissan untuk menaiki kenderaan autonomi di jalan luar bandar berhampiran Pusat Teknikal Nissan di Cranfield, tempat di mana sistem pemanduan autonomi (AD) sedang giat dibangunkan.

Brad, seorang bekas penulis skrip komedi dan telah memandu sejak tahun 1947. Kini, beliau memiliki sebuah Nissan Micra yang digunakannya untuk menjaga isterinya, Valerie, serta mengunjungi sebuah kedai roti di Cockfosters, tidak jauh dari rumah mereka. Pasangan ini telah berkahwin sejak tahun 1961.

Mengimbas kembali pengalaman menaiki kenderaan autonomi itu, Brad berkata:

“Teknologi baharu seperti ini sangat hebat dan kita harus menerimanya.

“Kereta dahulu sangat berbeza – pada tahun 1947, kita perlu menghidupkannya dengan pemutar engkol. Saya selalu tertanya-tanya bagaimana rupa kereta masa depan, dan inilah jawapannya. Saya bangga menjadi warga emas pertama yang mencuba kereta ini.”

“Saya fikir saya akan berasa takut atau bimbang, tetapi sebenarnya saya rasa selamat dan tenang sepanjang perjalanan.”

“Menjadi bebas dan masih boleh memandu sangat penting bagi saya kerana perkhidmatan bas tempatan tidak begitu baik, dan isteri saya tidak boleh menaiki bas. Mereka yang bergantung pada kereta atau tidak boleh memandu akan mendapat manfaat daripada teknologi ini suatu hari nanti. Ia akan membantu mereka terus berhubung dengan rakan dan keluarga serta mengelakkan rasa terasing, terutama di kawasan luar bandar yang mempunyai pilihan pengangkutan awam yang terhad.”

Beliau turut memaklumkan: “Cuma satu perkara – alangkah baiknya jika kereta tanpa pemandu masa depan boleh mencari tempat letak kereta untuk kita!”

Photo credit: Simon Jacobs/PinPep

Sesi bersama Brad ini juga serentak dengan penerbitan hasil kajian oleh Nissan mengenai bagaimana teknologi boleh membantu warga emas mengatasi kesunyian dan pengasingan sosial.

Kajian yang dijalankan oleh OnePoll melibatkan 1,000 peserta berusia lebih 70 tahun. Hasilnya:

  • Lebih separuh responden mengatakan mereka akan berasa hilang upaya jika terpaksa berhenti memandu.
  • Hampir dua pertiga (63%) menekankan kepentingan untuk tidak bergantung pada orang lain bagi keperluan pengangkutan harian seperti membeli-belah atau melawat rakan.
  • Sebanyak 64% mahu ‘ciptaan masa depan’ – seperti kereta tanpa pemandu – membantu mereka kekal berdikari.
  • 1 dalam 5 menyatakan mereka bersedia menaiki kereta autonomi jika ia membantu mereka terus bergerak tanpa bantuan.
  • 21% lebih suka berkomunikasi secara langsung dengan rakan dan keluarga berbanding menggunakan alternatif dalam talian.
Photo credit: Simon Jacobs/PinPep

Sebagai peneraju dalam bidang pemanduan autonomi, Nissan bersama empat rakan industri lain baru sahaja berjaya menyelesaikan projek penyelidikan pemanduan autonomi terbaru di UK – evolvAD. Ia merupakan ujian paling ketat setakat ini, menyusuli kejayaan projek HumanDrive dan ServCity.

Sebagai peneraju teknikal evolvAD, Nissan telah membantu merekodkan lebih 16,000 batu pemanduan autonomi di lebuh raya UK, jalan bandar, kawasan kediaman, dan laluan luar bandar – tanpa sebarang kemalangan.

Kemajuan besar juga dicapai di Jepun, di mana sebuah kenderaan ujian tanpa pemandu berjaya menavigasi jalan awam dalam persekitaran bandar yang kompleks.

Sesi ini juga sebenarnya membuka mata, di kala teknologi automotif semakin pesat dibangunkan rupa-rupanya turut bermanfaat kepada warga emas dan mereka yang memerlukan.

Dengan ini tidak wajar untuk memandang rendah teknologi pemanduan autonomi kerana manfaatnya yang besar!

Photo credit: Simon Jacobs/PinPep

Penemuan Utama Kajian (Nissan / OnePoll, 1,000 responden berusia 70 tahun ke atas, Mac 2025)

  • 64% mahu teknologi masa depan membantu mereka kekal berdikari.
  • 63% tidak mahu bergantung pada orang lain untuk keperluan harian seperti membeli-belah atau pengangkutan.
  • 36% mereka yang tinggal di kawasan luar bandar berasa terasing secara sosial apabila tidak dapat memandu.
  • 21% lebih suka berkomunikasi secara langsung dengan keluarga dan rakan apabila mereka berjauhan.
  • Reaksi terhadap peluang menaiki kereta tanpa pemandu:
    • Gementar (67%)
    • Tertarik (24%)
    • Kagum (12%)
    • Teruja (11%)
Photo credit: Simon Jacobs/PinPep
Photo credit: Simon Jacobs/PinPep
Photo credit: Simon Jacobs/PinPep
Photo credit: Simon Jacobs/PinPep
Photo credit: Simon Jacobs/PinPep
Photo credit: Simon Jacobs/PinPep
Brad Ashton Nissan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.