Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Walau Enjin Kecil, Isuzu D-Max 1.9L Mudah Takluk Medan Tempur Borneo Safari
Auto Terkini

Walau Enjin Kecil, Isuzu D-Max 1.9L Mudah Takluk Medan Tempur Borneo Safari

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BORNEO Safari adalah antara acara off-road yang cukup dikenali dalam kalangan peminat 4×4 seluruh dunia dan tahun ini model Isuzu D-Max turut mengambil bahagian.

Ketahanan dan kelasakan D-Max dengan enjin BluePower 1.9L jelas terbukti sepanjang tujuh hari acara berlangsung dengan kemampuan mengharungi apa juga rintangan dan keadaan rupa bumi tanpa mengalami sebarang kerosakan dan insiden tidak diingini.

Dilancarkan sebulan lalu, D-Max 1.9L dengan rekod perbatuan 200km itu meredah permukaan hutan di Sabah sebagai kenderaan pengangkutan untuk media yang memulakan perjalanan di Kota Kinabalu dan berakhir di lokasi sama.

‘Blue Monster’ hadir dengan kelengkapan standard yang disesuaikan dengan kegunaan off-road ekstrem. Misalnya ketinggian badan ditambah untuk membolehkan pemasangan tayar lumpur, absorber boleh laras panjang, snorkel, win dan penampan lasak sebagai pelindung ketika meredah cabaran rupa bumi dalam hutan.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Isuzu Malaysia, Mayasuki Suzuki berkata, peminat off-road faham tentang kepentingan keseimbangan antara ketangkasan dan hantaran kuasa ketika berdepan laluan getir dalam hutan.

“Dengan hantaran kuasa mengagumkan dan padanan transmisi 6-kelajuan, walaupun enjin kecil, D-Max nyata menyerlah dalam apa jua situasi,” katanya.

BACA >>> Isuzu MU-X Dinobat ‘Vehicle Of The Year Borneo Safari 2016

 

D-Max 1.9L dipcau enjin 1,898cc yang dibangunkan untuk meningkatkan prestasi enjin dan reliabiliti, terdiri daripada komponen enjin yang lebih ringan bagi mengurangkan geseran dan tekanan ke atas komponen. Sistem pengecasturbo Sistem Geometri Variabel (VGS) dikemas kini, manakala respon enjin dipertingkat, terutama ketika rev (rpm) enjin rendah supaya respons enjin lebih baik.

Jentera ‘Blue Monster’ menyertai unit ‘Red Monster’, ‘White Monster’ dan ‘Black Monster’ sebagai sebahagian komitmen Isuzu Malaysia selaku penaja utama acara berkenaan sejak 13 tahun lalu, manakala Borneo Safari dianjurkan secara tahunan sejak 1991.

BACA >>> #PanduUji: Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power – Serius Ada Power, dan Jimat Minyak!

GALERI
Auto Terkini Borneo Safari Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max 1.9L Isuzu Malaysia Mayasuki Suzuki pikap trak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.