Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo XC40 – SUV Sweden Menang Anugerah Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2018
Auto Terkini

Volvo XC40 – SUV Sweden Menang Anugerah Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2018

Abang HirataBy Abang Hirata19/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN domestik Jepun cukup kompetitif. Bukan saja disebabkan persaingan jenama Jepun itu sendiri, tetapi juga cita rasa pengguna di sana yang unik. Malah bukan pelik jika ada sesetengah model global Toyota dan Honda tidak dipasarkan di sana dan ada juga pelancaran yang dibuat lambat berbanding pasaran utama lain.

Tidak kurang banyak model yang dipasarkan di Jepun, tetapi tidak ditawarkan di mana-mana tempat di dunia. Keunikan itu tidak bermakna Jepun menutup langsung pintu kepada jenama asing.

DUA KALI BERTURUT-TURUT

Buktinya, di celah-celah kelompok jenama tempatan, Volvo yang berasal dari Sweden, mendapat pengiktirafan dua kali berturut-turut daripada pakar automotif Jepun. Model itu ialah Volvo XC40 yang dipilih sebagai Kereta Terbaik Jepun (COTY) 2018 mengalahkan pesaing terdekat, Toyota Corolla Sport.

Lebih mengujakan, COTY Jepun 2017 dimenangi Volvo XC60, mengatasi BMW 5 Series dan Toyota Camry. Kali terakhir jenama asing memenangi COTY Jepun ialah pada 2013 menerusi Volkswagen Golf.

BACA >>> 10 Fakta Pantas Tentang Volvo XC40 yang Perlu Anda Tahu – Harga RM255,888

Anugerah tahunan itu diadakan di Pusat Tukaran Antarabangsa Jepun (JCIE), Tokyo dengan majlis penyampaian  disaksikan 60 juri, terdiri daripada 40 penerbitan automotif berpengaruh dan kalangan pegawai pelbagai pengeluar.

Persaingan untuk anugerah tahun tersebut juga sengit yang awalnya XC40 berada di depan sebelum dipintas Corolla Sport. Namun peringkat akhir, SUV Sweden itu menang dengan meraih 49 mata di depan, iaitu 363 mata berbanding 314 diperoleh Toyota.

Volkswagen Polo berada di tempat ketiga dengan jurang agak besar iaitu 197 mata, disusuli Toyota Crown keempat (170 mata), dan Mitsubishi Eclipse Cross kelima (165 mata).

Kepada peminat di Malaysia, XC40 turut memenangi Anugerah Kereta Terbaik Eropah 2018, dan model itu kini boleh dimiliki melalui pengedar tempatan pada harga RM255,888.

Berikut pemenang lain COTY Jepun 2018:

  • Anugerah Inovasi Terbaik – Honda Clarity PHEV
  • Anugerah Emosi – BMW X2
  • Mobiliti Kecil – Daihatsu Tocot
  • Anugerah Pencapaian Istimewa – Pasukan Toyota Gazoo Racing (TGR) sempena kemenangan di 24 Hours of Le Mans dan Kejuaraan Rali Dunia (WRC)
  • Anugerah Pencapaian Istimewa Kedua – Honda N-Van

BACA >>> Volvo V60 R-Design – Wagon Premium Minimalis dalam Gaya Sporty

GALERI
Anugerah Kereta Tahunan Jepun Anugerah Kereta Tahunan Jepun 2018 COTY COTY Jepun COTY Jepun 2018 Japan Car of the Year Award Roda4 Volvo Volvo XC40
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.