• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo XC40 – SUV Sweden Menang Anugerah Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2018

Volvo XC40 - SUV Sweden Menang Anugerah Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2018

December 18, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PASARAN domestik Jepun cukup kompetitif. Bukan saja disebabkan persaingan jenama Jepun itu sendiri, tetapi juga cita rasa pengguna di sana yang unik. Malah bukan pelik jika ada sesetengah model global Toyota dan Honda tidak dipasarkan di sana dan ada juga pelancaran yang dibuat lambat berbanding pasaran utama lain.

Tidak kurang banyak model yang dipasarkan di Jepun, tetapi tidak ditawarkan di mana-mana tempat di dunia. Keunikan itu tidak bermakna Jepun menutup langsung pintu kepada jenama asing.

DUA KALI BERTURUT-TURUT

Buktinya, di celah-celah kelompok jenama tempatan, Volvo yang berasal dari Sweden, mendapat pengiktirafan dua kali berturut-turut daripada pakar automotif Jepun. Model itu ialah Volvo XC40 yang dipilih sebagai Kereta Terbaik Jepun (COTY) 2018 mengalahkan pesaing terdekat, Toyota Corolla Sport.

Lebih mengujakan, COTY Jepun 2017 dimenangi Volvo XC60, mengatasi BMW 5 Series dan Toyota Camry. Kali terakhir jenama asing memenangi COTY Jepun ialah pada 2013 menerusi Volkswagen Golf.

BACA >>> 10 Fakta Pantas Tentang Volvo XC40 yang Perlu Anda Tahu - Harga RM255,888

Anugerah tahunan itu diadakan di Pusat Tukaran Antarabangsa Jepun (JCIE), Tokyo dengan majlis penyampaian  disaksikan 60 juri, terdiri daripada 40 penerbitan automotif berpengaruh dan kalangan pegawai pelbagai pengeluar.

Persaingan untuk anugerah tahun tersebut juga sengit yang awalnya XC40 berada di depan sebelum dipintas Corolla Sport. Namun peringkat akhir, SUV Sweden itu menang dengan meraih 49 mata di depan, iaitu 363 mata berbanding 314 diperoleh Toyota.

Volkswagen Polo berada di tempat ketiga dengan jurang agak besar iaitu 197 mata, disusuli Toyota Crown keempat (170 mata), dan Mitsubishi Eclipse Cross kelima (165 mata).

Kepada peminat di Malaysia, XC40 turut memenangi Anugerah Kereta Terbaik Eropah 2018, dan model itu kini boleh dimiliki melalui pengedar tempatan pada harga RM255,888.

Berikut pemenang lain COTY Jepun 2018:

  • Anugerah Inovasi Terbaik - Honda Clarity PHEV
  • Anugerah Emosi - BMW X2
  • Mobiliti Kecil - Daihatsu Tocot
  • Anugerah Pencapaian Istimewa - Pasukan Toyota Gazoo Racing (TGR) sempena kemenangan di 24 Hours of Le Mans dan Kejuaraan Rali Dunia (WRC)
  • Anugerah Pencapaian Istimewa Kedua - Honda N-Van

BACA >>> Volvo V60 R-Design - Wagon Premium Minimalis dalam Gaya Sporty

GALERI
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Anugerah Kereta Tahunan Jepun, Anugerah Kereta Tahunan Jepun 2018, COTY, COTY Jepun, COTY Jepun 2018, Japan Car of the Year Award, Roda4, Volvo, Volvo XC40

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my