Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Tentang Sejarah Volvo yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Tentang Sejarah Volvo yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman05/04/20202 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Car Corporation atau Volvo Personvagnar AB ialah syarikat pengeluar automobil dari Sweden yang kini dimiliki oleh syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group. Diasaskan pada 1927 di Gothenburg, Sweden, Volvo pada mulanya cuma anak syarikat kepada pengeluar bering bebola (ball bearing) sejak 1915. Apabila Volvo diperkenalkan di bursa saham Stockholm pada 1935, SKF memutuskan menjual majoriti saham dalam syarikat.

Volvo Cars dimiliki AB Volvo hingga 1998 sebelum kepentingannya dibeli syarikat automobil Amerika Syarikat (AS), Ford Motor Company sebagai sebahagian daripada gabungan syarikat pengeluar terkenal Eropah dalam Premier Automotive Group (PAG). Pengeluaran dan pasaran Volvo merangkumi barisan kenderaan utiliti sukan (SUV), station wagon, sedan, sedan eksekutif kompak dan coupe.

Bersama kira-kira 2,300 pengedar tempatan dari sekitar 100 syarikat jualan nasional seluruh dunia, pasaran terbesar Volvo Cars terdapat di AS, Sweden, China, Britain dan Belgium. Pada 2011, Volvo mencatatkan jualan global sebanyak 449,255 unit, peningkatan sebagai 20.3 peratus berbanding 2010.

BACA >>> Volvo Gesa Kerajaan Dunia Kuat Kuasa Undang-Undang Tali Keledar Depan, Belakang

SEJARAH

logo-volvo
Volvo membawa maksud I Roll yang diambil daripada bahasa Latin, Volvere yang ada kaitan dengan bering bebola, sekali gus merujuk kepada sesuatu pergerakan yang berpusing. Tanda dagang (trademark) Volvo didaftarkan oleh SKF pada 11 Mei 1915 dengan tujuan menggunakannya untuk siri istimewa bering bebola syarikat itu untuk pasaran AS sebelum digunakan sebagai pengenalan kereta keluaran syarikat berkenaan.

Tanda dagang SKF seperti dilihat hari ini pernah digunakan pada semua produk SKF. Walaupun beberapa pra-siri bering Volvo – yang tertera jenama ‘Volvo’ – dihasilkan, tetapi tidak pernah berada di pasaran. Penggunaan tanda dagang itu sebagai jenama produk automobil dan nama syarikat hanya bermula pada 1927.

DUA PENGASAS BERSAMA

pengasas-volvo
Volvo diasaskan pada 1924 oleh dua pengasas bersama, Pengurus Jualan SKF, Assar Gabrielsson dan jurutera, Gustav Larson dengan visi menghasilkan sebuah kereta serba lasak dengan keadaan jalan raya Sweden yang teruk dan mampu menempuh cuaca sejuk.

Kereta pertama, Volvo ÖV 4 dikeluarkan pada 14 April 1927 sebelum disusuli model cabriolet dan closed top seperti Ford Model T yang direka khas untuk menghadapi keadaan muka bumi dan cuaca Sweden. Sejurus pendaftaran logo pada 1927, Volvo terus memindahkan rupa logo itu kepada seluruh radiator ÖV 4 seperti dilihat pada rekabentuk depan kereta Volvo sekarang.

Pada 1964, Volvo membuka kilang Torslanda di Sweden yang kini menjadi salah satu kilang pengeluaran terbesar di negara itu. Kilang Ghent di Belgium menyusul setahun kemudian dan menjadi kilang pengeluaran kedua terbesar selepas Torslanda

JADI MILIK FORD, SEBELUM GEELY

volvo-ford-geely
Pada 1999, Volvo Group memutuskan menjual peniagaan pengeluaran automobil kerana mahu menumpukan pada jentera komersil. Di sinilah, Ford mengambil kesempatan membeli saham Volvo yang dilihat berpotensi memberikan nilai tambah kepada PAG berdasarkan aspek keselamatan yang dititikberatkan dalam setiap pembuatan produknya.

Pembelian saham Volvo diumumkan pada 28 Januari 1999 dengan harga AS$6.45 bilion (RM21.3 bilion). Hasilnya, Volvo terbahagi kepada dua syarikat berbeza, Volvo Group yang mengeluarkan kenderaan komersil dan dimiliki syarikat Sweden, dan Volvo Car Corporation atau Volvo Cars yang menghasilkan produk automobil dan dimiliki Ford Motor Company sebelum diambil alih Zhejiang Geely Holding Group pada 2009.

BACA >>> Geely & Volvo Jalin Kerjasama Kongsi Platform, Teknologi – Proton Turut Terima Impak!

KESELAMATAN DIUTAMAKAN

makmal-ujian-perlanggaran-volvo

Sekian lama jenama Volvo dikaitkan dengan reputasi bersejarah sebagai kereta solid dan tahan lasak. Undang-undang keselamatan ketat dikuatkuasakan kerajaan Sweden memaksa Volvo menumpukan kepada penghasilan kejuruteraan keselamatan terhadap setiap produknya.

Pada 1944, kaca lamina diperkenalkan pada model PV, dan pada 1958, jurutera Volvo, Nils Bohlin mencipta dan mempatenkan tali keledar 3-poin yang menjadi aksesori standard bagi semua model Volvo seawal 1959. Paten tersebut tidak diperbaharui demi kepentingan awam, sekali gus membolehkan pengeluar lain turut memperkenalkan fungsi tali keledar pada kenderaan mereka dengan percuma.

Selain tali keledar, Volvo turut bertanggungjawab memperkenalkan kerusi kanak-kanak hadap belakang (rear-facing) pertama pada 1964 dan kerusi booster yang khas buat kanak-kanak pada 1978. Model 960 memperkenalkan tali keledar 3-poin untuk kerusi tengah belakang dan kusyen keselamatan kanak-kanak yang disepadukan bersama perehat lengan (armrest) tengah.

PERLINDUNGAN OPTIMUM

volvo-940

Pada 1991, Volvo memperkenalkan Sistem Perlindungan Impak Sisi (SIPS) pada model 940/960 dan 850 yang berfungsi menyalurkan daya impak sisi dari pintu ke sangkar keselamatan. Tambahan kepada SIPS, Volvo menjadi pengeluar automobil pertama yang melengkapkan beg udara sisi sebagai ciri standard pada semua modelnya pada 1996. Setahun sebelum itu, ciri beg udara sisi cuma standard bagi varian premium 850 dan opsyen bagi model 850 lain.

Namun, menjelang pertengahan tahun pengeluaran (1995), Volvo mula mewajibkan ciri beg udara sisi bagi semua model 850. Akhirnya, pada 1996, SIPS menjadi ciri standard bagi semua model Volvo.

Pada 1998, Volvo memasang beg udara perlindungan kepala yang kemudian menjadi ciri standard bagi semua model baru dan beberapa model sedia ada. Berdasarkan ujian pihak berautoriti, beg udara perlindungan kepala berupa tirai mampu mengurangkan risiko kematian akibat impak sisi sebanyak 40 peratus dan kecederaan otak hingga 55 peratus, termasuk memberi perlindungan ketika kenderaan terbalik.

Tahun 1998 juga menyaksikan pengenalan Sistem Perlindungan Leher (Whiplash), WHIPS, iaitu peranti keselamatan yang berfungsi menghalang kecederaan penumpang depan apabila berlaku perlanggaran. Sistem Informasi Titik Buta (BLIS) ditampilkan menerusi model Volvo pada 2004 dengan kamera dimuatkan dalam cermin sisi dan memberi amaran kepada pemandu menerusi kelipan lampu apabila mengesan kedudukan kenderaan yang berada dalam radius titik buta.

Tahun sama (2004) juga Volvo memperkenalkan fungsi lampu penanda tepi dan lampu siang.

KOMITMEN BERTERUSAN

volvo-xc90-2016
Semua model Volvo pada 2004, kecuali varian coupe (C70 dan C30) didatangkan dengan sistem pacuan semua roda yang dibangunkan Haldex Traction of Sweden. Setahun kemudian (2005), Volvo menampilkan generasi kedua C70 dengan pintu tegar ekstra yang dimuatkan beg udara tirai yang pertama diperkenalkan pada model konvertibel.

Komitmen Volvo yang tidak pernah berhenti menghasilkan pelbagai inovasi keselamatan meletakkan jenama itu dalam kelas tersendiri hingga membuatkan peminat automobil dunia melabelkan produknya sebagai paling selamat di dunia. Malah, sejak 2009, semua model Volvo bukan saja meraih rating 5 bintang dalam setiap ujian perlanggaran EuroNCAP, malah turut memperoleh skor tertinggi berbanding jenama lain.

BACA >>> Volvo-Geely Rancang Tubuh Syarikat Baharu Bangunkan Enjin Petrol, Hibrid

autotainment RetroAuto Roda4 sejarah automobil sejarah Volvo Volvo Volvo 940 Volvo Car Corporation Volvo Personvagnar AB
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

29/01/2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Nissan LEAF B5 2026 dengan Bateri 55kWj untuk Jepun, Jarak Sehingga 521km

30/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.