• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo Gesa Kerajaan Dunia Kuat Kuasa Undang-Undang Tali Keledar Depan, Belakang

Volvo Gesa Kerajaan Dunia Kuat Kuasa Undang-Undang Tali Keledar Depan, Belakang

February 26, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLVO Cars bukan hanya mahu menjadi pengeluar kenderaan selamat tetapi juga organisasi yang menggalakkan keselamatan jalan raya. Terbaharu, pengeluar skandinavia itu menyeru Kerajaan dan pihak berkuasa dunia menangani jurang besar aspek keselamatan jalan raya antara negara maju dan membangun.

Walaupun perkembangan positif dicapai beberapa dekad kebelakangan ini, tetapi data rasmi menunjukkan perbezaan ketara. Fakta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan 1.35 juta orang maut disebabkan kemalangan jalan raya setiap tahun. Jumlah tinggi itu adalah tiga kali lebih tinggi di negara membangun berbanding negara maju.

BACA >>> Pusat 3S Volvo Pertama dengan Studio VR, Kini Dibuka di Ara Damansara

GALAKAN PAKAI TALI KELEDAR

Saranan Volvo ini bukan sukar dilakukan dan tidak memerlukan kos tinggi, iaitu menggalakkan pemandu memakai tali keledar depan dan belakang menerusi kempen dan penguatkuasaan undang-undang.

Saranan tersebut dibuat sempena Persidangan Menteri Global Mengenai Keselamatan Jalan Raya Kali Ke-3 anjuran Sweden dan WHO di Stockholm, minggu ini. Lebih 80 perwakilan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hadir membincangkan hala tuju strategik masa depan keselamatan jalan raya global hingga 2030 dan seterusnya.

Ini bukan baharu buat Volvo yang mempunyai banyak pengetahuan dalam keselamatan yang sekian lama bekerjasama dengan Kerajaan, organisasi akademi dan pihak berkuasa.

BACA >>> Volvo Catat Sejarah Kali Pertama Lepasi Angka Jualan 700k Unit Setahun

TIDAK SEMUA NEGARA KUATKUASA UNDANG-UNDANG

nils-bohlin-volvo-tali-keledar-2
nils-bohlin-volvo-tali-keledar-1

Tahun lalu, Volvo melancarkan pangkalan data terbuka yang memuatkan penyelidikan mengenai keselamatan selama beberapa dekad. Ini sumbangan besar dalam bidang keselamatan jalan raya dan antara teknologi keselamatan yang masih relevan hingga sekarang ialah tali keledar 3-poin pada 1959.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Tali Keledar yang Perlu Anda Tahu

Menariknya, inovasi Volvo itu bebas digunakan mana-mana pengeluar tanpa perlu membayar royalti. Faktanya, secanggih manapun teknologi sesebuah kereta itu, pemandu dan penumpang sentiasa terdedah kepada risiko kecederaan jika tidak memakai tali keledar.

Namun, hanya 105 negara dunia yang menguatkuasakan undang-undang tali keledar untuk penumpang depan dan belakang. Malaysia adalah antara negara yang menggubal akta untuk mewajibkan pemandu dan penumpang memakai tali keledar.

SARANAN VOLVO

kes-kemalangan-mabuk-malaysia-2
kemalangan-maut-lpt2-bg

Berikut saranan Volvo tentang keselamatan jalan raya:

  • Menyeru PBB mendesak penggubal undang-undang seluruh dunia menyelaraskan dan menguatkuasakan undang-undang tali keledar dalam usaha melindungi pemandu dan penumpang kenderaan.
  • Gesaan supaya beri perhatian serius terhadap keselamatan pengguna jalan raya lain. Lebih separuh kemalangan jalan raya global melibatkan penunggang basikal, motosikal dan pejalan kaki.
  • Gesaan supaya beri tumpuan kepada perbelanjaan keselamatan jalan raya seperti membina papan tanda jelas atau laluan khas buat pejalan kaki dan penunggang basikal.

Menurut Volvo, semua saranan tersebut mampu dilakukan dengan kos munasabah dan mudah dilaksanakan, seperti mengasingkan kenderaan bermotor daripada pejalan kaki dan penunggang basikal.

Malah, kajian kemalangan dunia yang dilakuan Volvo sejak 1960-70-an membantu pihak berkuasa Sweden memperkenalkan ciri keselamatan baharu seperti tiang lampu ubah bentuk (deformable), rel pengadang (guard rail) dipertingkat dan laluan pejalan kaki yang terpisah daripada jalan raya utama.

BACA >>> Volvo Cars Makin Laku, Jualan Meningkat Tinggi Seluruh Dunia, Termasuk Malaysia

Artikel Berkaitan

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, keselamatan jalan raya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tali Keledar, tali pinggang keledar, Volvo, Volvo Cars, WHO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my