• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo Cars Makin Laku, Jualan Meningkat Tinggi Seluruh Dunia, Termasuk Malaysia

Volvo Cars Makin Laku, Jualan Meningkat Tinggi Seluruh Dunia, Termasuk Malaysia

February 11, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLVO Cars pada 6 Februari melaporkan perolehan 2019 yang meningkat 8.5 peratus kepada 274.1 bilion kr (RM117.7 bilion) berbanding 252.7 bilion kr (RM108.51 bilion) pada 2018.

Ini pencapaian hebat Volvo Cars kerana mencatatkan rekod jualan tertinggi dalam masa enam tahun berturut-turut dengan jualan 2019 melepasi angka 700,000 buat kali pertama sejak ditubuhkan pada 1927.

Keuntungan operasi pada 2019 ialah 14.3 bilion kr (RM6.14 bilion) meningkat 0.8 peratus berbanding 14.2 bilion kr (RM6.10 bilion) pada 2018. Aliran tunai pula meningkat lebih dua kali ganda berbanding 2018 kepada 11.6 bilion kr (RM4.98 bilion).

Pengeluar itu, yang kini dimiliki Zhejiang Geely Holding sejak 2010, memperoleh keuntungan dan margin lebih baik pada penggal kedua 2019 berbanding tempoh sama pada 2018. Keuntungan sepanjang tempoh tersebut dipacu permintaan kuat berterusan, terutama model kenderaan utiliti sukan (SUV) dan langkah kecekapan kos yang dilaksanakan pada awal 2019.

Tiga model Volvo Cars paling laris ialah XC60 (204,965 unit), XC40 (139,847 unit) dan XC90 (100,729 unit).

BACA >>> Volvo Catat Sejarah Kali Pertama Lepasi Angka Jualan 700k Unit Setahun

JUALAN MENINGKAT SERATA DUNIA

The new Volvo XC60
The new Volvo XC60
VOLVO XC40-11
Volvo XC90 FL
Håkan Samuelsson

Rekod berterusan enam tahun berturut-turut disumbangkan permintaan kuat di semua pasaran utama. Walaupun pasaran kereta global dilihat kaku, Volvo Cars meningkatkan pegangan pasaran di China, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Di China, Volvo Cars menjual 154,961 unit kereta pada 2019, meningkat 18.7 peratus berbanding 2018, dan menjadi rekod baharu yang pernah dicapai dalam pasaran tunggal. Prestasi di AS tidak kurang hebat dengan jualan 108,234 unit, meningkat 10.1 peratus dan kali pertama melepasi angka 100,000 unit sejak 2007.

Di Eropah, pengeluar dari Sweden itu menjual lebih 50,000 unit kereta di Jerman yang juga kali pertama dalam sejarah, manakala di Britain meraih jualan terbaik sejak 1990. Volvo Cars turut merekodkan jualan terbaik dalam sejarah di pasaran Australia, Belgium, Brazil, Republik Czech, Hungary, Korea, Poland dan Portugal.

Di pasaran tempatan, Volvo Cars Malaysia turut mencatatkan jualan tinggi, 1,883 unit, yang juga angka terbaik pernah dicapai dengan peningkatan 36.1 peratus berbanding 2018. Kilang pemasangan Volvo Cars di Shah Alam juga menjadi pengkalan eksport untuk pasaran Asia Tenggara dengan jumlah pengeluaran 5,000 unit.

BACA >>> Volvo S60 Polestar Engineered Dilancarkan, Sedan PHEV dengan Enjin Berkuasa 405hp!

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jualan Volvo 2019, Volvo, Volvo Cars, Volvo Cars Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my