• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo Catat Sejarah Kali Pertama Lepasi Angka Jualan 700k Unit Setahun

Volvo Catat Sejarah Kali Pertama Lepasi Angka Jualan 700k Unit Setahun

February 3, 2020 By MS Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLVO Cars Malaysia (VCM)
mencatatkan rekod jualan tertinggi sepanjang 2019 dengan angka jualan 1,883 unit berbanding tahun sebelumnya.

Lebih membanggakan, Volvo Cars merekodkan jualan terbesar 705,452 unit peringkat global yang juga kali pertama pengeluar itu mencapai hasil jualan lebih 700,000 unit!

Pengarah Urusan VCM, Nalin Jain berkata, walaupun segmen premium di Malaysia mengalami perkembangan kurang memberangsangkan, Volvo berjaya mencapai pertumbuhan tahunan tertinggi, 36.1 peratus sepanjang 2019 berbanding tahun terdahulu.

BACA >>> Volvo S60 Polestar Engineered Dilancarkan, Sedan PHEV dengan Enjin Berkuasa 405hp!

Berikut pencapaian Volvo sepanjang 2019:

  • Perkongsian pasaran kukuh untuk kenderaan hibrid plug-in (PHEV).
  • Melancarkan 3 model baharu: XC40 T5 CKD, S60 T8, dan XC90 facelift.
  • Melancarkan 5 pusat jualan baharu: Setia Alam (Motion Beyond), Johor Bahru (Pekin Auto), Mutiara Damansara.(Ingress Swede Automobile), Ipoh (iRoll Ipoh), dan Ara Damansara (Sime Darby Swedish Auto).
  • Satu daripada dua pasaran Asia Pasifik pertama melancarkan pusat jualan 100 peratus, Volvo Retail Experience.

Pencapaian tersebut membuka peluang Volvo merancang pelan 2020 menerusi:

  • Pelancaran model kereta baharu,  S60 T8 CKD dan S90 facelift.
  • Pembukaan pusat jualan di Kota Kinabalu, Sabah.
  • Tawaran jaminan bateri PHEV selama 8 tahun untuk sebarang pembelian kenderaan PHEV bermula 1 Januari 2020.
Volvo Cars Malaysia (4)
Volvo Cars Malaysia (2)
Volvo Cars Malaysia (3)
Volvo Cars Malaysia (1)

Naib Presiden Volvo Car Group, Richard Snijders berkata, kelestarian alam sekitar akan kekal sebagai tema utama Volvo tahun ini dan masa depan.

Volvo akan menangani masalah pelepasan karbon menerusi barisan model pengeluaran jenama itu dalam misi mengurangkan pencemaran karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2025, dan bebas karbon pada 2040.

VCM kini membuka Pusat Latihan Serantau Volvo Car di Menara Symphony, Seksyen 13, Petaling Jaya sebagai premis latihan tenaga kerja bidang teknikal dan bukan teknikal meliputi 7,500 jam waktu kerja untuk kakitangan dan pengedar Volvo seluruh Asia.

Sempena kehangatan sambutan Tahun Baru Cina, Volvo menawarkan beberapa ganjaran menarik untuk model kereta terpilih.

Bagi pembelian Volvo XC40 T5 R-Design, pembeli akan menikmati pakej penyelenggaraan 5 tahun percuma (VSA 5+). XC90 T5 Momentum dan S90 T5 Momentum pula, pembeli layak menerima angpau hingga RM23,888 bersama pakej VSA 5+.

Model PHEV terpilih akan menerima pakej 'Recharge' bernilai RM10,000 dengan pakej VSA 5+., dan tawaran sah hingga 29 Februari 2020, tertakluk terma dan syarat.

BACA >>> Volvo Cars Jual 340k Unit Kereta Sepanjang Penggal Pertama 2019, XC60 Paling Laris

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Jenama, Volvo Tagged With: auto terkini, Jualan Tahunan Volvo, Nalin Jain, Richard Snijders, Volvo, VOLVO Car Malaysia (VCM), Volvo Cars

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my