Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo Jatuhkan 10 Kereta Baharu dari Kren untuk Asah Skil Kru Penyelamat
Auto Terkini

Volvo Jatuhkan 10 Kereta Baharu dari Kren untuk Asah Skil Kru Penyelamat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Cars melakukan ujian perlanggaran paling ekstrem pernah dibuat, iaitu dengan menjatuhkan beberapa kereta baharu berulang kali dari sebuah kren pada ketinggian 30 meter.

Persoalannya, kenapa pengeluar automotif Sweden itu bersusah-payah melakukan aksi tersebut sedangkan mereka memiliki fasiliti ujian yang bagus? Jawapannya, Volvo mahu memberikan peluang kepada kru penyelamat untuk mengadakan latihan.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Tali Keledar yang Perlu Anda Tahu

Kru penyelamat sering menggunakan kereta dalam ujian perlanggaran di Pusat Keselamatan Volvo Cars untuk mengasah skil menyelamat. Namun, tidak banyak benda boleh dilakukan dengan ujian perlanggaran biasa.

Justeru bagi membolehkan mereka bersedia dengan sebarang kemungkinan senario terjadi dan mensimulasikan situasi kemalangan paling ekstrem, Volvo mengambil  langkah lebih ke depan.

Jadi, buat kali pertama Volvo beberapa kali menjatuhkan banyak model baharu jenama itu dari ketinggian 30 meter. Seperti anda bayangkan, eksperimen tersebut membantu menghasilkan impak kerosakan tinggi seperti dalam senario kemalangan paling ekstrem.

Misalnya, kemalangan sebuah kereta yang dipandu pada kelajuan sangat tinggi, kemalangan melibatkan kereta merempuh trak dalam kelajuan tinggi, atau kemalangan melibat kereta dilanggar teruk dari sisi.

Dalam senario itu, mangsa yang terperangkap dalam kereta akan berada dalam kondisi kritikal. Jadi keutamaan adalah mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk sebelum dibawa ke hospital secepat mungkin (dalam masa sejam selepas kemalangan) dengan menggunakan alatan hidraulik.

Penyiasat Kanan Pasukan Penyelidik Kemalangan Trafik Volvo Cars, Håkan Gustafson berkata, kru biasanya memiliki kereta kemalangan di makmal, tetapi ini kali pertama mereka menjatuhkan kereta dari kren.

“Kami tahu akan dapat tengok remukan ekstrem selepas ujian, dan kami lakukan ini untuk berikan cabaran sebenar kepada pasukan penyelamat untuk menghadapinya,” katanya.

Secara keseluruhan, Volvo menjatuhkan 10 model berbeza beberapa kali. Semua dapatan daripada kemalangan dan kerja-kerja membuka kenderaan remuk itu akan dikumpulkan dalam laporan penyelidikan lanjutan yang boleh diakses kru penyelamat seluruh dunia secara percuma.

BACA >>> Volvo Cars Makin Laku, Jualan Meningkat Tinggi Seluruh Dunia, Termasuk Malaysia
BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc

SUMBER: CarScoops

Auto Terkini Håkan Gustafson Kru Penyelamat Pasukan Penyelamat Volvo Volvo Cars
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.