Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Vento (2016) – Lebih Menarik & Mampu Milik
Auto Terkini

Volkswagen Vento (2016) – Lebih Menarik & Mampu Milik

Abang GYLBy Abang GYL19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Volkswagen VentoVOLKSWAGEN Vento, nama baharu bagi menggantikan Volkswagen Polo Sedan. Bukan saja dijual pada harga mampu milik, Volkswagen Vento baharu turut dipadankan dengan enjin lebih berkuasa.

Hadir dalam tiga varian iaitu Highline, Comfortline dan Trendline, Volkswagen Vento dijual pada harga bermula RM79,888 sehingga RM93,888.

HARGA: (Tidak termasuk insurans)

  • Volkswagen Vento Trendline – RM79,888
  • Volkswagen Vento Comfortline – RM86,888
  • Volkswagen Vento Highline – RM93,888

Volkswagen Vento_Pandulajudotcomdotmy (11)5 PILIHAN WARNA:

  •  Putih (Candy White)
  • Merah (Flash Red)
  • Perak (Reflex Silver)
  • Kelabu (Carbon Steel Grey)
  • Hitam (Deep Black)

Volkswagen Vento

PRESTASI:

Bagi Vento Comfortline dan Trendline, ia masih mengekalkan enjin sedia ada seperti model Polo Sedan.  Kedua-dua varian ini dijana unit enjit bersesaran 1.6L dan dibantu dengan transmisi automatik 6-kelajuan Tiptronic.

Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 103hp dan tork puncak 153Nm. Penggunaan bahan api pula adalah sekitar 6.5L bagi setiap 100km.

Volkswagen Vento_Pandulajudotcomdotmy (15)Berlainan pula dengan Vento Highline. Bagi mereka yang mahukan hamburan kuasa lebih tinggi tetapi menjimatkan minyak, anda kini boleh mendapatkan Vento dikuasakan unit enjin TSI bersama pengecas turbo dan pancitan bahan api.

Vento Highline dipadankan dengan ‘jantung’ bersesaran 1.2L. Dipadankan dengan kotak gear DSG 7-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 103hp dan tork 175Nm. Penggunaan bahan api hanya mencatatkan 5.5L bagi setiap 100km.

Volkswagen Vento_Pandulajudotcomdotmy (19)LUARAN:

Dari aspek keseluruhan, Vento tampak hampir sama seperti Polo Sedan tetapi terdapat beberapa penambahbaikan untuk memastikan ia menarik.

Vento menyerlahkan DNA rekaan Volkswagen yang menggabungkan aspek bentuk dan fungsi dengan sempurna.

Gril krom dan garis sisi bergaya, digabungkan dengan postur yang mantap nyata memberikan Vento gayaan luaran yang kontemporari dan elegan.

Ia juga dipasangkan dengan rim aloi Syenit bersaiz 16 inci bersama lampu belakang rekaan baharu dan rekabentuk lampu kabus baharu.

Volkswagen Vento_Pandulajudotcomdotmy (14)5-BINTANG ASEAN NCAP:

Sementara itu, Vento Highline diiktiraf 5-bintang daripada ASEAN NCAP. Ia didatangkan dengan ciri keselamatan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), empat beg udara (hadapan dan sisi), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), ISOFIX dan Intelligent Crash Response System (ICRS).

Bagi pemilik Polo Sedan sedia ada, usah anda kecewa dan bertabahlah. Jika tidak tahan, ‘trade in’ dan ambil Volkswagen Vento.

Volkswagen Vento
Polo Polo Sedan Volkswagen Volkswagen Malaysia Volkswagen Vento vw polo
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.