Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Tarok Concept – Trak Pikap Serba Sederhana, Praktikal dengan Enjin 1.4L TSI!
Roda4

Volkswagen Tarok Concept – Trak Pikap Serba Sederhana, Praktikal dengan Enjin 1.4L TSI!

Abang HirataBy Abang Hirata08/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRAK pikap ialah kenderaan yang versatil dengan keupayaan memuatkan penumpang hingga 5 orang pada satu-satu masa dan menampung pelbagai barangan dalam ruang kargo di belakang. Ia boleh dipandu untuk kegunaan dalam bandar, hutan atau jelajah merentasi negara.

Bagaimanapun, trak pikap hari ini sudah menjadi ‘gergasi’ dengan saiz badan semakin membesar dan teknologi ala kereta mewah. Perkembangan ini nampak lari daripada konsep asal sesebuah trak pikap sebenar iaitu tahan lasak, berteknologi ringkas dan mudah disenggara.

Jika anda sedang buat tinjauan dalam segmen ini, cuba periksa kos penyenggaraan dan anda pasti terkejut dengan kos yang perlu dibayar.

BACA >>> Gadis 15 Tahun Main Kejar-Kejar dengan Polis, Pecut Trak Pikap Hingga 160kmj

Pengeluar trak pikap perlu kembali kepada sifat asal kenapa ia digemari pelanggan. Nampaknya, Volkswagen sedar akan hal tersebut dan itu dapat dilihat melalui tayangan perdana Tarok Concept sempena Pameran Motor Antarabangsa São Paulo yang sedang berlangsung dari 6 hingga 8 November ini.

SAIZ SEDERHANA, PRAKTIKAL


Trak pikap pacuan semua roda (AWD) ini tampil dalam saiz sederhana, dengan panjang 5 meter dan ciri inovatif isian kargo yang berkongsi dengan kerusi penumpang belakang direbahkan. Ini bukan trak pikap yang diubah suai daripada Amarok, tetapi direka daripada asas dengan idea segar.

Satu lagi ciri unik ialah pilar C ala kereta targa (bumbung boleh alih) dan pelbagai ciri lain seperti lampu belakang LED 3D dan panel sisi untuk tampil seperti trak pikap urban.

Trak pikap dengan ukuran 5 meter bukan ciri ideal sebagai kenderaan pengangkut barang. Jadi, dinding belakang kerusi penumpang boleh dibuka untuk memuatkan lebih banyak barang atau disesuaikan dengan muatan panjang. Walaupun nampak kecil, trak pikap ini mampu menanggung beban hingga 1 tan.

Bahagian dalaman pula tidak boleh lari daripada peredaran zaman, papan pemuka nampak seperti kereta penumpang canggih dengan sistem infotainmnet  dan kawalan penyaman udara digital. Selain saiz sederhana, trak pikap ini dibekalkan enjin kecil 1.4L TSI berkuasa 149hp dengan padanan transmisi automatik 6-kelajuan bersama sistem AWD 4MOTION.

Walaupun masih peringkat konsep, Tarok Concept nampak seperti sudah siap dipasarkan. Menurut Volkswagen, trak pikap itu jugaberpotensi dipasarkan ke peringkat antarabangsa dengan enjin lebih besar, 2.0 TDI (turbodiesel).

Apa pendapat anda? Kami sukakannya dan molek juga jika ia dibawa masuk ke Malaysia asalkan teknologinya ringkas dan mudah diselenggara, sesuai dengan ciri sebenar sebuah trak pikap sejati.

BACA >>> Volkswagen Beetle Final Edition Akhiri Legasi Model Ikonik 70 Tahun

GALERI
model konsep Pameran Kenderaan Antarabangsa São Paulo Roda4 Trak pikap Volkswagen Volkswagen Tarok Concept vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.