Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Volkswagen, Tarik Jeans Jalin Kerjasama Selamatkan Tapir Malaya
Aksesori

Volkswagen, Tarik Jeans Jalin Kerjasama Selamatkan Tapir Malaya

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/02/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM)
bekerjasama dengan jenama pakaian denim tempatan, Tarik Jeans untuk mengumpul dana dalam meningkatkan kesedaran awam tentang Tapir Malaya (Malayan Tapir) yang semakin diancam kepupusan.

Tapir Malaya ialah satu-satunya spesis tapir yang hidup di kepulauan Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand dengan mempunyai paten badan tersendiri.

BACA >>> Pelan Insurans Volkswagen (VIP) Tawar Manfaat Perlindungan Komprehensif, Mudah

Dengan jangka hayat sekitar 30 tahun, Tapir Malaya kini semakin dilanda kepupusan berikutan ancaman pembangunan tapak pertanian, pembalakan, dan aktiviti pemburuan untuk makanan dan penyeludupan. Dianggarkan kini hanya ada kurang 3,000 ekor spesies tersebut.

Kolaborasi Volkswagen dan Tarik Jeans dijayakan menerusi pelancaran kapsul koleksi eksklusif ‘Modern Nostalgia’. Koleksi edisi terhad ini menampilkan elemen rekaan vintaj dan klasik tempatan yang diterapkan pada pelbagai barangan seperti:

  • Kemeja-T
  • Topi
  • Bandana
  • Beg Tote
  • Rantai Kunci
  • Pelekat Pakaian

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter mengakui rasa teruja dengan kerjasama bersama Tarik Jeans yang sejajar identiti Volkswagen Group, iaitu kelestarian. Sehingga kini, pengeluar dari Jerman itu sudah melabur tidak kurang 500 projek kelestarian itu serata dunia.

Kami berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan dalam projek penuh makna ini. Sudah pasti, kami tidak akan berhenti di sini dan terus mencari jalan untuk menyumbang ke arah perubahan lebih baik.”

“Tapir Malaya ialah spesis terancam di sini, selain Harimau Malaya, Gajah Borneo dan Orangutan. Sebagai ‘penjaga hutan hujan’, tapir memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepelbagaian biologikal habitat. Ini kerana haiwan itu membantu menyebar dan menyuburkan benih yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok-pokok,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tarik Jeans, Afiq Iskandar berkata;

Tapir Malaya sentiasa jadi sebahagian estetika rekaan Tarik. Jadi ia ditambah menjadi logo jenama (tambahan kepada logo utama mamak ‘teh tarik’) – kedua-dua logo itu dicipta selari falsafah jenama kami. Bagi meraikan ulang tahun ke-10 Tarik, kami berbangga dapat bekerjasama dengan jenama automotif inovatif seperti Volkswagen,” katanya.

KOLEKSI EDISI TERHAD


‘Modern Nostalgia’ ialah koleksi edisi terhad yang banyak berkisar tentang model Volkswagen dan kecenderungan Tarik Jeans terhadap skema rekaan retro-moden Malaysia. Semua koleksi tersebut kini boleh didapati di laman web berikut:

  • Volkswagen
  • TarikJeans
  • Shopee
  • Zalora
  • Pengedar sah Volkswagen terpilih

Sebanyak 50 peratus daripada hasil jualan kempen ini akan disalurkan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan sempena Hari Tapir Sedunia, 27 April nanti.

BACA >>> Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance Lancar di Malaysia, Harga RM188k

GALERI
Afiq Iskandar Auto Terkini Erik Winter Hari Tapir Sedunia Hutan Simpan Kenaboi Malayan Tapir Modern Nostalgia Shopee Tapir Malaya Tarik Jeans Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Zalora
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Kenapa Jetour T2 i-DM Ada Livery Alan Walker? Edisi Terhad atau Bukan?

    02/05/2026
    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Jetour Bukan Lagi Sekadar Jenama SUV, Kini Sasar ‘Travel Lifestyle Brand’ Global

    02/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Dunlop Buka Lembaran Baru Bersama TBM, Sedia Perkenal Tayar Dalam Segmen EV

    02/05/2026

    1 Comment

    1. Couponkoz.my on 29/09/2021 14:13

      Thank you for sharing this information and I hope keep posting.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.